cikgu addmath menulis soalan di papan hitam. dimana tajuk soalan yang tak gemari oleh pelajar. sebenarnya semua soalan addmath pelajar tak menyukainya.
"ada sesiapa nak volunteer nak jawab soalan ni?"
krik krik krik.
suasana tiba-tiba menjadi senyap sunyi seperti tiada penghuni di dalam kelas. semua orang mengelak memandang cikgu yang berdiri di hadapan.
"ada sesiapa nak jawab sebelum saya baca senarai nama-"
krekkk, bunyi kerusi bergerak.
"saya nak jawab cikgu." kata jeongguk dan mara ke hadapan.
semua orang menghela nafas lega, taehyung yang baru sahaja berpura-pura sakit perut, ceria kembali wajahnya. syukur tablemate dia volunteer nak jawab soalan alien tu.
jeongguk dikira pelajar top addmath la dalam kelas, setakat memegang title lulus.
"cikgu saya nak jawab soalan nombor 2 boleh?" tanya jeongguk.
"boleh asalkan kamu jawab."
jeongguk menyelesaikan masalah addmath itu dihadapan. pada mulanya dia confident tapi lama-lama terciduk juga sebab tak faham soalan ni nak apa.
"soalan 1 siapa nak jawab?"
sekyung mengangkat tangan dan satu kelas memberi tumpuan kepadanya sambil memberikan riaksi yang sangat terkejut.
kalau nak tahu sekyung la manusia yang selalu mengelak bila cikgu suruh dia buat kat depan, ada je alasan dia nak keluar kelas.
markah addmath dia pun boleh kira pakai jari, itu pun cikgu bagi markah kesian sebab tak boleh letak kosong dalam keputusan peperiksaan.
"oi sekyung, kau gila ke?" tegur sohee berbisik kepada sekyung yang mengangkat tangan.
sekyung abaikan sohee dan pergi ke hadapan untuk menjawab soalan itu.
jeongguk menganjak ke tepi dan memberi ruang kepada sekyung untuk tulis. jeongguk pun tergamam sekejap bila tahu sekyung berada di sebelah dia jawab soalan addmath.
sekyung fokus jawab soalan itu sampai tak perasan dia tulis jalan kira panjang menjela sampai termasuk kawasan soalan jeongguk.
sekyung hampir berada di bawah dagu jeongguk dan jeongguk menganjak kebelakang sikit membiarkan sekyung menulis apa yang dia mahu.
jeongguk rasa sekyung comel bila dia tekun jawab soalan tu sampai tak perasan dah ambil space orang.
"dah siap hehe." sekyung tersengih dan barulah dia perasan di belakangnya ada jeongguk yang sedang memandang dia.
kelam kabut sekyung dibuatnya apabila bertentang mata dengan jeongguk.
"m-maaf, tak perasan." kata sekyung dan pandang tempat lain.
sekyung terpandang jalan kira jeongguk yang siap separuh, dia pelik kenapa jeongguk tak sambung jalan kira ni?
"k-kau tak sambung ke?"
jeongguk mengeleng kepala dan mengangkat bahu.
tanpa fikir panjang, sekyung menyelesaikan soalan jeongguk.
YOU ARE READING
biscuit | jungkook.「𝐫𝐞𝐰𝐫𝐢𝐭𝐭𝐞𝐧」
Fanfic❝terbagi musuh makan biskut pengasih?❞ re-written 2020. 𝙉𝙊 𝘾𝙊𝙋𝙔𝘾𝘼𝙏 𝙋𝙇𝙀𝘼𝙎𝙀