Panahan Cinta Budak Baru

147 7 0
                                    

   Keadaan di cafeteria dah macam dalam tin sardin. Bukan main ramai lagi orang kat cafeteria ni. Sesak nafas sekejap. Aku terus menghayunkan kakiku ke arah meja yang diduduki oleh dua orang gadis. Ceh… bukan main lagi ayat aku.

   “Hai girls! Sorry lambat… dah lama tunggu?” tanyaku.

   “Lamalah jugak. Actually kau dari mana AD? Dahlah kau skip kelas tadi” tanya Seri Hanna atau nama manjanya Han.

   “Aku tertidur kat library tadi” aku hanya tersengih. Mengantuk gila tadi. Aku pun pergilah library. Kononnya nak baca buku tapi terus buat tahi mata. Mana taknya mengantuk, malam tadi aku layan cerita Boys over flower.

   “Asal? Sir Fadhil ada bagi assignment ke?”tanyaku. Walaupun aku agak tidak bertanggungjawab sebab terskip kelas tapi dalam hal assignment aku memang ambil berat.

   “Tak cuma Sir Fadhil ada tanya asal kau tak datang. Yelah kau kan anak murid kesayangan dia” kata Sara aka Qaisara. Dia jugak salah seorang kawan dunia akhirat yang aku ada.

   “Wei tapikan AD, ada budak baru tadi. Hensem gila gua bagitau lu” kata Han.Dah macam samseng dah minah sorang ni.

   “A’ah lah AD. Masa dia masuk, kelas kita terus senyap. Tu tak cerita lagi masa dia senyum…. boleh melt aku wei!” sampuk Sara sambil memegang dadanya dan mukanya menghadap ke atas. Aku rasa dah macam dalam drama.

   “Eleh setakat hensem kat dunia buat apa. Kalau aku, aku nak lelaki yang boleh bimbing aku untuk ke syurga” kataku bersungguh-sungguh.

   “Ayat kau tak boleh blah AD. Kau baca buku apa dekat library tadi? Macam budak sastera pulak aku tengok kau ni” kata Han. Hehehe… ingat apa. Walaupun aku ni budak account yang dunia aku hanya dipenuhi oleh angka tapi aku masa kat sekolah menengah adalah budak selalu dapat A+ dalam Bahasa Melayu tau.

   “Suka hati kaulah AD. Janji kau bahagia. By the way, jangan tertidur kat mana-mana pulak esok sebab Sir Fadhil nak ajar chapter baru” pasan Sara lalu meneruskan makan. Malas dia nak layan budak sastera tersesat masuk account.

*********************************************************************************************

   “Okay class! Sampai sini sahaja kelas kita kali ni. Jangan lupa siapkan kerya yang saya bagi. Thank you class” kata Sir Fadhil mengakhiri pembelajaran pada hari ini.

   “Sir! Jap!” jeritku. Aku bukannya tak sopan tapi disebabkan ramai orang berpusu-pusu ke pintu jadi aku yang nak panggil Sir Fadhil pun terpaksa jerit. Nasib baik tak terkeluar anak tekak.

   “Ohhh… kamu rupanya AD. Kenapa?” tanya Sir Fadhil yang berhenti di tepi pintu keluar. Memang dia akui AD adalah student kesayangannya. Tapi sayangnya ke pada AD hanya sayang guru kepada anak muridnya. Sperti dia sayang students yang lain.

   “Sorry Sir tapi kami tak berapa nak faham chapter hari ni. Kalau Sir ada masa, boleh tak Sir terangkan balik kat kami” pintaku dari pihak Han dan Sara jugak.

   “Patutlah muka you all cemberut masa saya terangkan kat depan tadi. Tapi girls, I’m sorry sebab saya terpaksa ke hospital. Isteri saya lahirkan anak yang ke-4” kata Sir Fadhil ceria.

   “Oh… yeke. Tahniahlah ye Sir Fadhil” kata Han. Bangga jugak dia dekat Sir Fadhil sebab walaupun umurnya masih muda tapi dia dah berjaya menjadi bapa kepada empat orang budak.

   “But wait… I think I can help you all. Aryan, sini sekejap” panggil Sir Fadhil.

   “Yes Sir. Ada apa?” tanya mamat yang Sir Fadhil panggil Aryan tadi. Hensem jugak mamat ni. Mamat ni ke budak baru tu?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 22, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Panahan Cinta Budak BaruWhere stories live. Discover now