Aku menatap si dia dengan gelisah. Ape aku buat ni? Ape aku buat ni! Mati aku! Mak, maafkan Rica mak ! Rica buat benda pelik lagi kali ni mak."HUARGHH!! "
"Oh mak terkejut ey kau ni kan! "Ya Allah terkejut aku jadinya. Pakcik ni pun satu, yang pergi menjerit tu buat ape. Nasib suara sedap bukan macam suara sajat.
"Oi kau sape? Aku kat mana ni ?kenapa gelap? " soal lelaki itu yang aku sendiri pun tak tahu ape nak jawab. Jadi sebagai jalan penyelesaian ,aku mengetuk kepala dia menyebabkan dia mula pengsan kembali.Ahh nasib kau lah! Sape suruh jadi crush aku!
...
"Are u crazy, sengal? "
Aku menatap muka Ikmal dengan geram. Ewah ewah! Sedapnya kutuk aku .Dengan itu, satu tumbukan mendarat di atas kepala Ikmal. Khas daripada aku! Tak payah bayar pun, kan jimat tu.
"Aw, sakit lah bengong! "
"Tak pernah lagi rasanya, orang kena tumbuk rasa macam makan aiskrim " balas aku selamba.
"Aku speechless! " balas Quwaizir tiba tiba. Dari tadi dia merenung aku dengan pandangan tidak percaya.Ala benda dah jadi dah pun. Sila lah percaya wahai sepupuku yang boleh tahan kacak.
"Aku rasa aku tengah mimpi! " kata Ikmal . Sekali lagi aku mendaratkan penumbuk tersayang ke arah kepala Ikmal. Tu lah sape suruh banyak cakap. Orang tengah serabut ni!
"Sakitlah Rica! "
"Eh dah dah dah! Relax guys, sepertimana yang Rica bagitahu, rancangan tu dah jadi dah pun. So, bawak bawak lah bertendang, eh bertenang. maafkan saya! Jadi, sebelum aku simbah air ni kat korang, baik korang hentikan drama murahan korang semua, sekian. " Aku rasa nak tepuk tangan kat Dina .Senyap habis semua orang. Aku memandang wajah wajah yang berada di sekeliling ku dengan tenang, setenang air yang berada di longkang.
"Er, ehem ehem. Izinkan beta eh aku menerangkan perkara sebenar. Sebenarnya aku pun tak sangka boleh jadi macam ni. Jadi jangan salahkan aku, salahkan hati aku. Dia punya idea so salah dia. Ini semua kehendak dia. Aku pun dia sanggup paksa untuk bersama sama melakukan kejahatan ini. Aku dianiaya, weyh!!!.....Aww " Aku menggosok kepala yang dilitupi shawl hitam itu dengan penuh hati hati. Adehh, Dina punya tumbukan kalau tak sakit memang tak sah.
"Hah, tu makan dia! Merepek lagi kan.Drama tak habis habis." Aku tersengih bila Dina memandang aku dengan tajam.
"Cite cepat betul betul."balas Dina pura pura tegas. Aku mula berdiri menjauhi Dina.Kang tak pasal pasal kena tumbuk lagi.
"Aku rasa selepas aku kena tumbuk dengan Dina, aku dah hilang ingatan lah so aku rasa aku tak boleh cerita "balas aku sengaja.
"RICA!! "
"Okey okey, lek semua lek. Aku memang nak culik dia pun pagi tadi. Masa nak menyusup masuk tu, tengok tengok dia dah datang dulu keluar lepastu dia terkejut tengok aku mungkin sebab aku cantik sangat kot k lek gurau je,dia terkejut sebab aku pakai pakaian macam badut pembunuh. Dia tak tahu, aku lagi terkejut tengok dia handsome sangat. Then, dia macam nak lari tapi dia pergi langgar tiang rumah dia and then BUMM!! Dia blackout. Aku pun tak tahu kenapa dia bijak sangat, tak nak masuk rumah balik. Aku pun sebab panik sangat tu yang terbawak balik tu. I'm sorry, aku tahu dia nak kahwin dah masa tu, tapi aku panik sangat. Mula mula tu ingat nak batalkan rancangan sebab tiba tiba hidayah datang disamping sebab takut ganggu majlis. Tapi bila dia dah keluar tiba tiba tu, aku jadi terkejut.Hairul pun satu ,dia patut nya tenangkan aku bukan pergi tolong aku bawak si dia balik sebab ingat si dia dah mati . Now aku tak tahu nak buat ape! Huaaa, mama help your daughter! " Aku rasa menyesal tapi perkara dah jadi dah pun.
"Nur Marrisa Aryana, dengan ini saya umumkan anda telah pun berjaya menculik seorang bakal suami orang yakni your crush" Tiba tiba Ikmal bercakap seperti hakim di mahkamah. Lagi lah aku takut dibuatnya.
"Tak membantu wahai sahabatku " Kata aku dengan geram.
"Weyh korang, ok stop the drama already. Rica, hasil culikan kau dah bangun. " kata Hairul tiba tiba datang. Aku terus memandang nya dengan mata yang bulat, sebulat kucing aku yang berada di rumah.Gelisah aku jadinya. Perlu ke dia ketuk kepala crushnya sekali lagi. Sungguh lah dia tak sanggup nak jumpa si dia.
"Rica, aku nak kau jumpa mamat tu. Jangan nak bagi dia pengsan lagi. Pecah juga kepala anak orang tu. Pergi. Jumpa. Dia.paham."Terus aku mengangguk laju apabila Dina mula memberi arahan. Macam tahu tahu je orang nak ketuk kepala dia sekali lagi. Aku mengeluh perlahan sebelum bergerak ke dalam bilik hasil culikan aku.
"Leave me alone! "kata aku kepada Hairul seperti budak perempuan yang sedang merajuk. Padahal saja je nak ambik mood. Mood jadi gengster dah mai dah.
"Hello, sape tu? Aku dengar lah suara kau.Woi bukak menutup mata ni, gelap tahu tak. Aku tak nampak pape pun. " Aku mendengar saja bebelan si dia. Dah kalau pakai penutup mata memang akan gelap lah pandangan sebab mata tertutup. Apelah ,itu pun nak bagitahu. Aku memakai balik topeng badut pembunuh sebelum membuka penutup mata si dia.
"HUARGHHH!! "
"Okey okey, tahu lah suara sedap. Tapi jangan lah menjerit. Sakit tahu tak telinga aku ni. Tadi berani sangat nak suruh bukak penutup mata. Bila dah bukak, dia pergi tutup balik mata, baik tak payah bukak. Kau tahu tak ,nak bukak penutup mata kau pun kena guna tenaga. Hilang dah sedikit tenaga aku sebab kau. Jadi tolong lah jaga mulutmu itu dengan baik lagi cermat. Jangan lah menjerit, sebab ni bukan bilik kalis bunyi macam kat tempat karokae tu. Ni hanya bilik biasa di rumah yang biasa. " Aku mula berhenti membebel. Hah puas hati aku dapat meluahkan segala yang terbuku di hati yang luhur ini.
"Kau ingat telinga aku tak sakit dengar kau membebel, Dah lah banyak merepek. " kutuk si dia. Amboi amboi, ey nasib sayang je tahu tak! Kalau tak dah lama baling keluar tingkap.
"Kau siapa? " Soalan si dia membuatkan kening aku ternaik.Tiba tiba datang idea nak usik dia. Muehehe nasib kau lah, sape suruh kutuk aku tadi. Now terima lah balasannya.
"Aku? Nama aku, Badut binti Badang bin ladang bin puteri gunung ledang. Selamat berkenalan! " Balas aku sambil menghulurkan pisau yang disapu dengan darah palsu kepadanya. Tanda ingin bersalaman walaupun aku tahu tangan dia masih terikat. Ala, saja kacau ! Teguk air liur dia tengok pisau di tangan aku. Hah tahu takut.
"Kau nak ape hah? "jerit si dia. Aku nak tergelak tapi aku tahan je kang kantoi pulak. Awal lagi la nak kantoi.
"Huh, sombong! Orang dah kenalkan diri, dia tak nak pulak kenalkan diri dia balik "balas aku seolah olah sedang terasa dengan layanan si dia. Aku mula menjilat darah palsu di pisau sambil memandang si dia macam nak makan.
"Erm sedap! " kata aku lalu menjilat mulut supaya lakonan nampak real. Nampaknya aku memang dah layak jadi pelakon muahahaha. Memang lah sedap darah tu sebab tu adalah sirap muahhaha. Erm hilang dahaga aku.
"okay okay, nama aku Muhammad Qairul Armin.Kau nak buat ape dengan aku hah? " Aku mula berjalan di sekelilingnya secara lambat lambat. Masih lagi memegang watakku sebagai badut yang menyeramkan.
"Kau rasa aku nak buat ape hah dengan pisau ni? Nak potong epal, hias cantik cantik lepastu jamu kau makan. Macam tu? Baik aku potong epal, suntik racun, baru bagi kau makan. Senang sikit aku nak potong kau lepastu buat breakfast esok pagi " balas aku dengan nada kejam. Haih, sebenarnya aku rasa sayang nak tinggalkan watak aku sekarang but kesian pulak tengok crush depan mata macam nak pengsan balik bila aku cakap macam tu. Jadi, sebagai penutup aku gelak macam orang gila. Orang gila pun tak gelak macam aku. Sampai terbaring dekat lantai. Jadi guys, nak gelak, gelak lah betul betul seperti anda menghargainya. Kalau tak gelak, kepala anda akan meletup. Believe me! #doneteach
"Oi oi, kau dah kenapa hah? " soal Qairul kepada aku yang masih lagi gelak bersungguh sungguh. Aku mula berdiri lalu membuka topeng badut itu.
"Hai, nama aku Nur Marrisa Aryana, boleh panggil aku Rica. Aku lah yang culik kau sebab aku suka kan kau. Selamat berkenalan! "balas Aku dengan riang seolah olah kanak kanak baru dapat makanan. Yang tadi tu versi belum dapat makanan. Believe me! Food is everything!
"HAH?"
Tbc~
Ok guys, this time lain sikit! Cerita pun macam tak logik. But baca je okey.
Oh ye, cara nak sebut Rica tu adalah Ri-ca, bukan Ri-ka. Faham ye okbye.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kidnapped Crush
RomanceKIDNAPPED CRUSH=CRUSH YG DICULIK 👤Siapa yang culik? =aku. 👤Bila diculik? = waktu hari perkahwinan terpaksa dia. 👤Kenapa menculik? =Sebab dia pengsan depan aku. 👤Kenapa dia pengsan? =Erm...se-sebab dia ter...