Haruman Rindu Malam Oktober

15 2 2
                                    


Telah jelas,
Sarang lelabah sudah pun sebati menjadi hiasan,
Atas kubur yang terpateri namamu.
Namun, tetap sahaja,
Yang ku lihat acap kali,
adalah bayang-bayangmu masih di sisi.

Bagaikan burung hantu,
Yang keluar di tengah malam,
seolah terlihat kelibatmu yang bergentayangan umpama pontianak.
Bersama kita mengilai sayu, mengapa sirnanya kamu terlalu awal.

Siangnya pula cuba ku lelapkan mata,
Bagai kelawar gantungnya terbalik,
realitinya aku cuba lari dari biasanmu.
Semampu yang ku boleh tanpa kau di atmaku.
Namun tidak berhasil.

Kerana,
Diri sudah bagai makhluk perindu,
Dihantui rasa seronok yang menggomol keras jiwaku,
Saat terbang kembali ke masa lalu,
Kita berdua seperti selalu.

Hilang radar hidup,
Hidup jadi redup,
Kabut dalam sayup,
Bagai tikus baiki labu.
Diri hancur tiada kamu.
Tikus mati akal, labu habis lebur.

Kini rasa,
Bagai terkurung dalam rumah hantu,
Menjadi anak kecil,
Yang masih tetap mahukan gula-gulanya.
Kerana memori bersamamu itu semanis yang pernah dirasa.

Pedoman jadi bidaan,
Memakan jiwa,
Tinggal hanya jasad tidak punya roh.
Kerana terlalu mahunya kamu, ku abai cahayaNya.

Kerana terlalu mahunya kamu, ku abai cahayaNya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HARUMAN RINDU MALAM OKTOBERWhere stories live. Discover now