Pulang sahaja dari rumah keluarga Darrish, bilik tidur di cari.Tubuh dihempas ke katil.Penat.Penat melayan kerenah Damia.
Pada rancangan awal dia hanya pergi ke rumah Darrish untuk makan tengahari sahaja tetapi di sababkan terlalu ralit melayan Damia dan Darius boleh terbabas sampai ke waktu minum petang.
Sesudah minum petang Damia pula buat perangai tidak mahu melepas dia pulang. Di sebabkan tak sampai hati, terpaksa lah dia tinggal di rumah orang itu sehingga waktu makan malam. Itu pun Damia masih berat untuk melepaskan dia, tapi dengan pujukan Darwish dan isterinya. Akhirnya Damia membenarkan dia untuk pulang.
Rasa malu masih menebal dalam diri. Yela,siapa aje tak malu kalau duduk rumah orang yang baru kenal lama lama? Nasib baik Ibu dan Ayah Darrish baik orangnya dan faham dengan perangai cucunya itu yang sedikit manja. Walaupun layanan baik di tonjolkan oleh mereka di rumah besar itu Irasya tetap berasa segan.
Tubuh bangkit dari pembaringan. Tudung yang masih tersarung dikepala dibuka. Segala pin yang di gunakan di letak di atas meja solek.Tudung yang dipakai tadi di baling ke dalam bakul pakaian kotor. Ikatan pada rambut turut di buka. Tuala pada penyangkut di capai lalu bilik air dituju.
_________________________
Remote tv yang berada di atas meja kopi di capai.Chanel 617 Disney XD dibuka. Tubuh di hempas ke sofa.Tubuh bulat Anmar yang sedari tadi mengikutnya di angkat ke riba.Mata ralit memandang screen televisyen yang sedang menayangkan cerita cartoon kegemarannya Wonder Over Yonder.Irasya tersengih, bukan selalu dia dapat tengok kartun dengan tenang tanpa gangguan dari abangnya.Umur je dah 20 lebih tapi tengok cerita kartun.
Tubuh Kucing kesayangannya yang tertidur di atas pehanya di belai lembut.Anmar memang begitu bila di belai saja pasti akan tertidur.
"Dik..."
Rambutnya yang di ikat tocang di tarik dari arah belakang.Irasya mendengus geram.Tangan naik membetulkan ikatan rambut yang terasa longgar. Haris Irsyad yang baru melabuhkan duduk di sebelahnya di jeling dengan hujung mata."Mama cakap tadi adik keluar dengan Aryan, betul ke?"
Irasya diam. Mata difokuskan ke kaca televisyen.Langsung tidak menghiraukan soalan dari abangnya itu. Tahu sangat yang abangya itu sengaja mahu mengenakan dia.
Remote tv dirampas.Irasya mendengus geram apabila siaran cartoonnya telah ditukar kepada perlawanan bola sepak.
"Betul ke tidak?"
"Hmmm...."
"Hmmm je? Macam mana? best tak keluar dengan bakal adik ipar abang tu?"
Irasya memusingkan bola mata ke atas tanda meluat.Lelaki itu tidak sudah sudah mahu menjodohkan dia dengan Darrish.Apa yang suka sangat dengan jejaka itu pun dia tidak tahu.
"Eeeeee...apa abang ni? orang tak suka laa!"
"Tak suka pun keluar dating dengan dia jugak kan? Abang dengar cerita tadi Rasya pegi jumpa mak ayah dia ehh? Tak lama lagi merasa la nasi minyak!"
"Abanggg!!!!! benci!"
"Jangan benci sangat dik karang terjatuh cinta baru padan muka"
Bantal kecil yang berada di sebelah dicapai.lalu di baling tepat ke muka Haris Irsyad.
"Kalau nak badan tu lebam kena cubit, cakap la lagi!"
"Amboi! Garangnya...Jangan garang sangat dik, nanti lari pulak Abang CEO tersayang t....Adoi!!"
"Nak lagi?" Tanya Irasya selamba. Haris Irsyad tayang wajah cemberut seraya tangan menggosok lengannya yang terasa pedih.Berbisa jugak sepit ketam budak kecik tu.
"Yang benci sangat dengan dia tu kenapa? buka la pintu hati tu untuk dia..Rasya tak nampak ke yang Aryan tu cuba nak tunjuk perasaan cinta dia?"
"Tak payah nak memgarut la abang.."
"Abang cakap benda betul. tak susah pun just buka pintu hati tu untuk dia. Lainla kalau Rasya masih menaruh harapan dekat suami orang tu?"
"Asal tiba tiba sebut pasal Khai pulak ni"
"Saje nak sebut pasal adik ipar tak jadi tu. Jadi betul la sangkaan abang selama ni...You still love him."
"Apa masalah abang ni?! What's wrong with you! Rasya tak terima Darrish tak bermaksud hati ni masih milik khai!"
"Bagus la kalau dah tak cintakan jantan tak guna tu... Sekarang abang nak Rasya cuba untuk terima Aryan"
Irasya mengeleng kepala perlahan. Kepala di tunduk.Anmar yang tertidur di ribanya tadi sudah hilang entah ke mana.Mungkin terkejut mendengar suara lantangnya tadi.Haris Irshad masih tidak faham. Ya lelaki itu langsung tidak faham keinginan hatinya. Luka di hati belum sembuh.
Kisah dia bersama Khairul tetap akan di jadikan kenangan,tetapi rasa cinta dan sayang buat lelaki itu sudah lama pudar, yang ada sekarang hanya rasa benci dan luka di hati yang masih dalam dan berdarah.
Cinta, adakalanya bahagia, adakala derita,hati terluka akhirnya diri merana.
"Abang tak boleh paksa Rasya... hati ni masih sakit, sakit sangat abang..." kepala masih menunduk ke bawah. tidak sanggup pertentang mata dengan Abangnya. Bila bila masa saja air jernih yang bertakung di tumbir matanya akan gugur.
"Then...biar Aryan, yang tolong rawat luka di hati tu..."
Mata di pejam, setitis air matanya megalir menuruni pipi. Mengapa Haris Irsyad terlalu memaksa?
Sugguh Irasya tidak mengerti.
Di saat saat begini dia amat memerlukan seseorang yang memahaminya. bukan memaksa dia begini. Ingat hati dia mainan ke?!"Abang tak akan faham...." perlahan lahan dia bangkit. Pandangan tajam Haris Irsyad tidak di hiraukan. Anak tangga di daki satu persatu.Bilik tidur di tuju.
YOU ARE READING
Penipuan Hati♥ [HIATUS]
JugendliteraturBerita mengenai Khairul Akil yang telah berkahwin menyebabkan Hani Irasya tertekan.Lelaki yang selama ini di cintai sepenuh hati telah menipu dirinya dan dia terpaksa berpura pura kuat di hadapan keluarganya.Di sebabkan hal itu dia memaksa dirinya u...