Hatiku Semerah Delima

40 6 2
                                    

" Tolong pergi dari hidup aku! Aku tak kenal kau! " jerkah Nazaril kepada Nazira.

" Sampai hati abang tak kenal Zira. Zira adik abang! " kata Zira sambil menangis teresak - esak. Sungguh dia tak menyangka..hidup dibenci abang kandung sendiri.
Nazaril hanya membuat muka bersahaja. Sikit pun dia tidak bersimpati kepada Nazira.

" Pergilah kau. " Nazaril menolak Nazira sehingga kepala Nazira terhantuk di bucu meja. Darah mengalir keluar. Nazaril mulai resah namun cuba dikawal kerana keegoannya. Nazira hanya menangis menanggung kesakitan.

" Ya Allah Zaril, kenapa buat Zira macam tu? " tegur kakaknya Nisha. Nazaril memandang kakaknya yang membantu Nazira bangun.

' Eleh, macam lah pembunuh tu tak boleh bangun sendiri. ' bisik hatinya Nazaril.

" Biarlah. " jawab Nazaril seraya masuk ke biliknya.

Nazira menunduk, manakala Nisha mengucap dalam hati.

" Sabar ye Zira. Nanti - nanti Zaril pasti sedar akan kesalahannya. " Nisha memujuk Nazira. Nazira hanya mengangguk lemah.

' Dapatkah Zaril menerima dirinya suatu hari nanti? ' bisik hati kecilnya.

************************************

Tok. Tok. Tok.

Nazarul mengetuk pintu bilik Nazaril.

" Masuk. " kata Nazaril malas. Dia tahu apa tujuan abangnya.

" Zaril..abang nak cakap sikit ni. " Kata Nazarul lembut.

" Hmm..apa dia? " tanya Nazaril malas.
Nazarul mengatur suaranya..

" Zaril.. Zaril tak boleh buat macam tu kat Zira.. Terluka hati dia tau.

Bersambung...

Hatiku Semerah DelimaWhere stories live. Discover now