Luahan.

382 11 0
                                    



Jangankan kerana satu dosa—
yang telah aku lakukan,
aku di hina persis seseorang yang tidak layak untuk mendapatkan cintaNya.

Kau perlu tahu—
aku juga, manusia seperti kamu.
yang mempunyai hati dan perasaan.
Jangankan hal sebegitu,
kau buatku sebegini rupa.

Aku juga seperti kamu,
yang kadang terkapai mahu merasa..
apa itu keseronokkan di dunia.

Aku tahu,
aku khilaf.
usah hina diriku umpama aku tidak layak untuk mendapatkan CintaNya.
Tapi, tarikla aku jauh daripada keseronokkan dunia.

Dengan cara apa?
nasihati la aku, tetapi bukan dengan cara menghina diriku.

31/10/18.

Monolog hati Where stories live. Discover now