SEMINGGU PERSEKOLAHAN..
Sudah ramai pelajar kelas yang aku kenali dan aku mula selesa dengan kelas yang aku duduki sekarang ini .
Seperti biasa pelajar akan naik ke kelas selepas perhimpunan dan belajar di dalam kelas.
Waktu ini merupakan waktu Bahasa Melayu . Cikgunya pun sudah aku kenal. Kami semua seperti biasa berborak terlebih dahulu .
Setiap hari berlainan topik yang kami bicarakan , baru seminggu sekolah dah jadi makcik makcik bawang dah aku serta rakan meja yang aku kenali awal bulan haritu. Tak lain tak bukan berbual mengenai crush hensem di sekolah dan kpop. Memandangkan Ammi , Qierah dan ifah meminati kpop tetapi bagi aku , aku kurang meminati hanya dulu sahaja ketika aku darjah 6 itu pun pengaruh Aleeya dan harny .
Group BIGBANG menjadi pilihan hati kami pada waktu itu. Bahasa dan nyanyian dia dalam bahasa korea membuatkan aku mengambil masa sebulan jugak nak hafal satu lagu dan satu tarian nya.Terhenti aku dalam lamunan setelah guru Bahasa Melayu melangkah masuk ke dalam kelas dan seperti biasa memberi salam dan duduk.
Sambil itu cikgu mencatat pelajaran hari ini , aku dan kawan kawan meja mengeluarkan buku dari beg dan menyalin dihadapan .
" Kita akan belajar mengenai ayat pasif dan ayat aktif jadi keluarkan buku nota kecil dan tulis Tatabahasa pada tajuk hadapan kulit buku itu ".
Sedang leka kami menulis ada seorang pelajar lelaki berdiri dan memanggil cikgu .
" Ye kenapa ?
Sambil gagap lelaki itu berkata " cikgu buku saya hilang ".
" Kenapa buku awak hilang ?
" Saya pun taktahu cikgu , banyak buku saya hilang .
" Lah macam mana buku boleh hilang ?
"Saya taktahu lah cikgu , hantu kot curi . Ujar lelaki itu
" Sempat pulak dia buat lawak eh tapi kesian pulak tengok budak ni ". Soal hati aku sambil itu aku memandang name tagnya .
"AMRY". Eh ! Ni bukan ke nama yang dok aku perati dalam carta kelas masatu . Mata ku perhati wajahnya dengan pandangan lembut , muka nya yang tembam , badannya yang berisi ( nak kata gemuk karang terasa ) dan matanya sepet sebelah seperti cina tapi pelik jugak awat mata sepet sebelah maybe dia ni special sikit .
Terasa nak bagi je buku aku ni kat dia tapi karang takut diorang cakap apa pulak , baru masuk sekolah dah falling in love pulak , heh aku tanak timbulkan kontroversi pulak karang sampai kat telinga kawan aku hah habis aku kena bebel dengan diorang macam kena bebel dengan maknenek nanti .
Mengeluh aku ' huh ! -_-
Kring !!
Waktu rehat telah tiba ! Aku turun anak tangga dan menuju ke kelas harny dan tasya memandangkan kami ingin rehat bersama . Nak rehat dengan Aleeya dan mia tapi Aleeya pulak tak ada sebab mak ayah dia pindahkan dia sekolah 4 hari lepas manakala Mia pulak sebok dengan kawan baru , kitaorang malas nak kacau .
Makin hari hubungan kami berlima makin renggang , dua orang dah pun jauh dengan kitaorang ,padahal baru seminggu terpisah .
Sambil kami menuju ke kantin , aku bertanya kepada mereka , " gais macam mana seminggu sekolah okay tak ?
" Okay je " ujar mereka
" Kau nak tahu story tak ". Kata aku kepada mereka .
" Apa dia ? ".
" Kelas aku ada sorang budak ni kesian buku dia hilang padahal tak sampai sebulan sekolah ".
" Who ? ". Kata Tasya
" Nama dia Amry budak lelaki kelas aku , dia tu funny jugak orangnya sampai buku hilang pun dia kata hantu yang curi".
" Sewel aje mamat tu ". Kata harny dengan mimik muka meluat .
Semua ketawa...
Kami rehat 20 minit dan masuk ke kelas semula .
YOU ARE READING
Tuhan Jagakan dia
Romanceberdasarkan kisah benar sebuah persahabatan yang bertukar menjadi pencintaan namun hanya sekadar 3 tahun dan akhirnya berlaku banyak rusuhan dan konflik . Mampukah mereka menunaikan janji dan memperbaiki hubungan atau berserah kepada takdir ?