Tom & Jerry Lost Episode

295 24 4
                                    

Okay, sesetengah daripada kamu mungkin fikir rancangan kartun klasik tidak berbahaya. Di mana rancangan2 itu nampak elok & biasa2 je, seperti tiada apa yg xkena dgn rancangan2 tu. Sudah tentu laa, semasa saya membesar, keluarga saya yg kuat pegangan agama yg strict tidak fikir begitu & saya mula menyedari kenapa. Ia bermula beberapa hari lalu semasa saya di tempat kerja & beberapa co-worker & saya sedang berbual tentang zaman kanak2 kami. Rancangan Tom & Jerry keluar & 3 co-worker & saya sedang berbual tentang apa yg menarik pasal rancangan tu yg nmpk bagus.

Sekarang, membesar di dlm rumah penuh keagamaan & strict, saya tidak dibenarkan menonton apa-apa do tv yg melibatkan kekejaman & selama yg saya mampu ingat itu laa apa yg saya fikir tentang jenis cerita rancangan2 tu(Saya maksudkan ialah, secara asasnya memang laa, tapi bkn seperti cerita2 seram yg mak bagitau saya.) Jadi saya bagitau mereka saya x pernah tonton rancangan tu & sejak saya bebas daripada pegangan penuh keagamaan yg strict sgt tu(Maksudnya dia x tinggal kat rumah ibu bapa dia dh laa, xde laa kena ikut peraturan bla3), saya sedia berfikiran terbuka tentangnya. Mereka bagitau saya kalau saya cari website bernama Pirates Bay saya blh download semua episode rancangan klasik tu ke dlm komputer saya & tontonnya dlm masa beberapa hari.

Jadi pada hari saya pulang ke rumah lepas kerja, saya terus ke komputer saya & cari Pirates Bay di google. Kemudian saya cari koleksi keseluruhan rancangan tu. Saya ada jumpa sikit fail download tu & klik salah satu drpdnya. Ianya mengambil masa 8 jam utk download kerana ia ada byk sgt episode. Jadi saya fikir disebabkan esok saya x kerja saya sanggup habiskan masa menghadap keseluruhan benda ni. Yg bertuahnya, ianya dh siap didownload  masa saya bangun dari tidur pada esoknya. Saya luangkan masa berjam2 menonton setiap episode siri klasik ni. Ianya cukup bagus & saya sukakannya. Saya x percaya yg ini telah disekat drpd zaman kanak2 saya. Sesetengah zaman kanak2, huh? Terima kasih mak & ayah, DASAR!

Ianya pada lewat malam & saya tgh habis tgk episode terakhir bila saya perasan di dlm fail2 tu ada satu briefcase bertajuk "Un-aired series finally." Saya suka Easter Eggs seperti ini jadi saya sedikit teruja. Saya pergi pada briefcase tu & klik pada fail .avi tu. Di situ laa kejadah hanat berlaku.

Ianya bermula dgn opening yg biasa utk episode2 kemudian sblm ia berakhir pada 1957. Kemudian ia terus pada babak kejar-mengejar antara Tom & Jerry. Saya fikir ianya sedikit pelik sbb mereka x pernah buat begitu, tapi saya tak fikir apa2 sgt sbb saya alpa sikit.

Mereka berlari sekeliling utk beberapa minit di dlm bandar besar di atas lorong pejalan kaki. Jerry, cuba berlari lebih cepat utk terlepas drpd Tom, berlari ke jalan raya sesak, kemungkinan besar dia x perasan betapa sesaknya jalan raya tersebut. Serius, kalau kamu dikejar oleh seorang yg nmpk sememangnya berbahaya, adakah kamu x beri perhatian pada kawasan sekeliling kamu & cuba larikan diri? Baiklah, itu laa yg Jerry buat.

Tom berhenti berlari lepas dia perasan apa Jerry dh buat. Sebaik sahaja Jerry berlari masuk ke atas jalan raya, sebuah kereta melanggarnya. Tapi drpd kebiasaannya jadi penyek mcm sekeping benda mcm kertas, sebaliknya kesan darah yg panjang ada pada tayar yg melanggar tikus malang tu. Tom rasa gentar drpd pemandangan tu & matanya mula berair. Dia bertanggungjawab utk kematian yg nmpknya x patut berlaku. Dia merenung pada kesan darah yg panjang tu sambil dia mula menangis. Ia kemudiannya berubah pada babak seterusnya apabila Tom sedang duduk di atas anjung depan, nmpk murung. Ia cuma menayangkan dia selama lebih kurang 10 minit, tiada bunyi atau apa2 pon.

Selepas seketika, satu imej muncul & hilang drpd skrin. Ianya bergerak terlalu cepat sehingga saya x dpt tangkap apakah ia. Saya pause video & cuba undur balik jika saya blh pause tepat pada masa utk lihat apakah ia. Selepas sedikit cubaan & kegagalan, saya berjaya pause tepat pada masa sebelum ia hilang. Saya rasa sgt seriau pada pandangan mata menjijikkan tu. Ianya muka Jerry, berdarah & terjahit dgn satu mata yg berjuntai drpd saraf yg bersambung dgn otak. Dia ada senyuman yg lebar yg telah, dan akan sentiasa memberi mimpi ngeri kpd saya. Saya teruskan video tu & beberapa saat kemudian, ia berubah pada babak seterusnya di mana Tom berjalan perlahan2 ke dapur lalu ke laci.

Dia buka laci & keluarkan pisau yg besar, memegang ia sambil dia memandang saya melalui komputer, seperti dia tahu saya tgh memandang dia yg memandang saya. Selepas seminit keadaan tu, dia senyum sama seperti senyuman yg saya lihat pada Jerry. Dia kemudiannya ambil pisau tu dan kelar lehernya, dgn senyuman yg masih ada. Dia terbaring di atas lantai, darah memercik keluar & mati.

Komputer saya jadi bangang selepas tu. Selepas saya restart komputer, saya pergi cari semula fail tu dgn video kejam tu, di sebelahnya ada satu lagi fail, ianya tiada di situ sebelum saya tonton video tu. Terlampau ingin tahu apakah bendanya tu, saya buka fail tu.

Ia buka notepad saya & berulang2, ia berkata, " “Thanks for downloading the murder of two innocent souls. They will have a great place in hell. Your punishment for theft you sick fuck." Kemudian ada seekor hantu berkata sesuatu secara terbalik kemudian saya nmpk byk gambar Tom & Jerry timbul di komputer saya. Tapi sebelum ini ada satu lost episode.

Rumusan author lak. Mcm mana blh ada episode mcm tu? Sedih betul Jerry mati dilenyek kereta. Dan Tom bunuh diri dia lak. Episode ni sejenis virus komputer ke apa?

Nanti ada satu lagi lost episode Tom & Jerry yg author akan post. Yg itu cerita terakhir lost episode utk kartun Tom & Jerry, kemudian author post cerita pasal lost episode kartun lain lak.

Creepypasta Malay Version(Lost Episode)Where stories live. Discover now