Hari ini aku mengetahui hubungan Amry dan Ammi terputus padahal baru 4 hari couple , dan aku dapat tahu jugak Amry dah bercouple dengan kawan Ammi iaitu Shafiqah . Seriusly seakan tak percaya , adakah ini dikira rampas kekasih ? Atau pun dua dua suka orang yang sama pada satu masa. Pelik betul hubungan diorang ni.
Aku mengetahui daripada mulut Ammi sendiri . 4 hari so fast sangat , kenapa ? , Mengapa ? Hanya ini persoalan bermain di fikiran aku.
" Srsly kau dah putus dengan Amry tapi kenapa ? Tanya aku kepada ammi dengan muka penuh kejutan seakan tak percaya .
Ammi mengeluh
" Dia tu sweet sangat bagi aku , aku pun tak suka orang sweet sangat , lagipun Shafiqah suka dia , jadi biar lah diorang tu bersama kata Ammi muka selamba .
Pelik , Ammi tak sedih pun , tapi aku ni yang bukan couple pun bila dapat tahu member sendiri putus cam nak nangis semua ada , mengalahkan orang couple lah aku ni touching sangat ialah dulu punyalah kaki layan drama terbawa sampai sekarang.
" Kenapa kau tak sedih Ammi " tanya aku lagi kepada nya
" Buat apa nak sedih , couple for 4 days standards ah budak sekolah menengah . Sambil buat mimik muka mata keatas tangan kat bahu .
Baik ah ammi sumber inspirasi ni bila putus je takde rasa apa apa kat dalam diri. Kalau aku urgh nak nangis half dead tahu tak . Soal hati.
Selepas berbual dengan Ammi , aku menuju ke hadapan kelas dan aku terserempak dengan Amry
" Hey Amry ! Jerit aku dengan nada perlahan .
" Ha apa dia " . Ujar dia .
" Kau putus dengan Ammi eh ? Asal ? Soal aku kepadanya.
" Entahlah weh takde jodoh , dia tu macam banyak songeh pun ada , entah entah dah ada bf baru , tiba tiba je mintak putus kat aku " muka nya suram bercampur sedih .
" Alah rileks ah , lagipun kau kan dengan Shafiqah sekarang ni . Kata aku .
" Tahu tapi nak lupakan dia tak mudah bagi aku '. Mengeluh dia kembali .
" Apa sebab kau suka dia weh ". Tanya aku .
" Dia matang , dia ni comel , dan baik katanya .
Mamat ni memilih jugak eh , badan gemuk taste tinggi . Gelak aku didalam hati .
" Sokay kau sekarang ada Shafiqah hargai lah dia okay ". Ujar aku .
And " longlast with new gf , kalau ada prob boleh share dengan aku okay ! . Kata aku sambil menunjuk jari okay kepadanya.
Dia mengangguk dan senyum .
Sewaktu rehat macam biasa , aku dengan harny bertugas di tempat yang sama , hari ini aku jaga blok B jadi di bahagian tangga belakang tu sunyi dan dapat aku melihat pemandangan perumahan bandar Dato' Jaafar dibelakangnya dan pokok pokok yang menghijau , agak berangin juga disitu boleh hilangkan stress.
Terus saja aku menceritakan kepada harny soal Ammi dan Amry . Harny pun seakan tak percaya dengan apa yang aku katakan .
Sangat mudah dia melepaskan dan sangat mudah dia menerima . Walau tak kenal sangat si Amry tu tapi dah nampak dia punya cara dia apabila dia bercinta.
" Kau rasakan harny dia akan couple dengan siapa lagi ek ? Macam crocodile pun ada mamat gemuk tu ". Mata aku menuju kepada harny .
" We look and see " kata harny dengan memandang ke arah pemandangan di hadapan dan kami senyum sinis.
Kring ii
Waktu rehat tamat !
Aku dan harny naik ke atas kelas dan terserempak Amry yang sedang berbual dengan Shafiqah di luar kelas sangat mesra disitu .
"Weh pasangan kekasih sedang berdating diluar kelas ". Bisik aku kepada harny sambil menjeling kearah mereka.
Harny terus memandang mereka dan ketawa bahak bahak nasib mereka tak memandang harny . Kalau tak naya kena maki dengan gemuk baran tu habis roboh bangunan sekolah nanti
Setiba lalunya kami didepan mereka , kami memandang mereka dengan muka senyum .
Shafiqah memandang tajam ke arah kami , manakala Amry hanya senyum sipu sipu .
Biasalah awal bercinta lagi lagi waktu form 1 ada lah dia punya penyakit malu malu tu muncul tapi kelama lamaan malu tu pun dah takde yang tinggal keberanian dalam melakukan apa apa sahaja termasuk MAKSIAT .
YOU ARE READING
Tuhan Jagakan dia
Romanceberdasarkan kisah benar sebuah persahabatan yang bertukar menjadi pencintaan namun hanya sekadar 3 tahun dan akhirnya berlaku banyak rusuhan dan konflik . Mampukah mereka menunaikan janji dan memperbaiki hubungan atau berserah kepada takdir ?