Tajuk 8

14 2 0
                                    

" Okay ye semua cikgu nak buat satu pengumuman ni , berkaitan dengan hari guru yang bakal disambut kita semua pada pertengahan bulan ini. Pelbagai persembahan yang bakal dilaksanakan jadi dengan itu bagi sesiapa yang berbakat dan berminat boleh lah mendaftarkan diri pada Cg suriani selaku guru yang mengatur acara  majlis nanti. " Kata cikgu Siti Aisyah kepada kami

" Cikgu jenis persembahan apa je yang boleh buat ". Kata irhan kepada cikgu

" Persembahan nyanyian , tarian , choir , sajak , syair , music band dan drama" ujar cikgu .

Mata aku tertumpu pada perkataan " drama" yang disebut oleh cikgu sebentar tadi.

Seakan akan mahu mencuba berlakon pada hari guru nanti tetapi perlu mendapat kepastian dari harny dulu . My partner in everything so apa apa je yang aku rancang dia mesti tahu dulu.

Selepas cikgu Aishah keluar , aku ternampak harny sedang bersidai di koridor kelas memandangkan rehat telah tiba .

Harny ! Harny ! Jerit aku sambil melambai tangan ke arahnya .

Dia lalu memandang ke arah aku dan memanggil aku pergi ke arahnya .

" Kau nak apa adyra? " Soal harny kepada aku .

" Em kau tahu tak pasal hari guru tu nanti " . Tanya aku sambil memegang lengan baju harny

" Ouh persembahan tu , tahu tahu tapi kenapa ". Dengan memandang kearah ku dengan muka ingin tahu .

" Aku nak joinlah buat persembahan tu lagipun ni kan first tahun kita kat sekolah ".

" Persembahan apa kau nak buat ? Aku ikut je ". Harny memandang tepat ke arah mata aku.

" Persembahan drama ".

" Okay jugak tapi sape je kau nak panggil untuk buat persembahan , paling kurang 6/7 orang jugak tau ". Soal harny kepada aku.

" Takpe nanti kita fikirkan " . Sambil mata ini terpanah pada satu susuk tubuh yang keluar dari pejabat sekolah.

Eh itu macam Amry ! , Soal hati ku.

Terus sahaja aku menepuk bahu harny untuk menyuruh dia menoleh ke arah pejabat itu.

" Harny kau tengok Amry tu ". Jari aku menunjuk ke arah susuk tubuh itu .

" Haah lah tapi kenapa dia masuk ke pejabat , soal harny yang tertanya tanya.

" Entahlah dia buat hal agaknya tu , sejak menjak ni banyak kali dia masuk bilik disiplin dan pejabat ". Kata aku sambil mata masih memandang Amry yang sedang berjalan .

" Ha sebab haritu budak kelas aku ada gosip katanya Amry tu terlibat dengan kes buli , kes jahat lah gitu. Kata harny .

" Betul jugak tu , dalam kelas masatu pun dia pecahkan lampu kelas , masatu aku tengah berbual dengan budak kelas aku si belly dengan ami pastu tetiba dengar bunyi kaca jadi terkejut lah kan , pastu aku pandang dia dengan muka bengis dah macam apa tah pastu kena panggil masuk pejabat " Cerita ku kepada harny dengan penuh semangat

" Takkan sebab selalu putus dia macamtu ". Tanya harny kepada aku.

" Tah maybe or ada masalah family ? . Sambil aku mengangkat bahu tanda tidak tahu

Semakin hari , aku dapat melihat Amry semakin lain dari dia yang dahulu , dulu periang tapi semenjak ni makin serius rupanya , bengis semacam orang bugis. Cara dia tu salah , hinggakan dia punya peramah tu sampai cikgu terasa hati kerana cara dia bercakap dengan cikgu bagai menyindir cikgu.

Amry melintas di belakang kami yang sedang tercegat kat koridor kelas  , nak memandang kearah nya dan bertanya namun takut disindir . Lagipun muka bengis macamtu bahaya di tegur tak pasal pasal roboh blok kelas aku nanti.

"Niat aku sebenarnya nak ajak dia join drama kita tapi dia dah macamtu nak ke dia join " , tetiba aku bicara kepada harny soal itu .

" Hm mungkin dia nak join kot tapi tunggu dia redah dulu okay , sambil harny menunjukkan jari okay kepada aku.

" Okay high five ". Senyum aku sambil menunjukkan tangan kepada harny.

Harny pun membalas " High five ".

Malam itu seperti biasa aku duduk bertemankan bulan dan bintang .

" Amry Amry kenapa lah cepat sangat kau berubah , apa masalah kau sebenarnya ye , kau ni baik tapi macam ada fius tetiba kau berubah , soal aku sambil memandang bulan .
Nampaknya  malam ini lebih terang dari hari biasa . So beautiful !

Bulan sangat bulat sangat perfect tapi ia tidak menyinar seperti bintang ! Sama juga dengan Amry , Amry orangnya dah sempurna tapi masih ada kekurangan. 

Malam ini aku nekad , dengan bersaksikan bulan aku buat mahu menolong Amry untuk mengubah dirinya dan aku mahu lebih mengenali dirinya . Who are you Mr.Amry?

Tuhan Jagakan dia Where stories live. Discover now