Cerita tentang masa adalah cerita tentang sebuah kehidupan yang terus berjalan. Kenapa masa itu penting? Kerana masa itu akan terus berlalu dan takkan dapat kembali andai tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Jika sekarang ini, seorang pemuda sentiasa menghabiskan masanya dengan bermain games, melepak, maka dia telah membuang masa tanpa ada manfaatnya. Berlainan pula dengan seorang pemuda yang memanfaatkan masanya dengan meningkatkan soft skill dirinya dengan mempelajari banyak bahasa, mempelajari tentang ilmu-ilmu kewangan dan sebagainya. Dua sosok pemuda ini mempunyai nilai yang berbeza 10 tahun akan datang. Kerana apa ? Kerana masa yang mereka habiskan menentukan nilai diri mereka.
Berjuanglah untuk mendapatkan nilai diri dengan memanfaatkan masa sebaik mungkin. Belajar ilmu perniagaan, belajar ilmu kewangan, ilmu ekonomi, kuasai banyak bahasa, pelajari ilmu2 sains dan bermacam-macam lagi perkara yang boleh kita lakukan andai pandai memanfaatkan masa dengan terbaik.
Masa itu emas? Bukan.
Bahkan masa itu lebih bernilai lagi dari emas.Kepada pemuda dan remaja atau sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini, percayalah andai masa dapat engkau kuasai dengan sebaiknya, nilai dirimu akan berubah dan engkau akan menjadi manusia yang mempunyai pandangan hidup yang lebih luas dan bermakna.