Student universiti,
Lepas je habis belajar, Grad.Ada apa dengan Graduasi?
Bagi aku graduation ni adalah sebuah bukti bahawa kau dah pun habiskan pengajian kau selama 3 atau 4 tahun.
Tapi bernilaikah atau berbaloikah Mak ayah datang hari grad kau ,tengok kau amik scroll andai sepanjang study, kau hanya main2 ,copy paste assignment, thesis pun buat cincai2.
Lepas je grad, kau hanya duduk rumah, scroll fb, twitter. Duduk rumah tanam anggur setahun,dua. Mak ayah yang datang Konvo kau hanya gembira semasa hari graduasi kau je, lepas tu mereka kecewa dengan sikap kau yang hanya duduk rumah tak de buat apa2 , just terperap dalam bilik.
Jadi, dimana nilai sebuah Graduasi sebenarnya?
Sahabat,
Jadikan hari graduasi kau sebuah moment yang kau takkan lupakan sepanjang hidup kau.
Kerana apa? Kerana segala jerit perih kau selama ini Akhirnya membuahkan sebuah kejayaan, melukiskan sebuah senyuman untuk mak ayah yang datang. Kerana kau tahu nilai graduasi itu sendiri. Bagaimana struggle nya kau nak siapkan assignment, berjaga malam untk test, dengan aktiviti2 serta program2 yang kau masuk, tahan caci maki kawan, kena reject proposal sebab lecturer tak terima, dengan terpaksa korbankan masa tidur kau, duit poket yang sentiasa tak cukup, mak ayah yang terpaksa korbankan duit dan keringat mereka untuk kau yang akhirnya mendapatkan sebuah harga kejayaan. Ini nilai graduasi yang sebenarnya. Air mata, keringat, jerih perih kau semasa alam belajar membuahkan kejayaan dan rasa puas disaat hari graduasi kau.Kerana jatuh bangun kau, rasa tak putus asa inilah yang akan membentuk diri kau selepas kau tamat belajar. Rasa nak balas jasa mak ayah, rasa tanggungjawab kau pada ilmu yang kau belajar ini lah yang akan menjadikan kau orang yang sentiasa terintai2 peluang dan ruang ilmu dan kerjaya lepas je la kau tamat belajar.
Jadi, sebagai student, MAKNA kan hari graduasi kita supaya mak ayah, sahabat, adik beradik, lecturer dan diri kita sendiri berbangga semasa hari konvokesyen kita.