Awan putih di langit biru sungguh memukau pandangan Min Hee. Cuaca yang redup ditambah pula bayu angin lembut, cukup menenangkan.
"Mama!" panggil Yuki dari arah jauh sambil melambaikan tangannya.
Yuki dan Kyung bermain layang-layang bersama dengan Jihoon. Terkejut Min Hee sebab Jihoon datang ke rumahnya tanpa memberitahu terlebih dahulu. Biasanya Jihoon akan call atau mesej kalau dia nak datang. Ni tiba-tiba ja ada depan pintu rumah dengan beg hadiah penuh ditangan.
Yuki paling seronok bila Jihoon hadiahkan dia baju gaun kembang. Suka betul dia. Pasal Yuki, Min Hee awal-awal dah beritahu Jihoon tentangnya. Ni yang datang taman sebab Jihoon la ajak. Yuki pula suruh call Hoseok. Katanya nak ajak Kyung sekali sebab main sama-sama tu kan lagi best.
Min Hee yang duduk dibawah pohon rendang tersenyum dan melambai kearah mereka. Cukupla dia sekadar memerhatikan mereka bertiga dari jauh. Tak larat dah nak join. Bukannya naik pun layang-layang tu. Acah je si Jihoon tu kata pandai naikkan layang-layang. Sejam dah apapun takde. Heh.
"Pakcik kenapa tak boleh naik ni? Lama dah tunggu." Kyung mula merunggut.
"Ermm lama dah pakcik tak main ni. Tu yang lupa step. Min Hee!!" Jihoon memanggil.
Min Hee memandang kearah mereka. Dah kenapa?
"Awak pandai tak naikkan layang-layang?!" jeritnya.
"Tak!! Google jelah!!" laung Min Hee. Kacau je orang nak berehat.
Jihoon terdiam. Betul jugak kan? Setelah lama menuntut ilmu dari pakcik Google, akhirnya Jihoon dah bersedia nak try lagi sekali. Dan percubaan itu berjaya.
"Wah dah terbang!!" Yuki bersorak teruja. Naik jugak benda alah ni.
Min Hee berjalan mendekati mereka. Rambut yang ditiup angin diselitkan ke tepi telinga.
"Mama tengok layang-layang terbang!" tangan Min Hee diraih Yuki erat.
Min Hee sekadar tersenyum sebelum pandangannya jatuh kearah basikal yang dinaiki oleh pengunjung taman itu.
"Jom naik basikal nak?" ajak Min Hee pada mereka.
"Jom!" serentak Kyung dan Yuki menjawab.
Empat basikal disewa. Dua yang besar dan dua yang kecil untuk Kyung dan Yuki. Jihoon memakai helmet pada kepala Yuki dan helmet Kyung pula dipakai oleh Min Hee.
"Yuki pandai tak kayuh?" tanya Min Hee. Ini kali pertama dia mengajak Yuki menaiki basikal sepanjang Yuki tinggal dengannya.
Yuki mengangguk.
"Okay let's go!" Jihoon mengayuh basikal ke hadapan. Kyung dan Yuki mengikuti dari belakang.
"Cantiknya tasik." ucap Min Hee tatkala melintasi tasik di taman itu. Tasik yang menjadi tumpuan orang ramai kerana kecantikkan dan kejernihan airnya. Sungguh terjaga kebersihannya.
"Yuki jom lumba nak?" Kyung yang berada ditepi Yuki menyoal.
"Eung! Jom!" sahut Yuki tidak mahu mengalah.
"Siapa sampai dulu kat pokok hujung tu dia menang!" sejurus menetapkan penamat, mereka mula mengayuh laju ke hadapan.
"Perlahan sikit Kyung, Yuki!" laung Min Hee yang risau.
Mana taknya ramai orang kat taman ni. Buatnya terlanggar orang lain macam mana?
Arahan Min Hee diabaikan. Biasala budak. Lagi larang, lagi dia buat. Kyung mengayuh laju kerana tidak mahu kalah. Baginya ini salah satu cara untuk kalahkan Yuki. Kehadiran Yuki dalam hidup Min Hee dan dirinya amatla tidak disenangi. Perhatian Min Hee padanya dirasakan berkurang walhal masih sama seperti dulu.

YOU ARE READING
[C] Mama || 정호석
FanfictionKisah kita tersimpan rahsia dan terkandung segala serpihan duka. Kisah kita bagaikan suatu jampi, yang cukup memukau. Sayang, dapatkah kita bersatu? p/s: Untuk sayangku yang comel, Jung Hoseok❤