30 : PENGAKHIRAN

22.2K 579 18
                                    

POV ETHAN

Sudah banyak kali aku menelefon Aurel namun tak berangkat. Bermula dari hospital sampailah di RnR ketiga kami berhenti. Hati mula gelisah.

"Abang, tak dapat lagi ke call Aurel?" Tanya mama risau. Aku mengeleng kepala. Aku pun sudah binggung. Kebetulan nombor telefon Mak angkat si Aurel ni aku tak ambil. Memang cari nahas.

"Dia tahu tak mama datang nak jumpa dia? " Tanya mama lagi.

"Tak. Dah call tak angkat pastu whatsapp tak berbalas. Risaulah ma. Dia tu bukan pandai jaga diri." Aku meraup muka.

"Kita pergi solat dulu." Ajakan mama, aku angguk dengan kepala.

*****
Sampai di perkarangan rumah Aurel, tiada satu pun kereta yang kelihatan. Aku risaukan Aurel dan kandungannya.

Tiga kali salam diberi, baru ada yang menjawap. Mak angkat Aurel keluar dari dalam rumah.

"Mak..." Aku menyalami tangannya. Dia nampak keliru. Mungkin kehadiran mama atau mungkin dia sudah tahu apa yang berlaku.

"Mak, kenalkan mama kandung Ethan." Aku memperkenalkan mereka dan mereka bersalaman.

"Ouhh. Apa khabar Puan Sri. Ehh jemputlah masuk" Sapa Mak dengan mesra. Nampaknya Aurel dah cerita tentang mama pada mak.

"Ehh panggil kak je. Tak payah nak berpuan sri sangat." Balas mama sambil tersenyum.

"Baiklah kak. Jemput masuk." Pelawa mak.

Kami pun masuk ke dalam rumah.

"Ethan datang nak jemput Aurel ka?" Tanya Mak bila kami melabuh punggung atas sofa.

"Eh tak mak. Ethan datang nak jenguk dia je. Risau kandungan dalam perut tu nanti."

"Hang jangan risaulah. Dia pandai jaga diri." Ujar Mak. Aku sengih je. Budak tu pandai jaga diri? Mungkin tapi di depan mata aku, tak nampak ciri-ciri boleh jaga diri tu.

"Aurel mana?" Tanya mama. Setelah mendiamkan diri. Tak sabar betul mama nak jumpa Aurel.

"Aurel tak bagi tau hang ka Ethan dia p perlis hari ni?" Tanya Mak dengan muka agak terkejut.

"Nak bagitahu macam mana, dari semalam call tak berangkat sampai harini."

"Ya Allah! Dia buat perangai sungguh la budak ni."

"Bila dia balik?" Tanya Mama.

"Rasanya malam ni atau pagi esok."

"Abang pergi jemput Aurel balik. Dahlah mengandung. Kalau jadi apa-apa nanti susah. Mama risau ni."

"Baik ma."

*****
Pov Ethan

Sampai di Kuala Perlis, aku terus menuju ke restoran ikan bakar di kawasan masjid terapung. Mengikut alamat semasa yang dikongsi oleh Ilham. Nasib baik Mak teringat nak bagi nombor telefon Si Ilham ni. Nak ikut cara aku, terus pergi Perlis je. Jumpa ke tak lantak.

"Am, abang dah sampai ni." Aku menelefon Ilham.

"Abang, kami meja hujung sekali." ujar Ilham dan sekali pandang aku terus nampak Ilham melambai tangannya.

"Assalamualaikum." Aku terus memeluk Ilham.

"Abang, kak Aurel p toilet. Satg dia mai." Ujar Ilham dan Ilya hanya senyum dan mengangguk tanda salam kepada aku. Aku membalas senyumannya.

"Yeke. Ilya cuti sem ke? Bukan senang abang nak jumpa ni." ujar aku.

"Ya. Tapi tak lama." Jawapnya dan tak lama kemudian muncul mak buyung. Masih tutup dari atas sampai bawah. Alhamdullilah.

Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]Where stories live. Discover now