FINAL
SANG Mentari sudah mula menampakkan sinarnya.Kicauan burung pipit juga silih berganti.Sang burung sedang bernyanyi riang sambil terbang bebas.Langit juga nampak cerah hari ini.Awan yang kebiruan sangat mendamaikan mata yang memandang.Indah sungguh ciptaan Tuhan.
Bella melepaskan keluhan perlahan. Sudah dua minggu Bella berada di kampung halamannya.Setelah ibunya di benarkan keluar dari Hospital,mereka terus pulang ke kampung.
Hari-hari yang di lalui Bella tenang saja.Mungkin kerana si ibu yang sentiasa menemaninya dan menjadi tempatnya meluahkan rasa suka dan duka di hati juga tiang tempatnya berpaut ketika dirinya menjadi bualan orang-orang kampung.Bukan mudah baginya menghadapi karenah orang kampung dan juga saudara mara yang sentiasa sibuk bertanya itu dan ini.
“ Eh Bella laki kau mana? Kenapa sejak kau kawin aunty nda pernah nampak batang hidung dia.Ini kau mahu beranak sudah kan!ndakan dia nda balik jaga kau..”
Hati siapalah yang dapat bertahan jika sering di aju soalan seperti itu.Apa lagi menerima hakikat yang sebenarnya.Ingin saja dia berterus terang tapi ibunya melarang.Katanya biar saja orang mengata.Kita tidak perlu membalasnya dan kita tidak perlu menjelaskan apa-apa pada mereka.
Entahlah! mujur ibu dan adik - adiknya ada di sampingnya.Merekalah yang selalu menceriakan hari-harinya.Membuat hatinya tenang dan sabar.
Daniel!! Dia sudah hilang jejak.Mungkin lelaki itu sudah putus asa memujuk dirinya.Salah diakah kerana terlalu mengikut perasaan? Salah dia kah kerana enggan memaafkan? Ah! Perasaan itu datang lagi.Pertemuan mereka tempoh hari beri kesan yang terlalu mendalam dalam dirinya. Ada kalanya dia menyesal kerana membiarkan Daniel pergi.Entahlah segalanya semakin sukar di jelaskan.
Jeremy juga sama! Menghilang sehingga kini.Kata-katanya di Hospital tempoh hari bagaikan salam terakhir. Tapi sedikitpun dia tidak terasa hati kerana dia juga punya rasa yang sama.Lebih baik mengakhiri semuanya sebelum ada lagi hatinya yang terluka.Dia tidak mahu Jeremy jadi seperti dirinya.Kerana kenangan silam,rumahtangganya musnah.Jadi lebih baik tidak usah berkawan sama sekali.
Bella melepaskan keluhan yang maha berat.Dia yang sedang duduk di beranda rumah sambil menikmati udara pagi mengusup lembut perutnya.Bila-bila masa sahaja dia akan melahirnya bayi sulungnya.
Gembira dan rasa teruja itu sudah pasti namun jauh di sudut hatinya,tiada siapa yang tahu.Hanya dia dan Allah saja yang tahu.
“ Hurmmm..nda payah fikir banyak-banyak.Kau masih ada mama dan keluarga..”
Suara lembut sang ibu mengejutkan lamunan Bella.“ Eh mama ni terkejut saya..”
“ Tu lah termenung lagi..”
“ Bukan termenung bah ma..”
“ Jadi apa? “Bella terdiam! dia mengalihkan pandangannya.Sukar untuknya merahsiakan apa-apa dari ibunya.
“ Ma…apalah nasib anak saya ni nanti..”
Entah mengapa kata-kata itu terpancul di bibirnya.Dadanya terasa sebak secara tiba-tiba.“ Bella.. jangan cakap macam tu.Mama faham perasaan kau nak…jangan risau.Perasaan mama nda pernah salah.Mama yakin dia datang..”
Benarkah kata-kata ibu merupakan satu doa.Bella segera memeluk ibunya!SUASANA siang hampir melabuhkan tirainya.Daniel masih termenggu di hadapan potret perkhawinannya bersama Bella.Sesekali dia melepaskan keluhan.Dua minggu berlalu,dia masih begini.Masih di belenggu rasa kecewa setelah pembohongan terbongkar.Kecewa di atas apa yang berlaku.Terasa dirinya seperti di perbodohkan.Ah! Daniel medengus kecil.Hatinya sebal.
“ Kalau kau sayangkan dia kenapa nda cari dia?’’ suara itu mengejutkan Daniel.
Dia kenal suara itu! Lantas dia menoleh dan tersenyum memandang empunya suara itu..
Luna juga tersenyum memandang Daniel.Rindu itu telah membawanya ke sini,dan mungkin untuk kali terakhir.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomantikMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...