≠52

5.4K 241 4
                                    

Iphonenya dikerling buat kesekian kalinya . Nafas dihembus kasar . Mana Asyraf ni ? Takkan tak nak contact dia langsung ? Rindu tahu tak ? Rindu !

"Awatnya Fiya hm ? ," soal emaknya . Punggung dilabuhkan disebelah Safiya .

"Asyraf , tak reti ke nak contact Fiya ? Fiya risau tau tak kalau terus diam macam ni ," bebel Safiya sebal . Sebal dengan sikap Asyraf , dah lupakan dia ke ?

Air mata mula mengalir keluar . Ish , tak suka betul ! Cengengnya kau Safiya !

"Tak baik cakap lagutu Fiya. Asy kan ada kerja , dia bukan saja - saja nak hiraukan Fiya ," pujuk emaknya . Wanita mengandung memang sensitive . Belakang badan Safiya digosok - gosoknya .

"Tapi --- ,"

"Dah - dah tak payah nak marah - marah lagi . Tak baik untuk kandungan , nanti menurun ke cucu mak pulak ," usik emaknya . Safiya mencebik . Biar ! Biar anak menurun dirinya barulah Asyraf tahu yang anak ini sehati sejiwa dengannya .

"Fiya nak keluar . Ambil angin ," segera dirinya bangun dari katil pesakit .

"Hati - hati . Kat hospital ni bukan semua orangnya baik . Mak nak solat asar kejap, nanti mak follow Fiya. " pesan emaknya .

Safiya hanya mengangguk. Dirinya sudah biasa disini , lagipun ini hospitalnya sendiri. Lupakah emaknya ?

Sepanjang jalan menuju ke officenya , kesemua nurse dan doktor yang bertugas tidak lupa menyapanya . Safiya hanya tersenyum . Rindu ! Dah lama tak datang hospital sejak mengandung .

Danish yang sedang menunduk dihadapan wad bersalin , di kerling . Zulaika dah selamat bersalin ke ? Bukankah usia kandungan mereka tidak terlalu jauh ? Beranak awal ke ? Perasaan ingin tahu mendalam .

Danish dihampirinya . "Danish ,"

Danish mengangkat kepalanya perlahan . Wajahnya amat serabut . Macam menanggung masalah yang besar lagaknya .

"Eh Fiya. ," terkejut Danish bersuara . Sudah lama tidak bertemu dengan Safiya. Makin berseri ditambah pula dengan baby bump .
Wajahnya muram kembali. Kenapa----

"Awak okey ? ," prihatin Safiya bertanya . Punggungnya dilabuhkan di kerusi yang agak jauh dari Danish , lenguh punya pasal .

Danish mengeluh. Safiya tetap baik walaupun dia selalu mengacau ketenteraman Fiya ketika berada di hospital .

"Tak . Tak okey ," jujurnya . Dia perlukan seseorang untuk mendengar masalahnya .

"Kenapa ? Bukan ke awak patut bergembira sebab Zulaikha dah bersalin ?," soal Safiya hairan .

"Zulaikha gugur ," dua patah perkataan yang keluar dari mulut Danish , membuatkan dirinya tergamam . Allah ! Kesiannya.

"Tak apa . Saya redha ," hanya mulut berbicara redha , tetapi tidak hatinya ! Dia menyalahkan dirinya kerana cuai terhadap isterinya .

"Macam ...mana ...boleh gugur ? ," lambat - lambat Safiya bertanya . Patutlah wajah Danish muram sahaja , rupanya Allah sedang mengujinya ..

"Bleeding teruk , kandungan tak kuat. "

Safiya mengangguk sahaja . Confirm Zulaikha selalu stress hingga tak menghiraukan anak di dalam perut sebelum ini. Tapi kenapa ?

Safiya seakan tersedar ! Kenapa aku jadi makcik bawang pulak ni ? Menyibuk jaga tepi kain orang .

"Saya pergi lawat dia kejap eh ," pintu wad ditolaknya . Matanya mencari keberadaan Zulaika.

"Hai ," sapanya apabila sampai dikatil yang menempatkan Zulaika.

Cinta Lelaki Bongkak !Where stories live. Discover now