Dora's Real Life

392 25 11
                                    

Hello readers semua...Kali ni another lost episode tentang Dora The Explorer. Tak tau laa seram ke tak sbb author x baca lagi...Jadi silakan baca...

Hai, nama saya Kimberly Wolf. Sebagai seorang mak, saya memang berhati-hati tentang apa yg anak2 saya tonton. Saya ada 2 anak perempuan kecil, Gabi berumur 4 tahun & Josie pula 18 bulan. Sebelum saya lahirkan Josie, saya haramkan Dora di dlm rumah. Mungkin bunyinya agak bodoh, sbb kamu mungkin berkata pd diri kamu sendiri "Bukan ke Dora The Explorer sepatutnya jadi rancangan tv kanak2?" Ya memang laa tapi saya haramkannnya disebabkan pengalaman yg saya xkan lupa.

Ianya dekat2 pada hari Krismas tahun 2013, dan Gabi masa tu berumur 2 tahun. Dia selalunya minat Disney Junior, yg ada Doc McStuffins & Sofia The First, dua kartun kegemaran dia. Hampir setiap hari, dia juga akan tukar pada Nick Jr & tonton Dora bila kartun kegemaran dia tak disiarkan. Sejak dia tonton Dora secara berterusan, saya mungkin terfikir dia mungkin suka DVD Dora.

Sejak suami saya ada di rumah, dan saya nak cepat, saya ambil keputusan utk pergi ke Cumberland Farms. Jika kamu tak tau pasal tempat tu, ianya mcm pasaraya, dan yg paling dekat dgn saya, ada rak DVD. Saya mencari dlm longgokan DVD sehinggalah saya jumpa yg saya mahukan. Ia ada cover yg normal berkata "Dora The Explorer : Map Adventures." Apa yg saya belajar tentang ni ialah cover DVD tu normal, tapi DVD tu tak normal.

Pada malam Krismas, kami adakan parti krismas yg kami selalu buat setiap tahun. Bila kami buka hadiah2 kami, Gabi dpt DVD Dora yg saya beli utknya. Dia berterima kasih pada saya utk benda tu. Tapi dia tak tonton sehinggalah hari krismas.

Sekarang semua hadiah yg Gabi terima drpd Santa Klaus telah dibuka. Saya rasa dia tonton dvd tu sebelum waktu makan malam. Dia ada dvd player sendiri utk tv dia, jadi saya pasang dvd tu ke dlm dvd player dan biarkan dia menontonnya. Bila dia keluar dari bilik dia, dia kata "Mommy, Daddy, Dora tu menakutkan, saya taknak tgk dia."

Seperti biasa suami saya anggap semua benda dia kata ialah betul, dia terus je berkata "Sayang, ianya mungkin takde apa-apa."

Tapi saya blh nampak menerusi matanya. Dia nmpk pucat seperti salji, mata dia sgt penat, bibir dia kering, dia nmpk seperti tgh demam. Saya bagitau dia, "Jangan risau, Gabi. Tiada apa utk ditakutkan. Baring di atas katil & berehat laa sekejap." Tapi MEMANG ada sesuatu yg ditakutkan, Dora's Real Life.

Saya keluarkan DVD drpd pemain DVD & hantar Gabi ke katil. "Hmm..." Saya tertanya-tanya, "Apa yg teruk sgt pasal dvd yg kata Map Adventures?" Baiklah saya memang nak cari tahu tentangnya.

Pada pukul 10 malam, saya simpulkan utk test video ni, walaupon saya pertimbangkan utk pecahkan dvd ni sampai hancur lebur utk seketika. Tapi apa-apa pon, saya ada jumpa portable DVD player yg saya dpt drpd Ebay dan masukkan DVD ke dlmnya. Tapi sebelum saya betul2 lakukannya, saya periksa DVD tu. Ianya DVD yg kamu guna utk rekod benda atau burn video2 lain ke dlmnnya. Tertulis pada DVD tu dgn marker merah ialah "Dora's Real Life". "Kenapa ini bukan DVD Dora?" Saya berbisik pada diri saya sendiri. Apa-apa pon, saya masukkan ke dlm player.

DVD tu bermula, dan menayangkan logo Paramount. Yg bezanya ialah ia ada fanfare(Bunyi org bersorak dgn bunyi trompet dimainkan) drpd ianya senyap, sama seperti logo DVD ni. Saya nak juga ikut sama fanfare ni, jadi saya buat laa. Tapi ianya seperti agak pelik di penamatnya. Saya fikir, "Uh, itu memang seram." Apa-apa pon ia ada logo Nick Jr. yg buat saya terperanjat. Teka apakah ia, "Nick" oren tu memukul "Jr." biru tanpa belas kasihan. Siapa yg minda kotor sgt sanggup buat mcm ni? Mereka ni fikir, penderaan kanak2 ni, satu lawak?

Lagu tema bermula, ianya lagu tema seperti episode2 sebelum ni, tapi dgn byk perubahan. Bunyi lagu tu betul2 baik, tapi di sini laa perubahannya. Pintu french(Entah laa mcm mana nk translate) berwarna perang & dibuka dgn bunyi berkeriut, meja lukisan & seni mempunyai tanda berkata, "No tengo a nadie con quien hablar, que me ayude (I have no one to talk to, help me)" bilik tu agak x berapa terang, kusyen oren digantikan dgn sejenis bayang gelap apatah, dan yg terakhir, komputer itu ialah komputer lama putih zaman 1990-an berbanding yg berwarna hijau. Game komputer Dora tiada sesiapa kecuali Dora, yg buat saya rasa x sedap hati, kemudian semasa ia tunjukkan logo, Dora nmpk murung(depresi), dia berpura-pura senyum, tapi matanya bagitau segalanya, hampir seperti ekspresi seseorang nk gantung dirinya.

Creepypasta Malay Version(Lost Episode)Where stories live. Discover now