4 | iGen

239 31 0
                                    

Hidup sebagai seorang pelajar. Hati memberontak, emosi berantakan. Aku memandang sepi helaian kertas tebal yang semakin menjauh. Dalam diam, telinga menangkap suara-suara sumbang yang seolah arif berbicara soal kebenaran.

"Weh, sama!"

"Peh, jawapan kita samalah!"

Dalam diam juga aku menelan liur, menahan rasa yang tak mampu diungkap. Aku bukan cengeng, aku bukan lemah, sebenarnya lebih menganggap diri sebagai lembab.

Pengajaran yang aku dapat dan bermanfaat untuk iGeneration sekalian setakat ini, sila bisu selepas peperiksaan.

Sila teguhkan hati.

Kita bukan lagi generasi Baby Boomers, bukan generasi X, malah bukan juga Millennial. Kita adalah iGeneration, generasi Z!

Cengeng? Jangan!

Aku? Boleh.

Itu sifat semulajadi aku.

Akhir sekali, jangan cuba berhadapan cikgu subjek dengan air mata yang mencurah-curah. Jangan biar dia nampak kau kecundang.

Nanti dia kecewa sendiri. Cukuplah aku saja yang kecewa dengan diri sendiri.

Dan... terima kasih kepada kau si peminat hujan, memberi pandangan simpati khas buat aku. Dalam jahat, ada baiknya juga. Aku teruja dengan pandangan itu walaupun kau tak tahu apa yang tersimpan kemas di sudut hati. Semoga kau tak akan tahu sampai kapan pun.

Hingga ke penghujung waktu.

Hingga anak mata kau... termasuk aku tak lagi memandang sesama sendiri.

Hingga kita mati.

-151118-

SUDUTWhere stories live. Discover now