1

255 7 2
                                    

Sinaran matahari menyelusuri celah-celah langsir bilik si puteri beradu. Ketukan pintu bilik yang makin lama makin kuat kedengaran.

"Jihyo! Bangun! School!"

Seongwu berteriak di sebalik pintu bilik gadis bernama Jihyo.

Perlahan-lahan Jihyo membuka matanya. Satu senyuman terukir di bibirnya.

"Nae arasso~"

Jihyo menjawab malas. Dia tahu abangnya sedang menahan geram di sebalik pintu itu.

Seongwu mengepal penumbuknya.

"Lambat..... Tinggal!"

Seongwu terus beredar pergi ke ruang tamu rumah serba besar itu. Dia memeluk tubuh lalu menghempas dirinya ke atas sofa empuk.

Jihyo ketawa. Geli hati barangkali. Dia terus bangun dari katilnya lalu mencapai tuala mandi. Pintu bilik air ditutup sesudah dia memasukinya.

"Jihyo. Jihyo. Jihyo~" seorang jejaka menerpa masuk ke dalam bilik tidur Jihyo.

"Eh, mana dia?" jejaka itu mengerutkan dahinya.

"Ong hyung, Jihyo eodisseo?"

Daniel menjerit dari arah bilik Jihyo.

"Yah Niel! She's in the bathroom. Get out from there!"

Seongwu terus berjalan laju ke arah Daniel. Daniel yang melihatkan Seongwu sedang mara ke arahnya terus keluar dari bilik tersebut.

"Okay. Okay. Mian,"

Daniel menyengih.

"Niel masuk dari mana?"

Seongwu memandang Daniel.

"Macam biasa. Pintu belakang~" lagi sekali Daniel menyengih bagaikan kerang busuk.

Seongwu mengecilkan matanya.

"Stop using that entrance. Guna pintu depan. Faham?"

Daniel mengangguk perlahan.

Jihyo yang kebetulan baru keluar dari bilik air berasa pelik.

"Kenapa pintu bilik ni terbuka?"

Jihyo menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu mengorak langkah ke pintu biliknya untuk menutup kembali pintu tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mata Jihyo membesar. Begitu juga dengan Daniel. Seongwu sudah menepuk dahinya.

"Oh my god!"

Jihyo terus menghempas pintu biliknya, Dia terkejut dengan kehadiran Daniel lagi-lagi kawan baiknya itu berada betul-betul di hadapan pintu biliknya. Mujur sahaja Jihyo membaluti tubuhnya dengan tuala mandi. Akan tetapi, itu tidak mencukupi.

Seongwu terus menarik telinga Daniel.

"Sini Niel,"

Seongwu mengheret Daniel ke ruang tamu rumahnya.

-----

"Oppa, Jihyo dah siap,"

Jihyo memunculkan dirinya setelah 10 minit mengurungkan diri di dalam bilik. Kemas dengan seragam sekolah, Jihyo melabuhkan punggungnya di sebelah Seongwu. Daniel yang berada di sebelah Seongwu hanya mendiamkan diri. Pipinya dari tadi memerah.

REFRAIN || KDN X PJH [✔]Where stories live. Discover now