Mimpi

8 1 0
                                    

"Abang tolong Zira abang. " Nazaril terkedu. Kenapa dia ada di tempat yang dia sendiri tidak kenal?.
Nazaril mencari - cari mana datangnya arah suara Nazira.

'Kenapa pembunuh tu minta tolong ' fikir Nazaril. Walaupun dia berkata demikian namun dia tetap mencari arah suara Nazira.

" Abang, tolong selamatkan Zira! Zira takut abang! " kata Nazira lagi.
Nazaril terus mencari. Akhirnya dia dapat menemui Nazira..namun keadaan Nazira membuat Nazaril resah. Banyak darah yang mengalir keluar dari tubuh Nazira.

Nazarul mengalirkan air mata. Dia menyesal kerana membenci adiknya sendiri yang langsung tak bersalah.

" Nazira! " Nazaril menjerit sekuat hati. Melepas segala kekesalan yang bersarang.

" Abang..abang..kenapa ni? " Nazira membangunkan Nazaril. Terkejut dia apabila Nazaril menjerit menyebut namanya.
Nazaril bangun dari tidurnya lalu memandang ke sekeliling. Dilihatnya Nazira berdiri di hadapannya dengan muka bingung. Nazaril pantas memeluk Nazira.


Bersambung...

Hatiku Semerah DelimaWhere stories live. Discover now