Sepanjang dalam episod-episod hidupku tidak pernah walau sekelumit jua aku mengenali erti kebahagiaan dan kegembiraan yang sebenarnya. Hal ini mungkin kerana kekurangan yang aku miliki membataskan untuk merasai perasaan bahagia, disayangi dan dicintai oleh ayahku kandungku sendiri.
Aku Nur Eyza Elyana Binti Hashim seorang gadis cacat yang hidup bergantung pada tongkat kerana langkah kakiku yang tempang ketika berjalan akibat terlibat dalam kemalangan sewaktu aku berusia 13 tahun yang turut mengorbankan nyawa ibu dan adikku Erna.
Aku tidak pernah merasakan belaian kasih dan sayang dari seorang ayah kerana ayah amat membenciku dan selalu menyalahkan aku adalah punca kemalangan yang berlaku. Kehilangan ibu dan adik amat memberi tamparan yang hebat dalam diri ayah sehinggakan ke hari ini ayah masih tidak mahu menerima kenyataan bahawa mereka sudah tiada.
Setelah aku menamatkan peperiksaan SPM, aku berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap universiti. Pernah sekali aku menyuarakan kehendakku tetapi dibantah sekeras-kerasnya oleh ayah kerana menurut ayah hanya akan menyusahkan dia sahaja memandangkan keadaanku yang kurang upaya pasti akan menambah beban pada ayah sahaja.
Lagipula, belajar sampai dimenara ganding sekalipun masih ada lagi ke orang mahu mengambil pekerja cacat sepertiku ini? itu setiap ayat bakal keluar daripada mulut ayahku yang bagaikan pisau belati menghiris sekeping hatiku. Ayah hanya meminta aku bekerja mencari duit daripada sambung belajar yang hanya membuang duitnya sahaja.
Setelah sekian lama aku meraba-raba peluang pekerjaan di sekitar bandar, aku dapati terdapat poster di bangunan lama bersebelahan kedai gunting rambut yang menawarkan pekerjaan sebagai tea lady di sesebuah organisasi yang megah dan memiliki nama yang besar iaitu Syarikat Temenggong Holdings. Tanpa membuang masa aku mencatat sedikit maklumat-maklumat yang penting.
********
Suasana pekat malam yang ditaburi bintang-bintang dan angin lembut yang menyapa mendinginkan kulitku. Aku membetulkan rambut dihadapanku yang jatuh lalu diselak ke cuping telinga kiriku. Aku memeluk kemas tubuhku kerana angin pada malam ini sangat sejuk. Kebiasaan kalau angin kecang pada waktu malam akan tiba hujan.
"Eyza, macam mana hari ini? kamu sudah dapat kerja?" ayah mengambil tempat duduk disebelahanku di atas pangkin kayu.
"Belum pasti lagi ayah.. tapi esok Eyza akan pergi tempat yang Eyza mintak kerja tu. Kalau ada rezeki Eyza kat sana, Insha allah ayah... Eyza akan dapat." Aku ukirkan senyuman pada ayah.
"Baguslah macam tu Eyza. Aku sudah tua rumah kata pergi kubur kata mari. Kamu yang muda inilah patut kerja tanggung makan dan minum aku. Pukul berapa temu duga besok?" ayah soal padaku.
"Hmm, pukul 9.00 pagi esok Fatimah yang ambik Eyza." balasku. Ayah cuma mengangguk sahaja lalu dengan perlahan-lahan ayah masuk ke dalam rumah. Ayah jarang bersembang denganku. Hanya bila perlu dan hal yang penting ayah akan bersuara padaku.
Aku masih setia mendongak ke atas langit yang kini kelihatan kelam dan bulan juga seakan menyorok disebalik gumpalan awan. Allah! Dah pukul berapa ni? Esok aku kena bangun awal lagi. Desis hatiku.
Aku menempuk dahi kerana terlupa esok aku perlu bersiap awal kalau tidak bernanah telinga aku dengar si Fatimah tu bising. Aduhh, ni lah padah suka mengelamun waktu malam-malam. Sampaikan masa berlalu dengan pantas pun aku tak sedar. Aku mengomel sendirian.
*********
"Asalamualaikum! Eyza... aku ada dekat bawah ni. Turunlah wey! Apesal lambat kau ni haa bersiap? Aku kan dan banyak kali pesan suruh siap-siap awal. Kau memang tak nak langsung ikut cakap aku kan!"
"waalaikumusallam. Hesy... kau Timah! Apa yang terjerit-jerit ni? Bising kau tahu tak? Mujurlah kawasan rumah aku tak berdekatan dengan jiran-jiran." aku mengerutkan dahi melihat Fatimah yang semenjak dari tadi membebel.
YOU ARE READING
Mengharap Sebuah Kebahagiaan
Historia CortaMengisahkan liku-liku hidup tentang seorang gadis OKU yang bernama NurEyza Elyana binti Hashim dalam menempuh perjalanan takdir yang diharapkan bahagia. Lafaz kalimah cinta yang diungkap Nazril merangkap bos ditempat kerja membuat gadis ini terpaku...