BAB 23

5K 123 6
                                        

" Fitnah yang berleluasa. "

 "

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


✧✧✧✧


Matahari yang terik memancar, membuatkan Hanna sedar dari tidurnya. Dia ingin menutup mukanya bagi menghalang cahaya matahari yang menyilaukan matanya, tetapi dia rasakan tangannya seperti diikat.

Dia membuka matanya memandang hairan tangannya yang diikat dengan tali itu. Dia cuba membuka ikatan tersebut, tetapi gagal.

Dia menggerakkan kakinya kerana terasa kebas, tetapi sekali lagi dia memandang hairan kerana kakinya juga diikat seperti di tangannya.

" Apa dah terjadi? " Tanya Hanna dengan suara yang serak. Dia seperti tidak ingat apa yang terjadi kepada dirinya, semalam.

Dia memaksa otaknya untuk mengingati apa yang terjadi semalam.

Pintu ditolak dengan kasar, membuatkan Hanna terkejut sehinggakan kedua belah bahunya terangkat.

Bunyi pintu yang terhempas ke dinding itu, membuatkan fikiran Hanna memainkan semula tentang kejadian pada malam tadi. Dadanya berombak ganas apabila dapat mengingati kisah semalam.

Matanya memandang Adam yang berwajah dingin, menghampiri dirinya.

Dia memejam matanya apabila Adam duduk bercangkung di hadapannya dan tangannya diangkat menghampiri dirinya.

Terkejut Hanna apabila rasakan ikatan di tangannya semakin melonggar. Dia perlahan-lahan membuka matanya.

Wajah Adam yang sedang tekun membuka ikatan di tangannya, memenuhi anak matanya.

Selesai membuka ikatan tersebut, Adam menarik sesuatu di belakangnya.

" Makan ni. Nanti kalau kau mati, aku pula yang susah. " Kata Adam sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada Hanna.

Hanna memandang bungkusan yang dihulur oleh Adam itu. Tiba-tiba mukanya terasa panas, lalu matanya juga menjadi kabur. Kabur kerana air matanya.

' Ya Allah. Betul ke ini suami aku? Dimanakah letaknya sikap panas baran suami aku semalam? '

" Makan. " Adam menarik tangan Hanna lalu diletakkan bungkusan itu di atas tangan Hanna.

Hanna sudah teresak-esak menangis. Dia tak tahu kenapa dia terasa sedih sangat. Mungkin emosi dia terganggu akibat dia sedang mengandung sekarang ini.

" Aku suruh makan, bukan menyalak, sial! " Kata Adam sambil menunjal kepala Hanna yang masih berbalut tudung dari semalam lagi.

Hanna menahan tangisannya supaya Adam tidak memarahinya lagi. Bungkusan di tangannya dibuka perlahan.

Adam memandang Hanna yang sedang makan itu. Matanya memandang pada wajah Hanna.

Ada kesan lembam di kedua belah pipinya dan dibawa matanya terdapat luka yang sudah kering dan menjadi kebiruan. Matanya jatuh ke pergelangan tangan Hanna yang merah dan ada kesan luka di situ.

Andai Itu TakdirnyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang