Nada penggera jam yang ditetapkan di telefon bimbitku berbunyi deringan kokokan ayam mengejutkan aku daripada lena dibuai mimpi. Aku terus bangun, tuala ku capai untuk mandi bagi membersihkan diri. Setelah itu, aku menunaikan solat subuh. Sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh, aku menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk ayah.
Aku menoleh sekilas jarum jam telah menujukkan angka hampir pukul 7.45 pagi. Pukul 8.30 aku perlu bertolak dari rumahku ke pekan dengan menaiki bas perkhidmatan awan. Fatimah ingin menghantarku ke tempat kerjaku, tapi aku menolak hasratnya kerana tidak mahu menyusahkan dia.
Tambahan pula, Fatimah kebiasaan pada waktu-waktu pagi begini akan bersiap-siap untuk ke ladang bagi membantu ayahnya di kebun.
Aku menarik sebuah kerusi di meja makan dan melabuhkan punggungku di situ.
“Ayah, makanlah. Eyza ada masak mi goreng.” Melihat kelibat ayah, tanganku laju mencedok mi goreng ke atas pinggan dan air milo panas aku tuangkan ke dalam cawan lalu menghulurkan kepada ayah.
Setelah itu, aku bersalaman dengan ayah untuk meminta izin biarpun setiap kali sambutan salamku tidak disambut mesra. Aku hanya bisa memendam rasa. Sebesar hama aku tidak menyimpan dendam.
Walaubagaimanpun, ayah adalah satu-satunya ahli keluarga yang aku punya. Kasih sayangku pada ayah tidak akan mampu dapat diganti dengan wang, harta benda sekalipun dengan kekayaan.
.......
Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja di syarikat Temenggong Holdings. Banyak benda yang dapat aku pelajari setelah sedikit sebanyak Encik Fazrul mengajarkanku tentang tugas sebagai personal asistant kepada Nazril.
“One thing Eyza, Encik Nazril are very dislike who girl yang make up such like badut or i call ‘perempuan kampung’. Sorry to say, saya harap awak tak offended.” Fazrul mengerling tajam padaku. Aku tergaman sebentar.
Aku make up tebal ke? Biasalah perempuan tempek bedak sikit, calit gincu merah pada bibir, nak kasi lentik bulu mata guna maskara, tambah blusher bagi pinky gitu! Macam ni aku make up punyalah cantik boleh cakap macam badut? Tak lama hidup mamat ni. Mulut tahap longkang penuh sisa pepejal! Bos pun puji melambung cakap aku cantik. Sabar Eyza... selagi boleh sabar aku sabar.. kalau tak memang kena pelengkuk tongkat sakti aku! Senyum
Eyza!“Okey... okey Encik Fazrul. Jadi boleh saya mulakan kerja saya?” soalku. Kalau boleh aku tidak mahu lama-lama bersembang dengan si Fazrul ni.
“Umm, unbelieveable! How Nazril can take you as P.A? look at u? Sijil ijazah tak ada, experience apatah and plus jalan pun nak guna tongkat. Memang layak ke? By the way make sure you tak menyusahkan staf-staf kat sini. I give you warning.” jelas riak Fazrul tampak tidak puas hati dan memberi senyuman sinis.
Hatiku bagai dicucuk duri. Pedih tapi hanya mampu pendam. Aku tahu tidak semua orang dalam dunia akan menerima pekerja orang kurang berupaya. Menurut mereka tiada kemampuan.
Walhal, mereka tidak menyedari orang yang sempurna akal sebenarnya cacat. Pertama cacat lidah, bicara ikut sedap kata. Kedua, cukup sempurna anggota badan tapi tidak digunakan untuk sempurnakan solat sehingga solat yang menjadi keutamaan tidak dijalankan. Ketiga, hati yang cacat penuh dengan titik hitam sanggup yang haram dihalalkan. Cacat itu terlahir dari perbuatanya mereka sendiri.
*ring ring ring*
Telefon pejabat disebelahan kanan, aku angkat lalu melengkapkan pada telingaku.
“Eyza, can you make white coffee but less sugar?”
“Baiklah Encik Nazril.” Setelah itu, telefon diletakkan ke gangang kembali. Aik? Tugas personal asistant bancuh air jugak ke? Macam tea lady? Tidak mahu melengahkan masa aku terus pergi menuju ke pantry.
YOU ARE READING
Mengharap Sebuah Kebahagiaan
Short StoryMengisahkan liku-liku hidup tentang seorang gadis OKU yang bernama NurEyza Elyana binti Hashim dalam menempuh perjalanan takdir yang diharapkan bahagia. Lafaz kalimah cinta yang diungkap Nazril merangkap bos ditempat kerja membuat gadis ini terpaku...