Prolog

9 1 0
                                    

    Jeritan yang sangat nyaring serta tangisan kanak - kanak sambil merintih kesakitan dapat didengari dengan jelas di dalam bilik yang agak luas itu. Kanak - kanak tersebut merayu-rayu agar dilepaskan , tidak mahu diseksa dan dizalimi lagi . Tetapi rayuan mereka tidak diendahkan.

"Aduh. Sakit. Sakit. Mama! Papa! Tolong!"

"Tolong .. Lepaskan kami ... Lepaskan!!"

"Tak nak.. Aku tak nak mati !!"

Tubuh kecil mereka itu berlumuran dengan darah yang hanyir baunya. Luka , lebam serta jahitan menghiasi badan mereka. Mereka dilayan tidak ubah seperti tikus makmal. Hanya diberi makan 1 kali sehari itu iaitu hanyalah semangkuk kecil bubur dan segelas air kosong. Setiap hari mereka akan merima satu suntikan yang mengandungi pelbagai jenis cecair. Ada yang pekat likat . Ada yang cair dan ada juga yang sederhana pekatnya. Pelbagai warna dan baunya. Kebiasaannya selepas mereka disuntik mereka akan dibiarkan sahaja begitu. Menanggung kesakitan yang teramat dan kadang kala mengundang kepada perkarang yang paling mengharukan . Iaitu mati. Ya mati. Semuanya tidak akan menjadi mustahil sekiranya dalang kepada eksperimen ini ialah seorang bekas ahli saintis.

"Budak-budak zaman sekarang ni memang tak ada daya ketahanan yang kuat eh? Kalau dulu ... uihhhh . Jarang nak dengar diorang nak nangis . Nak jerit. Tapi best juga . baru ada feel aku buat this kind of thing "

Komen seorang lelaki dewasa yang memakai kot putih panjang. Dia seperti melakukan sesuatu terhadap seorang budak lelaki yang umurnya lebih kurang 10 tahun berdasarkan wajahnya yang comel tetapi seperti patung . Lifeless . Budak tersebut sedang berbaring di atas meja bedah , membiarkan lelaki itu membuat pembedahan terhadapnya. Rambut hitam pekatnya sudah diwarnai merah darah dan mata kiri hazelnya sudah berganti kepada hijau kebiruan.

"Diorang cakap hari tu more unique it is the better. So aku harap sangat sangat ni dah cukup unik. Aku penat lah nak perah otak lama lama. Tambah ni lah. Tak cukup unik la. Diorang ni ingat benda ni macam mainan ke ? Boleh aci redah je nak tambah apa apa pun? Memang aku tak faham la taste diorang tu. Pelik , pelik. Tapi tak apalah asalakan diorang bayar aku buat benda ni aku tak kisah. Tapi.. nak penuh demand dorang  buat pat..."

"Lis.... Lisa ... Lisa!"

Sayup-sayup aku terdengar ada orang memanggil namaku. Aku membuka mata. Aku terus mengecilkan mata gara-gara sinaran mentari yang menusuk retinaku dan pap. 

"Perghh.. Memang cun lah. Pagi-pagi buta muka aku yang cantik lagi lawa ni dah cium batal golek. Siapa pula yang kejut aku ni? "

"Amboi . Muka yang cantik lagi lawa ? Meluat akak dengar. Bab perasan memang nombor satu budak ni. Kepala hotak kau pagi. Ni dah pukul 2.00 petang dah. Adik ni dah solat zohor ke tidak? Adik  ni nak jadi apa eh? Sleeping beauty abad 21? Tak payah nak nak berangan lah kalau nak jadi Aurora. Tak layak !"

"Eh. Mulut tu memang tak ade insuran eh? Kalau nak buat insuran adik boleh tolong ,siap free lagi tau."

"Eh. Akak pulak yang kena padahal adik tu la yang perasan tahap diva tau!."

"Per favore  stai zitto, mia cara sorella ?"

"Ehleh . Mentang-mentang dah pandai Itali , adik nak nak berItali lah ngan akak eh. Akak bising pun bukan apa, sebab adik juga. Sveglia ,  la mia sorellina carina ! Nanti papa dan mama marah akak lagi. Kan tak pasal pasal juga ada majlis pengebumian karang."

Aku dan kakak ketawa. Memang ada betulnya sebab kalau mama dan papa bebel ... Rasa macam perang dunia ke-3 . Sumpah aku tak bohong. Hari tuh pun dah macam ala-ala perang dunia ke-2.

"Yelah adik bangun."

"Bangun tau! Akak tak nak jadi arwah..."

"Iye. Iye adik bangun lah wahai Cik Boss!"

Kakak aku , Maya menarik selimut yang berwarna biru pastel milikku daripada badan aku yang agak kecil ini. Oleh disebabkan , dia menarikanya terlalu cepat , aku tidak sempat untuk bertindak balas. Gedebuk . Maka dengan itu aku, Nur Melissa binti Mohammad Harizan jatuh dan tergolek atas lantai. 

"Kan akak dah cakap bangun, tapi adik tak nak bangun jugak. Haaa. Kan dah tergolek macam ayam golek kat pasar malam."

  Aku hanya membisu. Malas nak bertikam lidah dengan Kak Maya lagi . Dia membuka langkah untuk keluar daripada bilikku. Aku bangun dan terus duduk bersila. Sejuk weyh lantai rumah aku. Rungutku dalam hati. Tiba-tiba aku teringat akan mimpi yang aku alami tadi. Siapa lelaki tadi. Siapa "diorang" tuh? Grup kongsi gelap ke? Kat mana lelaki tu buat eksperimen  tuh? Satu persatu persoalan muncul dalam fikiranku . Tetapi tiada satu pun terjawab. Ahhh.. malas aku nak fikir. Mimpi je kot. Bukan nya real. Kalau benda tuh jadi betul-betul baru aku nak kisah. Bazir masa aku yang precious ni je. Baik aku pergi mandi pastu solat zohor. Ada faedahnya, boleh LA jugak dapat pahala. Bebelku seorang diri. Aku mengambil tuala dari ampaian tuala dan masuk ke dalam tandas . Usai mandi, aku menunaikan kewajipanku sebagai seorang umat Islam iaitu solat. Kemudian aku duduk di meja solek. Aku malakukan rutin harian seperti mana wanita sebayaku lakukan. Tepek benda ni, tepek benda tuh . Tadaaaa.. Kan dah flawless.

Ting..Ting..Ting. 

'Aiyahhh.. Bising pulak dah telefon aku ni.. Noti masuk tak habis habis.' Aku bermonolog sendiri. Aku mengambil Iphone Xr warna hitam milikku untuk memeriksanya . Maklumlah aku ni tak berapa nak suka warna lain selain daripada hitam putih. Namun sangkaan ku meleset . Ianya bukan notification yang masuk tetapi alarm yang aku tak ingat bila aku pasang. 





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Author's note:

Hai korang.. First thing first saya nak mintak maaf kalau cerita ni boring sebab ni first time saya buat erita yang serius .. hahah ( well except for Lagenda Nabati ) .. Pastu saya nak berterima kasih kerana baca buku saya "Mimpi" .. HMM.. Cerita ni sebenarnya based on my dreams .. Bukan semuanya tapi adalah sikit sikit. Sori sekali lagi kalau bahasa melayu saya ni berterabur .. Maklumlah.. Periksa BM pun dapat C.. hhahah..Urmmm.. Tu jelah yang saya nak sampaikan kepada pembaca sekalian . Terima kasih. Bye....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 14, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MimpiWhere stories live. Discover now