Bab 25

57 3 0
                                    

Ternyata itu ialah Amieyra dan juga adiknya Afiqa.

Dengan langkah yang besar Salyna mendekati.

"Mieyra. Kau buat apa kat sini? Dah la tinggalkan aku sorang-sorang kat sana tadi." Ujar Salyna. Dia berdiri di sebelah sahabatnya itu.

"Sorry la. Tadi aku sembang kejap dengan mak su aku. Adik aku panggil kau, kau tak dengar. So..." Amieyra membuka cerita.

"Yeke Fiqa ada panggil akak tadi?" Wajah Salyna beralih ke arah Afiqa yang berdiri di sebelah kakaknya.

Afiqa hanya menggangguk seperti burung belatuk. Salyna hanya mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Liar!" Suara Azzam yang sedang berdiri di belakang Salyna membuatkannya terkejut. Malah sahabatnya juga terkejut.

"Siapa ni Lyna?! Orang jahat he? "Amieyra dan adiknya sudah mengundur.

"Tak la."

"Abis?" Kini Afiqa pula bersuara.

"Do you want to introduce yourself or you want me to introduce you to my friend?" Salyna menanya Azzam. Comel sungguh wajah jejaka idamannya itu. Hampir luluh jantungnya itu.

"You." Ujar Azzam.

"Ok guys. Kenalkan ni Azzam. Azzam Haikal. My bestfriend. Aku kenal dia kat Australia." Kata Salyna gembira. Senyumannya dimaniskan. Rambutnya depannya yang sedikit terjatuh diselak tepi.

Amieyra dan Afiqa hanya membuat mulut berbentuk 'O'.

"No." Kata Azzam. Wajahnya sudah memerah. Mulutnya memuncung kedepan.

"What?" Dahi Salyna berkerut. Begitu juga Amieyra.

"Hy, you Mieyra and this is... ya..Afiqa. Sorry.Nama I Azzam. Nice to meet you guys. And for your information, I'm not her friend."

"Kalau bukan kawan ape?" Afiqa yang berwajah kecil itu menanya.

"I boyfriend dia." Azzam menarik bahu Salyna agar berdiri dekat dengannya. Salyna sedikit terdorong ke dalam pelukan lelaki sasa di sebelahnya.

Sekali lagi Amieyra melopong.

Ni ke pakwe dia? Biar betik! Muka mat salleh gitu! Dari atas ke bawah perfect. Bulu mata melentik pula tu. Geramm je tengok!

Afiqa menolak siku kakaknya. Amieyra terbangun dari lamunannya. Semua fikirannya melayang jauh entah ke mana. Wajah adiknya dikerling laju.

Afiqa membuat isyarat mata kepada kakaknya agar jangan melihat boyfriend orang macam itu sekali. Macam nak terkam jer. Amieyra hanya akur dengan isyarat mata yang dihantar oleh adiknya.

Amieyra menarik Salyna yang berdiri dekat dengan Azzam ke arahnya. Kini,Salyna beralih tempat.

"Weh, kau tak pernah kata pun kau ade boyfriend." Amieyra seakan berbisik ke telinganya.

Azzam hanya memerhati Salyna dan Amieyra yang berbisik itu. Entah apa yang dibualkan mereka.

"Nantilah aku citer." Ujar Salyna. Tangannya sempat menepuk belakang badan Amieyra. Badan Amieyra sedikit ke depan kerana ditepuk oleh Salyna.

"Jom balik!" Suara Afiqa memecah kesunyian.

"Yerla." Salyna pun berjalan di hadapan bersama Amieyra yang berada di sisi. Afiqa dengan langkah yang kecil mengekori dari tepi.

"Lyna wait!" Suara Azzam yang lunak itu menghentikan Salyna daripada berjalan.

"Apa?" Masa-masa sekarang ni la dia nak panggil kita. Dah laa lewat sekarang ni. Kejap lagi mall ni tutup kang. Tak dapat keluar kita..

"You dah nak balik ke?"

"Yes."

"So, early?"

Dia kata early?! Ingat ni pukul 7 pagi ker?!

"Early? Hello Azzam it's almost 11." Kata Salyna dengan nada yang agak kuat.

"Ok la.." Azzam mengalah.

Amieyra dan Afiqa hanya menunggu Salyna dan Azzam yang masih lagi berbual.

"But, give me your number phone. So, I can contact you this night. Number yg haritu I dah tak guna." Keningnya terangkat sambil tersenyum nakal.

Salyna hanya menggeleng-gelengkan kepalanya memandang wajah Azzam dengan kelakuan yang seperti kanak-kanak.

Salyna menghulurkan tapak tangannya kepada Azzam. Dengan sepantas kilat, Azzam mengeluarkan telefon bimbitnya dari belakang poket seluar.

"Nah. I dah save number I dekat phone you." Salyna memulangkan kembali telefon yang berjenama IPhone kepada Azzam.

Azzam tersenyum girang.

"Ok. I balik dulu. Bye!" Kata Azzam.

Salyna sempat menahan lengan Azzam yang baru sahaja mahu melangkah pergi.

"Azzam, stay with me." Kecil sahaja suaranya. Wajahnya menunduk ke bawah memandang lantai. Dia takut jika lelaki di hadapannya itu melarikan diri lagi daripadanya.

"Okay, sayang." Azzam menyentuh pipi Salyna yang putih gebu itu. Secara automatik pipinya bertukar merah. Terasa membahang pipinya!

_______________________________________

Puan Zara sedang sibuk menyiapkan sarapan untuk dimakan pagi ini. Suami dan anak-anaknya belum lagi turun pada jam begini. Sibuk menilik penampilan di depan cerminlah.

Karipap 'frozen' yang berada di dalam peti sejuk dikeluarkan lalu diletaknya ke dalam kuali.Selepas sahaja karipap itu selesai digoreng, dia meletakkan karipap tersebut ke dalam mangkuk.

"Morning mom!" Suara Qarina yang agak kuat itu membuatkan ibunya terperanjat. Puan Zara menepuk paha anak perempuannya yang sudah duduk di atas kerusi itu dengan kuat.

"Aw! Sakitlahh mommy!" Qarina meramas-ramas pahanya itu. Mulutnya sudah memuncung ke depan memandang wajah ibunya.

"Dah! Tak payah nak mengada. Cepat makan! Abang kamu ni mana? Dengan daddy? Lambat betul." Ujar Puan Zara. Tangannya ralit membancuh air kopi.

Qairul dan bapanya encik Qamar berjalan bersama menuruni tangga menuju ke meja makan. Terlihat wajah adiknya Qarina yang sedang sibuk menjamu selera dengan makan karipap.

Qairul dan bapanya mengambil tempat duduk. Dengan lincah, tangan Qairul mengambil sandwich yang telah dibuat oleh ibunya. Air kopi yang sudah tersedia di sebelah tangannya di hirup seketika.

*
*
*
*
Sorry kalau ada typo. Baca citer ni lek lok ! Comment down.

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now