“ Masih kau ingat diri kau yang dulu? Di mana senyuman kau masih ikhlas, di mana kau masih melompat dan berlari tanpa rasa takut. Tapi apa yang berlaku sekarang? Hendak menapak ke hadapan pun kau sudah rebah. Apakah ianya kerana dunia menghidangkan kedukaan yang tidak dapat kau tanggung? ”
➖
Jungkook membuka matanya. Perlahan - lahan penglihatannya yang kabur mula menjadi jelas. Ingin sahaja dia mencabut bantuan alat pernafasan yang dipasang ke mulutnya namun dia tidak berdaya.
Inikah pengakhiran kisah hidupku?
Jika ya, tuhan aku mohon, berikan aku sedikit kegembiraan di saat akhirku.
Sedikit demi sedikit air matanya jatuh membasahi bantal yang berada di bawah kepalanya. Tipu kalau dia katakan dia tidak mahu hidup.
Hakikatnya dia masih ingin merasai deru angin yang menyapa setiap paginya. Dia masih ingin membelai Hyuna, isteri yang amat dia kasihi.
Dia masih ingin mengusutkan rambut Jungna pada setiap pagi. Dia masih ingin mencium dahi Hyejung tidak kira masa dan waktu. Dia masih ingin bergelak tawa bersama - sama hyungnya.
Dia masih menginginkan. Namun dia seorang pengecut yang tidak mahu mengambil sebarang rawatan. Dia berputus asa terlalu awal. Tiada harapan? Huh!
Dan kini, mungkin, mungkin sahaja terbit sedikit rasa penyesalan di dalam hati Jeon Jungkook.
Jika waktu boleh diputarkan kembali, adakah masa lalu boleh diubah? Jika dia bukanlah seorang penakut untuk mengambil sebarang rawatan, adakah dia tidak akan pernah berada dalam keadaan sebegini?
Jika dia menceritakan apa yang tidak kena pada dirinya dari dulu lagi, mungkinkah Hyuna akan berada di sisi dia? Menyokong dan akan menjaga dia di saat sakitnya menyerang?
Jungkook menutup matanya. Air mata yang masih mengalir hanya dibiarkan. Detik ini, dia sudah tidak peduli.
Lagi pula, dia sudah tidak mempunyai banyak masa.
• • •
"Ibuu... Jungkook..." Tersedu - sedu Hyuna menyebut nama lelaki itu. Dia tidak sanggup lagi kehilangan lelaki itu.
Muncul segumpal rasa bersalah yang menghenyak ruang hatinya. Kepala Hyuna berpinar. Jinyoung pula bingung. Siapakah Jungkook?
"Tenang Hyuna. Beritahu ibu, kenapa dengan Jungkook?" Puan Park cuba untuk menenangkan Hyuna.
"J-- Jungkook." Kalau dulu hati itu dipenuhi rasa sebal dan marah, kini hanya rasa bersalah yang memenuhi ruangan hati Hyuna apabila nama itu disebut.
YOU ARE READING
[C] Régret. jjk
Fanfic+ sekuel kepada MEMORY -- "Tindakan kau amat bodoh Jeon Jungkook. Aku ini isteri kau. Hari ini, esok dan selamanya, kau tak akan pernah jadi erti beban untuk aku!" Keputusan itu melukakan dua hati dan Jeon Jungkook tidak mengerti. Bukankah itu kepu...