1

6.3K 303 8
                                    


YOONGI

'Aku rasa tak perlu kot kita sibuk dalam hal masing-masing. Kita kahwin pun sebabkan parents kita' Kata aku kepada yeoja yang kini bergelar isteri kepada aku.

Berakhirlah zaman bujang aku. Sebenarnya aku tak suka plan eomma dan appa sebab kahwinkan aku dengan yeoja entah siapa pun aku tak kenal.

'Saya setuju' Kata yeoja tersebut sambil tertunduk di hadapan aku. Nama dia pun aku tak tahu siapa. 'Cukup 2 tahun kita cerai' Kata aku kepadanya lagi kemudian terus masuk ke dalam bilik.

Ye bilik yang akan kami duduki setiap malam untuk berehat atau melakukan aktiviti sendiri adalah berasingan. Bilik yeoja tu bertentangan dengan bilik aku.

Ting! Satu mesej daripada chingu aku masuk di skreen telefon bimbit kepunyaan aku.

Kim Taehyung
Nak lepak tak?
Aku dekat parking kereta apartment kau ni

Seen 9:43 P.M

Aku segera mencapai kot di belakang pintu bilik dan menyarungkannya di badan. Aku keluar daripada bilik dan kebetulan berjumpa dengan yeoja tersebut.

Yeoja tersebut atau ISTERI aku sekarang ni juga bersiap untuk keluar. Dia hanya menunduk di hadapan aku kemudian kami keluar dari apartment bersama dan menaiki lift bersama.

Lift berhenti di tingkat bawah apartment dan kami bergegas menuju ke destinasi masing-masing. Aku memerhatikannya sebelum pergi. Selepas dia menaiki sebuah kereta baru aku mula mencari Taehyung.

Bukan apa, dia isteri aku sekarang kalau apa-apa jadi dekat dia mesti aku yang kena nanti even aku tak ada perasaan apa pun dekat dia.

'Yow bro sini!' Jerit Taehyung sambil menurunkan tingkap keretanya. Aku menuju ke arah keretanya kemudian terus masuk ke tempat duduk di sebelah pemandu.

'Sejuknya dekat luar' Kata aku kemudian menguatkan pemanas di kereta Taehyung. 'Amacam dah jadi suami orang?' Soal Taehyung tiba-tiba.

'Entah' Jawab aku ringkas. 'Nama dia pun aku tak tahu' Tambah aku lagi. 'Serious lah? Nama dia senang kot nak ingat' Kata Taehyung.

'Apa nama dia?' Mata aku memandang Taehyung yang sedang memandu. 'Jeon Junghee' Jawab Taehyung dengan selamba. 'Mana kau tahu ni?' Aku jadi pelik.

'Pengacara perkahwinan kau semalam siapa?' Soal Taehyung. 'Kau lah siapa lagi' Aku menjawab. 'Dah tu? Tak akan aku tak tahu nama pengantin perempuan?' Kata Taehyung lagi.

Betul jugak eh. Asal aku tak terfikir macam tu? 'Kenapa lah parents aku terfikir nak buat benda bodoh ni. Aku tak suka ah kena kahwin dengan orang asing' Kata aku lalu mengeluh.

Bila difikirkan balik memang teruk, biasa orang kahwin dengan pilihan hati dengan cinta sejati ni kenapa situasi aku berbalik 360 darjah? Dah lah aku tak kenal dia. Cinta dia lagi lah tak.

'Cuba lah kau bagi perhatian dekat dia dulu, mana tahu lama-lama perasaan tu ada. Kau yang kena tentukan' Kata Taehyung. 'Dah sampai' Tambahnya lagi.

Taehyung memakirkan kereta dan kami menuju ke restoran selalu kami lepak malam-malam. Kadang-kadang memang sampai pagi. Rutin orang bujang kan.

Tapi time cuti je lah kalau hari kerja mati aku kena hempuk dengan boss tempat kerja aku. Lagipun Taehyung jarang ada masa terluang dengan kerjayanya sebagai seorang doktor. 'Jimin! Macam biasa!' Jerit aku kepada salah seorang pelayan di restoran tersebut.

'Aku pun!' Kata Taehyung. Jimin hanya mengangguk dari jauh. Kami mengambil tempat duduk di tepi tingkap memandangkan tempat tu paling best untuk kitorang share masalah masing-masing.

'Tu bukan Junghee ke?' Soal Taehyung sambil memandang ke luar tingkap. 'Nugu?' Aku memandang ke arah yang sama dengan Taehyung. 'Junghee. Bini kau lah tu' Taehyung memuncungkan mulutnya.

Aku melihat ke luar tingkap. Memang betul tu yeoja yang kahwin dengan aku tu. Tapi apa dia buat dekat tepi jalan tu seorang-seorang?

'Kau tak rasa ke dia kena tinggal? Muka dia asal macam sedih je?' Soal Taehyung. 'Kau pergi lah tengok' Kata aku kepadanya. 'Eh asal aku, kau suami dia pergi lah' Taehyung menolak lengan aku.

Nak tak nak terpaksa lah aku pergi menuju ke arah yeoja tersebut.

JUNGHEE

'Oppa tak kira, oppa tahu kau mesti berbaik-baik dengan suami kau' Kata Jungkook. Abang kandung aku. 'Tapi oppa Junghee tak kenal pun dia' Kata aku.

Kenapa mesti wujud namja tu dekat bumi ni? Dah lah aku kena paksa kahwin dengan dia. Sekarang aku ngadu dekat Jungkook aku yang kena marah balik.

'Junghee, cuba slow-slow paksa diri tu biar ada perasaan suka dekat suami kau'Kata Jungkook dengan nada memujuk. 'Junghee taknak' Aku menunduk ke bawah.

'Oppa tak kira! Dah lah penat lah layan Junghee. Oppa balik dulu' Kata Jungkook lalu meninggalkan aku seorang di kafe. 'Oppa..'

Aku mengeluh dan menghabiskan sisa minuman yang dipesan ketika sampai di kafe bersama Jungkook. Aku membayar minuman tersebut dan terus berjalan di tempat pejalan kaki.

'Nak balik naik apa ni' Aku mengeluh lagi. Sejujurnya aku bukan tak reti nak bas atau teksi, tapi aku takut. Takut kalau-kalau ada apa-apa perkara menakutkan berlaku.

Lebih jelas lagi aku boleh kata yang aku tak suka pergi mana seorang-seorang. Aku mengambil keputusan untuk tunggu teksi di tepi jalan. Tak kisah lah apa jadi aku nak balik nak rehat.

'Kau buat apa dekat sini?' Tegur seseorang

Paksa; Min YoongiWhere stories live. Discover now