YOONGIDia ni dah kenapa? Kenapa macam orang mabuk je jalan. Aku menghampirinya yang berada di dapur untuk melihat apa yang berlaku. Gelas yang dipegangnya hampir jatuh dan aku sempat menyambutnya.
'Kau ni mabuk ke apa?' Soal aku. Mata aku memandangnya. 'Asal muka kau pucat sangat ni?!' Soal aku sebab terkejut sangat dengan perubahan dekat muka dia. Aku mendukungnya kemudian meletakkan kembali dia di bilik. 'Tunggu kejap' Aku terus berlalu ke dapur kembali.
'Kalau dia dah bangun bagi dia makan sikit lepas tu bagi ubat ni'
Pesanan daripada Taehyung bermain di fikiran aku. Aku meletakkan sup rumpai laut yang aku masak ketika Taehyung mahu makan tengah hari dan meletakkannya di atas dulang.
Tidak lupa juga segelas air dan dua biji ubat pil yang diberi Taehyung. 'Aku rasa ni je kot' Kata aku sendiri kemudian membawanya masuk ke dalam bilik Junghee.
'Makan ni lepastu makan ubat ni' Aku meletakkan makanan tersebut di atas katilnya. Junghee hanya menurut. Dia makan beberapa suap kemudian terus menelan pil yang diberinya.
Aku mengangkat dulang tersebut kemudian meletakkannya di atas meja kecil bersebelahan dengan katilnya. 'Tidurlah' Kata aku. 'Awak..' Panggilnya. Aku terus memandangnya.
'Bwo?' Balas aku dengan perlahan. 'Awak betul-betul ke benci saya?' Soalnya. Aku terdiam. Beberapa saat kemudian aku duduk di birai katilnya. 'Aku bukan tak...' Belum sempat aku menghabiskan ayat dia sudah menyampuk.
'Saya mintak maaf kalau saya menyusahkan hidup awak. Saya datang dengan tiba-tiba dalam hidup awak. Saya mintak maaf' Katanya dengan lembut. Matanya sikit pun tidak memandang ke arah aku.
'Kau tak salah, parents kita yang salah. Diorang yang sebabkan kita macam ni' Kata aku. 'Awak..' Panggilnya lagi. 'Ha?' Aku memandangnya dengan fokus. 'Saya nak awak lepaskan saya please' Katanya.
Matanya yang sekian lama terus memandang ke arah aku. Sudah sebulan perkahwinan kitorang, kalini baru dia suruh lepaskan dia. Aku memandangnya.
Pandangan matanya terus ditundukkan kembali. Aku terus memeluknya dengan erat. 'Aku mintak maaf kalau selama ni aku yang sebenarnya buat kau menderita' Kata aku.
Dia membalas pelukan aku. Akhirnya dia tewas. Aku dapat rasakan air matanya mengalir dan bunyi esakan yang perlahan. 'Mianhae' Kata aku lagi. Aku dah cuba nak sayangkan kau tapi belum tiba masanya lagi.
Seketika kemudian aku menyuruhnya untuk baring dan berehat. Aku bangun untuk beredar dari situ. Aku mengangkat dulang tadi dan membawanya ke sinki dapur.
Selepas selesai membasuh pinggan dan mangkuk yang bersepah. Aku menutup televisyen dan menuju ke dalam bilik aku. Aku menghempaskan diri di katil.
'Dulu aku nak sangat ceraikan dia kenapa sekarang aku rasa berat nak tinggalkan dia walaupun aku tak sayang dia? Haih'
JUNGHEE
Betul ke apa yang jadi tadi? Dia peluk aku and then dia mintak maaf? Dia yang demam ke aku yang demam? Aku just mintak dia lepaskan aku je pun sampai berpeluk ke?
Dah lah dia kata dia benci aku and then dia nak aku ada perasaan untuk dia pulak ke? Tapi hm betul lah aku ada perasaan suka tu SIKIT dekat dia. Jangan dia bagi fakelove sudah lah.
Aku pusing ke kiri. Aku pusing ke kanan. Tetap sama. Aku masih tak boleh nak tidur. Kenapa mata ni tak nak tertutup? Dan kenapa kepala otak aku dari tadi fikir pasal benda yang jadi tadi?!
'AHH!' Aku dah putus asa. Aku cepat-cepat mencapai bantal berbentuk muka GDRAGON Bigbang dan terus menuju ke bilik si dia.
Aku berhenti di hadapan pintu biliknya. Nak masuk ke tak nak? Nak masuk ke tak nak? 'Nak masuk masuk je lah' Katanya dari arah belakang. Aku terus terkejut beruk. Nasib baik aku tak terjerit kuat.
Kalau tak habislah kena maki hamun dengan jiran atas bawah kiri kanan. 'A.. Awak.. Buat apa dekat sini?' Soal aku kepadanya. Dia mengangkat keningnya.
'Sepatutnya aku yang tanya kau buat apa dekat sini?' Soalnya kembali. 'Saya nak tidur lah' Jawab aku. 'Dekat bilik aku? Seriously? Jom lah' Katanya kemudian dia menarik tangan aku masuk ke dalam biliknya.
'Saya nak tidur bilik saya lah' Kata aku kemudian menuju ke pintu bilik tetapi dia menghalang. 'Ani, harini kita tidur sama-sama' Katanya. 'Hah?!' Aku terkejut. Seriouslah? Nanti dia buat macam-macam ARGHH aku tak boleh fikir perkara yang bakal berlaku.
'Aku tak buat apa-apa lah' Katanya kemudian menolak aku supaya baring di atas katil. 'Tidurlah, nanti nak apa-apa kejut je aku' Katanya kemudian dia baring pula di sebelah aku.
'Kau tu tak sihat, aku bukan saja-saja nak suruh kita tidur sekali. Rehat lah' Katanya kemudian dia menyelimutkan aku.
'Kenapa kau buat macam ni? Sedangkan kau memang tak suka dekat aku. Hm'