💙 HTL 3 💙

116 17 4
                                    

Seminggu sudah berlalu,tetapi tidak ada perubahan yang berlaku antara Jaebeom dan Hyunji. Hampir setiap malam Jaebeom pulang lewat dan kadang-kadang dia mabuk. Puncanya? Suzy. Perempuan yang meninggalkannya. Walaupun Jaebeom suka menyakitkannya namun Hyunji masih menyayangi lelaki itu. Tak pernah terlintas dalam fikiran Hyunji mahu mencari lelaki lain. Sayang selamanya sayang.

Pada malam berikutnya

Hyunji yang sedang menonton TV itu mendengar bunyi hon di luar rumahnya. Hyunji lantas melihat apa yang berlaku dan dia nampak Namjoon memapah suaminya yang mabuk lagi. Hyunji mengeluh kecil. Dia berlari anak ke arah Namjoon untuk menolong lelaki itu tapi dilarang.

"Tak mengapa,Ji. Biar oppa bawa dia naik atas" ujar Namjoon seraya senyum. Hyunji hanya mengangguk dan mengikuti Namjoon dari belakang hingga ke dalam bilik mereka.

"Terima kasih,oppa sebab tolong bawa dia pulang...dengan papah dia sekali..." ucap Hyunji dengan lembut dan menunduk hormat pada Namjoon.

"Halah,Ji. Benda kecil je ni. Tak mengapalah" Namjoon menjadi malu sedikit.

"Maaflah sebab susahkan oppa" ucap Hyunji lagi sambil memandang Jaebeom yang terbaring mabuk tu. Namjoon menggeleng.

"Gwenchanayo. Jaebeom tu bestfriend oppa. Of course oppa kena tolong dia." Balas Namjoon dan dia mendapat senyuman kecil dan anggukan dari Hyunji. Hyunji bersyukur Jaebeom mempunyai kawan sebegini. Bukan kawan,tapi sahabat.

"Okeylah,Ji. Oppa balik dulu. Nanti eomma marah pula hehe"

"Oh ok"

Hyunji mengiringi Namjoon hingga ke pintu rumah dan melihat kereta Namjoon meninggalkan perkarangan rumahnya dan Jaebeom.

Hyunji mengelamun seketika. Apa sebab Jaebeom jadi sebegitu? Adakah sebab dirinya? Hyunji tidak sampai hati keadaan melihat suaminya itu. Kadang-kadang dia rasa bersalah kerana muncul dalam hidup Jaebeom.

Hyunji melihat jam dinding. Waktunya ialah pukul 1.31 pagi. Agak lewat tapi lebih awal dari malam-malam sebelum ni. Hyunji mengunci pintu dan mematikan TV yang masih hidup.

Hyunji melonggarkan tali leher dan membuka butang kemeja Jaebeom. Bau arak yang kuat dari mulut memualkan Hyunji tapi ditahannya. Taknak dia merungut,nanti Jaebeom dengar habis dia nanti. Secara tiba-tiba,Jaebeom memegang sebelah tangannya membuatkan Hyunji tertindih Jaebeom.

"Please...dont leave me....I need you..."

Hyunji tersentak. Dia memandang wajah Jaebeom. Betul ke apa yang dia dengar?

'Dia...perlukan aku...?'

"Oppa.....?"

Tiada respon dari Jaebeom. Hyunji menggeleng.

'Dia mabuklah,Ji. Orang mabuk apa yang dia cakap tak semestinya betul'

Tapi Hyunji juga berharap
kata-kata itu memaksudkannya.

Jaebeom memeluk erat gadis itu sehingga Hyunji tidak mampu bergerak.

'Kuatnya dia ni. Aku tak boleh nak bangun'

Hyunji terdiam. Dia rasa,selamat. Rasa selamat berada dalam dakapan Jaebeom. Hyunji tersenyum. Hatinya berasa tenang apabila Jaebeom memeluknya. Mungkin bukan sengaja tapi,Hyunji tidak kisah.

Tak sampai beberapa saat,Hyunji terlelap dan terus tertidur.

❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄

Keesokan paginya

Jaebeom's pov

Arghhh.....kepala aku sakit...apa yang jadi semalam? Lah..aku dalam bilik sendiri rupanya...ingatkan aku tertidur kat kelab malam tu. Sekejap. Kenapa rasa berat nak bangun ni? Eo,perempuan ni?

Jaebeom's pov end

Jaebeom melihat Hyunji yang masih tidur di atasnya. Dia mula menjadi geram lalu menolak gadis itu jatuh ke lantai. Hyunji yang mamai itu mengaduh.

"Kenapa kau tidur atas aku?!" Tengking Jaebeom. Hyunji bangun dengan rasa sakit di pinggangnya.

Hyunji yang mula mengalirkan air mata berkata "Op-oppa yang tarik...Ji ti-"

"Ahh! Alasan kau ni! Kau memang sengaja kan?! Tak payah kau nak goda aku! Tak ingin pun aku nak sentuh kau! Suzy lagi bagus dari kau!" Jaebeom bangun dari katil dan menunjal dahi Hyunji dengan kuat membuatkan gadis itu menangis sambil memegang dahinya.

"Ma-maaf oppa...maaf"

"Dah! Kau pergi ambil tuala aku yang warna biru kat bilik sebelah!" Ujar Jaebeom dengan suara yang kuat dan berjalan ke arah bilik air.

Hyunji yang masih memegang pinggangnya berjalan keluar. Dia terus menangis dengan apa yang Jaebeom buat padanya tadi. Apa dosanya pada Jaebeom sehingga dilayan sebegitu. Suzy,nama perempuan yang terus disebut tanpa memikirkan hati dan perasaan Hyunji yang sudi menutup aib Jaebeom.

Skip

Kelihatan Hyunji sedang menyiapkan sarapan untuk mereka berdua. Jaebeom pula dengan tergesa-gesa dia berjalan menuju ke pintu rumah.

"Oppa,Ji dah sediakan sarapan"

Jaebeom yang sedang memakai kasut itu berkata "Tak pelah. Aku bersarapan dengan Namjoon kat pejabat nanti. Tak hadap aku dengan makanan kau tu. Entah sedap ke tidak"

Tanpa memandang Hyunji dia terus keluar dari rumah. Jaebeom tidak pernah menyentuh makanan yang dimasak oleh Hyunji selama mereka berkahwin. Dia makan pun kat luar je.

Niat Hyunji terbantut lagi. Dia menyediakan sarapan kegemaran Jaebeom sebagai tanda minta maaf. Tapi,dihina pula. Hyunji hanya mampu tahan mendengar hinaan dari suaminya sendiri. Dia faham Jaebeom masih belum dapat menerimanya.

"Sabar Ji,sabar. Kau kena tunggu waktu tu. The miracle will happen" guman Hyunji memberi semangat kepada dirinya sendiri.

💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙

Di IM HOLDINGS

"Kenapa kau tak makan sama-sama dengan isteri kau tu?" Tanya Namjoon yang mengunyah roti bakarnya. Jaebeom menggeleng.

"Lambatlah aku nanti. Aku taknak jadi macam haritu. Datang lewat sebab perempuan tu tumpahkan kopi suam aku atas baju" bebel Jaebeom. Namjoon menggeleng. Kenapalah dengan kawan aku sorang ni.

"Halah lewat sikit je,tho. Lagipun kau ni anak hartawan syarikat ni so you dont have to worry too much"

"Banyaklah kau. Ayah aku tu nampak je baik tapi aku ni,lebih tahu ayah aku macam mana. Strict" Jaebeom menjeling Namjoon. Senang je dia cakap.

"Kau ni,sarapanlah sekejap je dengan Hyunji. Rasa masakan dia,puji masakan dia ke apa ke. Kau ni banyak makan kat luar lah. Lagi bahaya kau tau tak"

"Malaslah aku. Haih dahlah! Berhenti cakap pasal dia. Aku nak buat kerja ni. Kau tu cepat sikit makan. Lembab"

Namjoon mencemberutkan mukanya. Suzy pun belum pernah masak untuk dia. Entah sedap ke tidak perempuan tu buat. Kenapalah nak bandingkan Hyunji dengan Suzy tu. Bagi Namjoon,Hyunji lebih baik dari perempuan tak bertanggungjawab tu.

"Yelah,Mr Im Jaebeom" perli Namjoon lalu keluar dari pejabat Jaebeom. Setelah Namjoon hilang dari pandangannya,Jaebeom mengeluh. Dia termenung seketika.

'Aku...kejam sangat ke pada Hyunji?'

❄💙❄💙❄💙❄💙❄💙❄💙❄

Hey guys! Sebenarnya,dah beberapa hari lepas author nak publish chap ni tapi tak tahulah macam lah ia boleh hilang. Jadi author ambil masa lama sikit sebab nak ingat balik then baru boleh tulis semula. Maaf,readers. Thanks sebab sudi baca fanfic yang tak seberapa ni. Kalau ada ayat yang macam mengarut sangat tu bagitahu author ok? ❤🌻

LWH 3 done!

Hate To Love [C]Where stories live. Discover now