1| S a t u

491 19 1
                                    

Bila seseorang berhajat untuk pergi. Berhajat untuk sebuah perpisahan, mana-mana manusia yang terlihat normal semestinya tak boleh nak menghalang niat itu. Sakit, sedih, kecewa, dipermainkan semua ada.

Memanglah sakit, memang kecewa. Tapi apa hak kita nak menafikan keputusan itu. Dia sudah memilih. Jadi, kita kena move on. Mana tahu, bila dah move on, semakin banyak kumbang-kumbang yang berterbangan akan hinggap. Soal jodoh ni, bukan semua boleh kita pegang sendiri.

Izly menghela nafas kecewa. Tipulah kalau cakap dia tidak kecewa. Hati Izly saat ini bagaikan digilis dengan lori simen. Hancur!

"Aku bukan tak suka kau, tapi entah kenapa, aku dah tak ada perasaan pada kau. Mungkin kerana hubungan ini dah terlalu lama. Jadi, semua perasaan pada kau, semuanya dah hilang. Jujur, aku dah melamar orang lain. Aku yakin, dia yang terbaik pada aku. Dia terbaik dari segenap arah."

Gittew,

Melangit dia memuji. Langsung tidak dijaganya perasaan Izly. Jadi, siapa sebenarnya Izly pada dia selama ini? Apakah Izly tak layak dihormati di hari terakhir lelaki itu bersamanya? Pada hari terakhir, mungkin pada minit-minit terakhir ini Izly didendangkan dengan pelbagai cerita-cerita indah tentang lelaki itu dan kekasih barunya. Mungkin dia terlupa bahawa Izly juga manusia yang ada perasaan. Mungkin dia terlupa yang Izly juga pernah berada di dalam hatinya. Izly tidak mampu untuk menangis di hadapan lelaki itu. Lelaki itu perlu tahu Izly bukanlah gadis lemah yang akan merayu apabila diri ditinggalkan.

"Tahniah, akhirnya kau jumpa the right person." jawab Izly perlahan Izly terpaksa akui bahawa jarak mereka semakin jauh, walaupun ketika ini dia duduk di kerusi di hadapan Izly, menjamah makanan di atas meja yang sama. Tetapi jarak halus itu membuatkan kasih-sayang selama tujuh tahun hilang begitu sahaja.

"Maaf, aku cuma nak kongsi kegembiraan dengan kau. Aku tahu, status kita berdua sebelum ni 'couple', tapi aku harap, kau tak simpan sikitpun rasa benci pada aku. Aku harap, walaupun kita bukan pasangan 'couple' lagi, kita akan tetap jadi kawan sampai bila-bila." ucap lelaki itu lagi.

Jadi kawan? Izly ketawa perlahan. Jujur, sampai mati pun tidak!

'Tengkorak hang aih nak jadi kawan aku!' bisik Izly dalam hati.

"Ayang..." ucap lelaki itu spontan.

"Izly, panggil aku Izly." Balas Izly sinis. Lelaki itu yang beriya-iya mahu memutuskan hubungan, kini lelaki itu pula yang tersasul mahu memanggilnya sayang. Ajaib!

"So-so-sorry, aku terlupa." Ucap lelaki itu tidak bersalah. Izly hanya senyum menyenget. Entah apa agenda sebenar lelaki bernama Dani itu, Izly sendiri tidak mahu tahu. Sungguh, Izly sudah tidak mampu untuk duduk satu meja dengan lelaki itu lagi. Andai diikutkan hatinya yang sakit, sungguh lelaki itu sudah menerima tamparan wanita daripada Izly.

Membahasakan kau-aku bersamanya semenjak tadi, Izly sedikit kekok. Setelah dipakunya berkali-kali tanpa henti kebencian kepada lelaki tersebut. Kini Izly sudah mampu menerima panggilan kau-aku itu.

Hari ini sebenarnya adalah ulang tahun perkenalan mereka, merangkap ulang tahun mereka bercinta. Malah, hari ini juga sebenarnya merupakan tarikh di mana sepatutnya mereka bertunang. Namun entah atas sebab apa, Dani beriya-iya minta majlis pertunangan mereka ditangguh. Berkali-kali Izly bertanya tentang punca Dani bertindak demikian, tetapi lelaki itu tetap membisu. Paling-paling alasan yang sering terkeluar dari mulut Dani adalah 'busy'. Mungkin dia ingat, dalam Malaysia ini, dia sahaja yang bekerja, orang lain goyang-goyang kaki je, duit jatuh dari langit!

Cehhh...

"Izly, aku minta maaf, aku tahu kau marah aku." Ayat yang sama diulang Dani sejak satu jam lepas. Jujur, Izly bosan.

MAPS ©️ ✔️Where stories live. Discover now