Chapter 2 💔 Record

43 7 0
                                    

Ketukan pintu di biliknya menyentak Isabella dari menatap gambar nya dengan Mikael yang diambil sebentar tadi. Dia mencampak telefonnya atas katil dan mengintai sedikit di pintu.

Setelah mendapati figura itu adalah Mikael,dia segera membuka pintu.

"Kenapa ni?"

"Tak nak dinner ke? Saya dah lapar ni"ditayangkan muka kasihan sebelum dia terperasankan sesuatu

"Dah mandi?"soal Mikael,terangkat sebelah kening nya yang terukir elok. Pelik dengan gadis dihadapannya yang masih belum bertukar baju

"Dah.. cuma takde baju. So I just take this dress"

"Oo.. sorry. Lupa nak bagi. Jap. Ada dalam kereta. Saya pergi ambil eh?"

"Ok"Isabella menutup pintu nya. Mujurlah sebelum dia naik ke bilik,dia sudah pergi ke butik untuk beli underwear.

Dia kembali menatap telefonnya. Selepas beberapa minit...

Tok tok tok

Bunyi ketukan pintu menyapa gegendang telinga. Dia mendapatkan pintu dan membuka nya.

"Nah."hulur Mikael beberapa beg kertas

"Thank you"Isabella menayangkan senyuman manis dan berura ura menutup pintu. Tak sempat dia mahu menutup pintu,ada tangan menahan

"Emm..awak pakai baju dalam beg kertas hitam tu tau. And nanti jumpa saya Kat pantai tau"Isabella hanya mengangguk dan terus menutup pintu.

Dia membuka isi dalam beg kertas hitam itu dan beg beg kertas lain dia letakkan di sebelah meja kecil lipat.

Isabella mengambil baju itu dan memandang cermin. Dress satin berwarna hijau lime paras separa betis dengan dihiasi bunga bunga merah jambu cair di bawahnya. Sangat cantik!
Menepati cita rasanya!

Dia menyarungkan dress itu dan diambil juga legging berwarna hitam yang terdapat di dalam beg kertas itu. Rambutnya yang paras dada itu dilepaskan. Diambil headband berwarna navy blue di dalam beg kertas itu lalu dipakainya. Dia menilik di cermin sebelum dia memusing musingkan dirinya agar dress itu kembang ala ala Cinderella.

Dia mencalit makeup natural dan siap! Dia mencapai tas tangan Gucci nya dan terus menuju ke lif.

Sesampainya di pantai,dia mencari figura yang mengajaknya datang ke pantai. Matanya meliar ke arah sekeliling. Gelap je. Mana Mikael?

Dia melangkah dengan perlahan lahan menuju ke gigi air sebelum dia terasa dia memijak benda yang agak lembut. Ia bukannya pasir. Matanya dilarikan ke arah benda yang dipijaknya. Dia mengambil dan melihat lebih dekat.

"Ros"desis hati Isabella sebelum berjalan di atas kelopak kelopak mawar yang dibuat seperti jalan itu. Tetapi kali ini tanpa kasut tumit tinggi nya. Saja. Mahu tengok. Jalan ini dibawa ke mana.

"Lamanya"tegur Mikael apabila melihat Isabella yang ralit memandang kelopak kelopak mawar itu tanpa memandang ke hadapan.

"Ha?"Isabella mengangkat mukanya. Sebuah meja yang besar dan dua buah kerusi disediakan. Lilin diletakkan di tengahnya. Keliling lilin itu dihiasi kelopak mawar. Dan diatas meja itu juga,sudah tersedia hidangan yang mampu membuatkan nafsu makan seseorang membuak buak.

"Have a seat"Mikael menarik sedikit kerusi itu sebelum Isabella duduk di atasnya. Mikael mengambil tempatnya di hadapan Isabella.

"Candle light dinner?"soal Isabella sambil tersenyum manis sebelum dia terperasankan pakaian Mikael. Kemeja hijau lime . Seluar jeans hitam. Dan jam Mikael yang berwarna navy blue. Sedondon je.

Mikael hanya membalas senyuman itu.

"Just for you,dear"

Entah mengapa jantungnya berdetak laju apabila terdengar perkataan 'dear' yang keluar dari mulut lelaki bermata hijau kristal ini.

IsabellaWhere stories live. Discover now