Loceng berbunyi, menandakan persekolahan hari itu sudah tamat. Daniela mengemas barang-barang sebelum memasukkannya ke dalam beg sandangnya.
"Nia,"
"Apa Lufti?" soal Daniela, mata merahnya memandang mata biru kelabu milik Lufti.
"Uh...nothing, tapi selamat berjaya!" ujar Lufti sebelum ketawa janggal. Itu hanya seketika, ketika tubuhnya dipeluk dari belakang oleh kawan sejak kecilnya, Lily Anastasia. Gadis berambut hitam, diikat dua itu hanya tersenyum manis melihat Daniela.
"Thanks... oh ya! Kalau kau jumpa Khairul, cakap dekat dia yang pokok sakura sudah gugur, sama seperti sisa-sisa fikirannya yang tinggal." ujar Daniela sebelum berjalan keluar bersama tangan kanan yang diangkat menandakan, selamat tinggal.
"Baiklah!" Lufti membalas dengan bersemangat sebelum tersenyum kecil. Lily yang memeluknya, meletakkan dagunya di bahu Lufti manja.
"Nee~ Luft,"
"Hm?"
"Apa yang kau tahu tentang Daniela dan Khairul?" Lily menyoal perlahan, sesekali mata merahnya memandang sekeliling.
"Ia rahsia."
"Ala~ beritahulah..." Lily merengek sambil mengoncangkan lengan Lufti. Lufti hanya tersenyum licik, tidak menghiraukan rengekan Lily.□□□□
"DANIELA ARAKAWA, CEPATLAH! CAKAP NAK BELAJAR MENARI!"
Suara itu bergema di seluruh pelosok ruang bawah tanah. Seorang pemuda yang berpangkat abang angkat kepada Shadow Alpha dan White Blue, mencekak pinggang di hadapan si gadis berambut hitam yang sedang asyik membaca buku bertajuk, 'Panduan menari.'
"Tch, malaslah Wan. Kau ajar Khairul jelah." balas Daniela sebelum menyambung pembacaan. Pemuda yang dipanggil Wan oleh Daniela tadi ialah Afwan, Afwan Aiman.
"Aku tak kira, kau malas atau apa. Jadi pasangan Khairul untuk langkah yang ni." arah Afwan tegas. Bibirnya mengukir senyuman licik, apalah yang dirancang oleh si Afwan ni?
"Dude, kau tahu kan yang aku tak pandai menari dan kau ingat aku nak sangat jadi partner si rambut putih tu dalam menari? Heh, tidak dalam seribu tahun!" balas Daniela malas, mata merahnya masih tak lepas memerhati bait-bait perkataan yang tertera di helaian kertas.
"Oh...kalau macam tu, aku bakarlah buku-buku kesayangan kau tu,"
"Jangan disentuh koleksi buku-buku antik aku!"
"Jadi...?" Afwan menyoal bersama buku lima yang sudah dibunyi-bunyikan. Daniela mengeluh kasar sebelum meletakkan bukunya di atas meja sebelum melangkah ke arah Afwan dan Khairul, malas.
"..."
"Good girl."
"Aku memang baik pun, terima kasih." balas Daniela sebelum mengikat panjangnya dengan getah rambut yang entah bila masa ada di dalam saku seluarnya.
"Baiklah sangat,"
"Sentiasa!" Daniela berkata semangat sebelum memeluk Khairul dari belakang, dagunya berada di bahu Khairul. tangannya pula sibuk bermain dengan rambut putih salju milik Khairul.
Khairul hanya membiarkan, makin ditegah makin dibuat nanti. Afwan di hadapan Khairul, mengeleng.
"Daniela, aku keluar kejap. Kau berlatihlah dengan Khairul," ujar Afwan sebelum melangkah keluar dari bilik dan menutup pintu dengan perlahan.
YOU ARE READING
Rebirth Of The Wolves
Fantastik[Memories and Two worlds-Book 1] Negara Claude, diasaskan oleh Raja Zafran dan Raja Kamalia. Terdiri daripada enam buah kerajaan iaitu kerajaan malam, kerajaan Bintang, kerajaan Valor, kerajaan Ahmar, kerajaan Ardu dan kerajaan Glace. Perang paling...