Naurah ialah seorang pelajar perempuan yg baru berumur 13 tahun. Pada tahun ini , dia akan bermula bersekolah di SMK Kota Indah , disebabkan itu dia perlu pergi ke hari pendaftaran untuk menyerahkan dokumen penting kepada guru kelas .
1 cerdas ialah kelas yg bakal menjadi tempat Naurah menimba ilmu bersama rakan sekelas yg lain. Ketika Naurah dan ibunya , Puan Halimah sedang menunggu giliran untuk berjupa guru kelas 1Cs , Puan Salina , tiba-tiba Naurah diberikan kertas oleh seorang pelajar perempuan iaitu rakan sekelasnya untuk diisi. Dia membelek kertas tersebut kerana ingin tahu isi kandungannya . Ternyata bahawa kertas itu ialah senarai nama untuk unit beruniform , kelab persatuan dan juga sukan permainan. Dia mencari pen untuk mengisi namanya namun ibunya , Puan Halimah , lupa untuk membawanya. Jadi , ibunya meminjam sebatang pen dari seorang pelajar lelaki iaitu rakan sekelas Naurah juga.Selepas selesai urusan pinjam meminjam itu , Naurah terus memilih unit pujaan hatinya. Dia memilih Kadet Polis sebagai unit beruniform nya manakala kelab persatuan ialah ICT kerana dia gemar melayari internet. Dia suka akan sukan memanah kerana ianya adalah salah satu sunnah nabi , jadi dia memilih Memanah sebagai sukan permainannya.
Sedang asyik menulis nama pada ruang yg disediakan tersebut , Naurah baru teringat bahawa ada seorang pelajar lelaki yg sama unit beruniform dan sukan permainan dengan dia .
Pada saat ini lah Naurah sudah membayangkan bahawa dia ialah seorang yg hensem dan akan bersama-sama pergi ke setiap pertemuan. 'imagine' kuat lah katakan. Hahahahaha.
Selepas mengisi nama nya pada kertas tersebut , Naurah cepat cepat mengembalikan pen yg dipinjamkan tersebut kepada pelajar lelaki tadi. Pelajar lelaki tersebut bertubuh tinggi dan mukanya yg agak 'nerd' menyebabkan Naurah kurang suka akan dia dan mengharapkan yg dia bukan lah lelaki yg sama dengan nya pada kertas tadi. Sape jerh suka budak nerd pastu tinggi an? Ehek! Hahaha. Tapi pelajar tersebut sangat sopan dengan org tua. Oky larh tuh an? Hihihihi.
YOU ARE READING
imagine seorang lonely
عشوائيNurul Naurah adalah seorang pelajar yg sangat aktif di sekolah. Sikapnya yg sangat 'friendly' dan 'mulut murai' menyebabkan dia mempunyai ramai kawan di sekolah. Namun tetapi , dia masih digelar 'lonely berjaya' kerana dia sering bersendirian. Kawan...