“ Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan boss awak?”
“ Boss? Encik Benz ke?” Soal gadis berbangsa cina itu. Pelat …
“ Yup.” Jawab Ira. Berlagak pulak si Reeq ni, suruh pekerja panggil Benz. Perasan nak jadi omputihlah tu …
“ Encik Benz tak nak di ganggu. Dia ada client VVIP…” Jawab gadis cina tersebut.
“ Just call him, please … Cakap wife dia telefon. Urgent …” Kata Ira.
“ Wife? Encik Benz tak kahwin lagilah …” Gadis cina itu menjawab. Ira sudah pun kegeraman. Ada juga yang kena sound, kejap lagi. Sabarlah wahai hati …
“ Get him, now. You nak saya beranak sorang-sorang ke ?” Nada Ira sedikit tinggi. Geram …
“ Beranak ? Encik Benz !! Wife you nak beranak !!” Laung gadis cina tersebut.
“ Aduh, yang pergi jerit kenapa ? Buat malu saja …” Desis hati Ira.
“ Hah !!!” Ira menepuk dahinya. Dari corong telefon dia terdengar suaminya terjerit.
++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Mana Ira ?” Soal Fareeq. Fika baru sampai di gimnya.
“ Dia dah tunggu di Kenny Rogers. Baik Abang Fareeq pergi cepat. Adam tu macam suka sangat je dengan Ira. Abang Fareeq tolonglah apa yang patut. Kesian Ira … Saya pun rimas dengan Adam tu …” Kata Fika.
“ Ira berdua dengan Adam ke?” Soal Fareeq lagi. Cemburu …
“ Aah … dia ikut kami dari tadi lagi …” Jawab Fika. Fareeq melangkah laju.
“ Amboi !! Lajunya … Abang sado ni pun dah tangkap cintan dengan si Ira ke ?” Fika menggeleng sebelum melambaitrainernya yang setia menanti.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“ Sayang dah lama sampai ?” Soal Fareeq. Ciuman di dahi hadiahkannya. Ira hanya mampu tersenyum. Tangan Fareeq di ciumnya. Entah mengapa pun dia tidak tahu … Automatik …
“ Baru je … dalam 5 minit. Abang … kenalkan. Ni, Adam. Budak laki yang selalu kacau Ira dekat kampus.” Kata Ira tanpa berselindung.
“ Aku Benz, suami Ira. Kenapa kau kacau isteri aku?” Soal Fareeq sambil melabuhkan duduknya di sebelah Ira.
“ Betul ke kau ni suami Ira? Apasal tua sangat ? Aku tak percaya. Kau abang dia,ekh …” Adam ketawa kecil. Fareeq mengeluh dengan senyuman kecil.
“ Kau tak nampak ke? Ni apa?” Fareeq menunjukkan cincin perak di jari manisnya.
“ Setakat cincin bro, baik tak payah. Bersepah dekat pasar malam …” Adam berkata. Fareeq mengepal penumbuknya.
“ Aku debik jugak budak mentah ni …” Desis hati Fareeq. Ira yang ternampak genggaman suaminya itu segera memegang tangan Fareeq. Fareeq memaut bahu Ira.
“ Kami suami isteri. Sayang keluarkan kad nikah kita.” Fareeq bersuara. Ira cepat-cepat mencari pursenya di dalam handbag. Sekeping kad di keluarkan.
“ Nah. Kau beleklah betul-betul.” Kata Fareeq lagi. Minuman isterinya di teguk. Haus pula tiba-tiba. Adam terkejut. Betul Ira sudah berpunya, isteri orang lagi …
“ Kenapa Ira kahwin dengan orang tua ?” Soal Adam yang masih tidak berpuas hati.
“ Dah jodoh kitaorang. Saya dah nikah. Saya sayang suami saya.” Kata Ira. Fareeq terkaku. Dia memandang wajah isterinya. Lama.