❤22♡

129 11 0
                                    

Daniel masuk ke dalam rumah setelah selesai puas bergembira dengan kawan-kawannya. Dia menuju ke dapur untuk menghilangkan dahaganya. Setelah itu dia ke atas menuju ke bilik dahyun.

Dia membuka kunci pintu. Sebelum membuka pintu terlebih dahulu dia mengetuk pintu tersebut.

"Dahyun! Dahyun, kau okey tak dalam tu?"tanyanya daniel.

"Macam mana? Best kena kurung?"tanya daniel dengan sinis.

Namun tiada sahutan dari dahyun. Dia mula risau dan terus menolak pintu tersebut. Dia terus menuju ke dalam bilik dan dia melihat dahyun terbaring di atas lantai.

Dia terus menuju laju ke arah dahyun. Dia memangku kepala dahyun di pehanya.

"Dahyun. Dahyun. Kau dengar tak ni?"daniel mengejutkan dahyun. Tangannya masih lagi menepuk-nepuk pipi dahyun dengan pelahan.

Muka pucat dahyun di pandangnya membuat daniel bertambah risau. Tanpa berfikir panjang dia mengangkat dahyun menuju keretanya. Dia meletak dahyun di seat sebelahnya.

Dengan laju daniel membawa kereta menuju ke hospital. Tanpa menghiraukan keselamatan dirinya.

~Skip~

Daniel menunggu di luar bilik kecemasan. Dalam fikirannya masih bimbang apa-apa akan berlaku pada dahyun.

Setelah beberapa minit, doktor yang merawat dahyun keluar dari bilik. Daniel dengan pantas menuju ke arah doktor tersebut.

"Doktor macam mana keadaan dia?"tanya daniel risau.

"Kamu siapa dengan pesakit?"tanya doktor.

"Saya suami dia. Macam mana keadaan isteri saya?"tanya daniel sekali lagi akan keadaan dahyun.

"Isteri tuan tak ada apa-apa penyakit serius cuma gastric sahaja. Mungkin isteri tuan ada skip makan tadi. Tapi sekarang keadaan dia bertambah baik."terang doktor. Daniel melepas nafas lega.Fikirannya sekarang memaki dirinya sendiri akan kesalahannya.

"Boleh saya lihat isteri saya, doktor?"tanya daniel. Dia ingin melihat keadaan dahyun.

"Boleh. Tapi beri puan dahyun rehat ye."doktor memberi kebenaran kepada daniel. Daniel mengangguk kepala menanda faham.

Dia menuju ke bilik yang di duduki oleh dahyun. Dia melihat dahyun terbaring lemah di atas katil. Dia mendekati diri ke arah dahyun.

Dia duduk di atas kerusi yang disediakan bersebelah katil dahyun. Tangannya mengusap pipi dahyun lembut. Tangannya beralih ke tangan dahyun lalu dipegangnya.

"Maafkan aku. Di sebabkan rasa marah aku,kau yang menderita. Aku bodoh."ujar daniel. Pegangan tangan mereka diperketatkan.

Dia merapatkan muka ke muka dahyun. Dia memberi ciuman kecil di dahi dahyun. Ciuman tersebut terungkai lalu pegangan tangannya dilepaskannya. Dia keluar dari bilik wad dahyun untuk mencari makanan dahyun.

~Skip~

Dahyun membuka mata perlahan-lahan. Pandangannya kabur mula berangsur. Dia melihat sekelilingnya.
Dia tahu dirinya berada di hospital.

Dia memejam semula matanya memikirkan kelakuan daniel terhadapnya. Matanya dibuka semula bila mendengar pintu dibuka. Dia melihat gerangan yang membuka pinyu tersebut.

Setelah melihatnya, dia terus memaling ke arah lain. Daniel. Dia berasa menyampah melihat muka daniel.

Daniel mendekati dahyun dengan plastik berisi bubur untuk dahyun.
Dia meletakannya di atas meja bersebelahan dengan katil dahyun.

"Aku dah belikan makanan untuk kau. So kau makanlah."ujar daniel menyuruh dahyun makan.

Dahyun mengendar sahaja daniel. Dia masih terkilan dengan kelakuan daniel terhadapnya. Selama ini dia bersabar dengan apa yang daniel lakukan terhadapnya. Namun sekarang ini ia agak melampau.

"Aku tahu kau dah sedar. So better kau makan sekarang. Kalau tak pengsan lagi."sekali lagi daniel menyuruh dahyun.

"Kenapa kau nak kisah pasal aku? Kau dangan aku tak ada apa-apa hubungan special just aku ni mangsa kau je kan. So tak payah nak buat baik dengan aku."balas dahyun dingin. Tanpa memandang daniel.

"Aku bukan sejahat yang kau fikir. Aku still ada sifat sampati. So baik kau makan."kata daniel.

"If aku tak nak juga apa kau nak buat."dahyun mencabar daniel. Dia sengaja berbuat demikian. Dia sengaja berbuat demikian. Dia memandang daniel dengan tajam.

Daniel berdiam sahaja tanpa membalas kata-kata dahyun. Dahyun tersenyum bila daniel tidak berkata apa-apa.

"So kau tak boleh nak buat apa-apakan. Dan aku nak kau keluar dari sini."sambung dahyun.

Daniel masih berdiri teguh di situ. Malah dia mengambil bubur yang dibelinya. Dia membuka penutup makanan tersebut. Dahyun berasa pelik dengan kelakuan daniel.

Bubur tersebut suap ke dalam mulutnya. Setelah itu dia mendekat diri ke arah dahyun. Dahyun berundur ke belakang apabila daniel mendekatinya.

"K...ka..kau nak...bu.buat apa ni?"tanya dahyun tergagap-gagap.

Daniel mendiam sahaja pertanyaan dahyun. Dia merapat lagi dirinya ke arah dahyun. Lengan dahyun di pegangnya bagi mengelak dahyun menjauh darinya.

Dahyun terkejut dengan tindakan daniel. Dia melihat wajah daniel. Daniel terus merapatkan wajah dahyun. Dan terus merapatkan bibirnya ke bibir dahyun. Bubur di dalam mulutnya di alih ke mulut dahyun.

Dahyun terkejut dengan ciuman daniel padanya. Bubur yang berada di mulutnya terpaksa ditelannya. Walaupun bubur di dalam mulut daniel sudah pun habis namun ciuman itu masih belum terungkai.

Malah daniel memperdalamkan lagi ciumannya. Dahyun cuba untuk mengrungkai ciuman tersebut namun daniel memperketatkan lagi pelukanya di pinggang dahyun.

Dahyun diam terkaku tanpa membalas ciuman daniel. Setelah beberapa minit daniel melepaskan ciumannya kerana kekurangan nafas.

Dia mengambil nafas sedalam-dalamnya. Dia melihat wajah dahyun yang masih terkejut dengan ciuman tadi. Pelukannya di pinggang dahyun masih tidak di lepaskannya seolah-olah dia berasa selesa dengan keadaan begitu.

"Jadi kau nak makan sendiri atau nak aku buat macam tadi?"tanya daniel dengan sinis. Tangan kanannya mula mengusap bibir dahyun.

Dahyun menepis tangan daniel dengan kasar. Dia menolak daniel agar pelukan daniel terungkai.

"Saya boleh makan sendiri."balas dahyun. Bubur di atas meja di ambilnya dan terus makan. Daniel menuju ke sofa yang terdapat dalam bilik tersebut.

"Kenapa tak balik? Menyemak je."ujar dahyun.

"Aku nak lunaskan hutang aku."balas pertanyaan dahyun.

"Hutang?"

"Kan kau pernah jaga aku masa sakit. So aku taknak ada apa-apa hutang dengan kau. Faham."jelas daniel. Dahyun hanya berdiam diri sahaja.

Daniel baringkan diri di atas sofa. Dia terus melelapkan matanya untuk tidur. Dahyun hanya membiarkan sahaja lalu dia terus lena di atas katil.

Mangsa atau Kasih??? [KANG DANIEL]Where stories live. Discover now