Akhirnya malam ini aku bisa tidur. Aku memutuskan untuk meninggalkan dendam di luar pintu. Dia berhak untuk duduk di situ sendiri dan merenung dirinya. Kata malam, mimpi rindu sekali untuk bertemu samaku. Sudah lama katanya tidak bermain sekali.
Akhirnya malam ini aku bisa mimpi. Sekian lama tidak bertemu, akhirnya berjumpa juga. Hasrat ini menjadikan bantalku lembut serta-merta. Kata mimpi, terlalu banyak hal-hal yang mahu diceritakan kepadaku. Pernah sekali dia merajuk katanya. Dia bilang aku terlalu melebihkan dendam, hingga meragut lena yang membawa aku kepadanya.
--
Perlahan-lahan;
Aku membaringkan waktu di lantai.
Aku telanjangkan fikiran yang sekian lama hinggap di mana-mana.
Akhirnya malam ini aku bisa pejamkan hati
dan merasai apa jua yang bakal disaji lena sekali lagi.
Apa khabar negeri mimpi?

YOU ARE READING
Sejarah Dari Mata Pengalah
PoesíaKumpulan puisi dan prosa tulisan M. Firdaus Kamaluddin.