"Nama aku Daniel,"
Daniel menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Sehun yang duduk di sebelahnya.
Guru kelasnya sebentar tadi menyuruh Sehun untuk duduk di kerusi kosong, bersebelahan dengan Daniel. Alamatnya, semua mata-mata pelajar perempuan mula tertumpu ke arah tempat duduk Daniel dan Sehun.
Sehun tidak mengendahkan huluran tangan Daniel. Dia menganggap Daniel sebagai halimunan, tidak menegurnya langsung.
"Sombong betul si Sehun ni," hati Daniel berdetik.
Daniel terus membatalkan niatnya lalu membuat hal sendiri. Satu senyuman sinis terukir di bibir Sehun.
-----
Bunyi sahaja loceng rehat, semua pelajar TOS High berpusu-pusu ke kantin untuk mengisi perut yang kosong. Jihyo yang baru melangkah keluar daripada kelas A3 bersama Sakura, Chaeyeon dan Irene, ditarik kolar bajunya oleh seseorang.
"Hoi perempuan!"
Naeun, Namjoo dan Hayoung berada betul-betul dibelakangnya. Jihyo menoleh dengan perasaan geram.
"Korang nak apa?"
Jihyo bertanya dalam nada tidak puas hati.
"Hey! Janganlah kacau Jihyo,"
Sakura bersuara.
"Kau diam!"
Namjoo menunding jari ke arah Sakura.
"You girls such a badass,"
Chaeyeon memeluk tubuhnya. Irene hanya diam, tidak berani campur tangan.
"Kau pun diam. Kiteorang nak cakap dengan Jihyo. Korang boleh belah,"
Hayoung menghalau kawan-kawan Jihyo.
Terpaksalah Sakura, Chaeyeon dan Irene meninggalkan Jihyo bersendirian bersama tiga makhluk Tuhan yang menjengkelkan itu.
"Seriously what do you girls want from me?"
Jihyo bertanya lagi.
Naeun, Namjoo dan Hayoung memandang Jihyo tepat. Jihyo mula berasa janggal dengan situasi itu. Namun, secara tiba-tiba, tiga gadis itu ketawa. Jihyo terkejut.
"Aku pun tak tahu macam mana nak mulakan,"
Namjoo masih ketawa.
"Mulakan? Mulakan apa?"
Jihyo mengerutkan dahinya.
"This,"
Naeun terus menarik rambut Jihyo. Jihyo mengerang kesakitan.
"Well, you see, you're the most popular girl in our school but then, we still doesn't know why you're so popular,"
Naeun berbisik di telinga Jihyo.
"Kalau ya pun, tak perlulah tarik rambut aku!"
Jihyo menepis tangan Naeun kasar.
"Jangan melawanlah!" baru sahaja tangan Hayoung hendak menyinggah pipi Jihyo, tangan Hayoung dicengkam kuat oleh seseorang.
YOU ARE READING
REFRAIN || KDN X PJH [✔]
FanfictionRefrain bermaksud tahan diri daripada melakukan sesuatu. Itulah Kang Daniel. Akibat suka akan kawan baiknya sendiri, Daniel menahan dirinya daripada meluahkan perasaan sebenar kepada si dia. Daniel tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang su...