magic 9

3.9K 210 3
                                    

Kemudian cahaya itu mulai hilang dari tangan pengetua fiona.

"Kenapa pengetua tunjukkan kesah ini kepada saya? Dan apa kaitannya dengan kuasa saya?" stella memandang pengetua fiona dengan pandangan pelik.

"Kerana kamu lah puteri yang dibawa lari oleh dayang itu." kata pengetua fiona.

Stella berundur setapak ke belakang. Dia puteri itu? Tapi dia mempunyai keluarganya. Jadi siapa pula yang dia anggap sebagai ibu bapanya?

"Stella, pengetua tahu kamu terkejut dengan semua ini. Tapi pengetua tiada cara lain selain beritahu kamu perkara yang sebenar. Voldemort semakin berkuasa. Dan bila ia terjadi, kita semua akan mati." pengetua memegang tangan stella. Dia berharap yang stella akan terima kenyataan ini dan bersedia untuk mengalahkan voldemort.

"Saya perlukan masa." kemudian stella pun keluar dari bilik pengetua. Dia tidak pergi ke padang tapi sebaliknya dia pergi ke rumah ibu bapanya.

"Portal" stella pun masuk ke portal yang menuju ke rumahnya. Dia perlukan penjelasan sekarang juga!

Ibu stella yang sedang menanam pokok bunga memandang ke arah satu cahaya yang muncul dia depan rumahnya. Seketika kemudian, dia melihat stella keluar dari portal tersebut dan sedang berlari ke arahnya.

"Stell.." belum habis ibunya memanggil stella, stella sudah pun memeluknya sambil menangis.

"Ibu, tolong lah beritahu stella semua ini tipu. Stella anak kandunh ibu dan ayah kan?" kata stella sambil menangis.

Ibunya pun memeluk stella. Dia cuba untuk tidak mengeluarkan air matanya tapi dia terlalu lemah jika di berkaitan dengan stella.

"Jadi stella dah tahu lah perkara yang sebenar? Stella, walaupun stella bukan anak kandung ibu dan ayah tapi kami dah anggap kamu seperti anak kami sendiri" ibu stella mengusap rambut stella dan mengesat air mata stella yang masih berbaki.

"Stella tetap anak ibu dan ayah kan?" kata stella

Ibunya mengangguk kan kepalanya. Dia terlalu sayangkan stella. Walaupun dia bukan ibu kandung stella, tapi dia lah yang menjaga stella sejak lahir sehingga sekarang. Malah stella lah punca dia masih bertahan sehingga sekarang.

Di academy

"Rose mana stella nie? Dari tadi tak nampak dia." Mereka sedang mencari2 kelibat stella. Sekarang nie waktu rehat tapi sampai sekarang stella masih belum jumpa juga.

Rose pun risau dengan keadaan stella. Selalunya kalau stella nak pergi ke mana2 mesti dia beritahu.

Rose dan kira mencari stella hingga seluruh academy nie mereka pusing.

Ketika itu, mereka terserempak dengan group marvelous yang terdiri daripada fifi, gina dan rina. Mereka sendiri yang menggelarkan mereka itu group marvelous padahal mereka bukannya marvelous sangat pun.

Mereka berdiri di depan kira dan rose.

"Korang boleh tak ke tepi, mengganggu kitorang nak limpas je lah." rose dan kira berjalan di tepi mereka tapi dihalang oleh kuasa ais fifi.

Rose dan kira memandang penuh marah terhadap mereka bertiga. Macam nak lempang je satu2 beruk nie.

"Kitorang tak kacau korang pun, yang korang cari pasal dengan kitorang nie kenapa?" kata rose. Rose nie memang gangster sedikit berbanding kira dan stella.

"Korang tak kacau kitorang? Korang yang menyebabkan kitorang masuk kelas lemah. Sepatutnya kitorang masuk kelas hebat bukannya korang yang lemah nie."  gina memandang ke arah kira. Kalau bukan kerana kira, dia mesti tak kena marah oleh keluarganya sebab masuk kelas yang lemah. Dia malu bila ibu bapanya asyik bandingkan dia dengan adiknya yang selalu sahaja masuk ke kelas yang kuat.

"Dah korang kalah, so terima sahaja lah." kira hanya beriak selamba.

"Itu je ke sebab korang kacau kitorang nie? So childish" kata kira.

"Bukan itu sahaja. Malah korang rampas bf kitorang." kali ini fifi pula yang bercakap.

"Bf korang?" rose dan kira memandnag satu sama lain.

"Bila masa pulak kitorang nie kacau bf korang. Korang ingat kitorang nie ulat bulu macam korang ke?" group marvelous semakin marah terhadap kira dan rose.

"Group king tu lah bf kitorang!!" kata group marvelous serentak.

Kira dan rose menutup telinga. Kuatnya suara diorang. Malah pelajar yang lalu lalang pun lari bila dengar suara diorang. Boleh pekak nanti.

"Kalau korang nak, ambil lah. Kitorang tak hingin pun nak ambil bf korang yang tak hendsome tu."

"Kitoranga akan bahagia bersama jika korang tak kacau kitorang. Jadi terima lah akibatnya." rina mengeluarkan kuasa taufannya.

Nasib baik kira dan rose sempat mengelak. Kalau tak dah berpusing2 dah mereka di dalam taufan tu.

Rose mengeluarkan kuasa daunnya dan melilit badan rina. Dan taufan itu pun berhenti bila rina terikat dengan akar menjalar rose.

Gina ingin menyerang rose tapi kira menggunakan kuasa airnya dan menyerang gina. Gina tidak dapat mengeluarkan kuasa tanahnya kerana dia sedang berada di dalam air gelombang kira.

"Sekarang tinggal seorang sahaja." kira meyerang fifi. Fifi mengeluarkan kuasa aisnya. Dan air gelombang kira menjadi ais. Kemudian fifi menghalakan kuasa aisnya kepada kira. Kira tidak dapat bergerak kerana tangannya tersepit oleh ais fifi.

"Akar menjalar" rose menyerang fifi tapi fifi hanya beriak selamba.

Dengan mudah, dia membuat pedang ais dan memotong akar mejalar rose.

"Lemah" fifi menyerang rose tapi seseorang sempat menyelamatkannya.

"Tanah pelindung" filips membuat pelindung supaya ais fifi tidak terkena pada rose.

Filips memandang datar ke arah fifi.

Fifi pula sedang takut melihat filips yang sedang marah. Malah buka filips sahaja kris dan andri juga memandangnya.

Magic academy: mystery of golden girl (COMPLETE)Where stories live. Discover now