🔹🔹🔹🔹🔹🔹
Pangg!!
Meja ditumbuk kuat oleh pengetua SM High School.
Geram dan marah apabila melihat aku yang lansung tidak gentar dengan amarahnya malah aku selamba sahaja menjeling tajam padanya. Ingat aku takut?
Naik turun naik turun sahaja pengetua itu. Aku tahu yang dia nak sahaja lempang aku merangkap pelajar sekolahnya tapi dengan sabarnya ditahannya.
"Kim Anna , jangan cabar kemarahan saya di sini. Kalau awak nak dibuang sekolah sekarang juga saya boleh bagi surat pembuangan sekolah kepada awak!" Sir Lee Soo Man menumbuk meja sekali lagi. Mahu patah meja tu ditumbuknya aku tengok. Adalah retak sikit meja tuh.
"Sir, berapa kali saya nak cakap, Sun Kyu yang mulakan dulu. Dia simbah air kat saya. Saya apa lagi tumbuk jelah dia. Suka sangat kerjakan saya. Ingat ini hobi ke apa? Satu lagi ni bukan first time dia buat kat saya macam tu!" Aku menyilangkan tangan di dada tanda protes dan aku naikkan sekali suara aku tanpa rasa hormat pada dia. Ceh! Dahlah tak adil ingat aku nak hormat dia. Kaki rasuah pulak tuh.
"Tapi awak buat sekarang memang salah Anna. Itu salah satu kesalahan disiplin yang berat!" Sir Lee tidak mahu mengalah.
"Dah tu, anak saudara Sir tak buat salahlah? Simbah air kat pelajar? Ouh, lupa dia kan anak saudara kesayangan sir, buat salah banyak mana pon still sir sayang kan?" Aku bersuara tanpa melihat wajah pengetua yang bengis lagikan tidak adil itu.
"Kim Anna!!" Jerkah Sir Lee.
"Dah la sir, saya pon dah muak dengan semua ni termasuklah sir. Dah dah, bagi jelah surat pembuangan sekolah tu pada saya.. senang cerita" Aku malas berbasa basi dengan pengetua ni lagi.
Terlopong mulut , terbeliak mata Sir Lee kerana permintaan aku yang sedang berdiri angkuh dihadapannya. Tangan kanannya mula mengambil sepucuk surat yang aku ingini di dalam laci mejanya.
"A...awak sign d..di...sebelah k..kanan bawah surat tu"
Sir Lee berkata dengan gagap sambil menunjukkan surat yang aku ingini sambil memberikan sebatang pen untuk aku menandatanganinya. Kenapa? Gerun dengan aku ke?Aku tersenyum sinis sambil mengambil pen dengan kasar daripada Sir Lee. Tak nak aku hormat dia. Diapun tak pernah hormat aku sebagai pelajar.
"Okey, mulai saat ini , aku bukan lagi pelajar kat sini bye!" Aku bersuara lantang dan pergi meninggalkan bilik pengetua dengan bahagianya.
Terlepas jugak aku dari neraka dunia yang jahannam ni kata hati kecilku.
Aku berjalan menuju ke kelasku 'exogg' untuk mengambil beg sekolahku dan berambus dari penjara dunia ni.
Aku dapat melihat Sunny, Taeyeon, Yuri dan Yoona tersenyum sinis melihatku. Aku tahu mesti diorang bahagia apa yang terjadi padaku.
Exo melihat aku tanpa berkata apa-apa . Mereka hanya mampu melihat perbuatanku sahaja. Memang perangai diorang macam tu. Suka membatu je. Tak ada rasa setia kawan betul. Fizikal je lelaki.
"Kau nak pergi mana ni Anna?" Seohyun , Soo Young, Tiffany dan Hyoyeon tanya padaku serentak.
"Aku nak keluar dari sini" aku menjawab selamba.
"Mwo?!" Mereka berempat terkejut.
Aku tidak melayan soalan mereka malahan aku membalas dengan senyuman sahaja.
"Seohyun, kau jaga geng kita baik-baik . Jangan bagi diorang terpengaruh dengan geng Sunny pendek tu" pesanku sambil menepuk bahu Seohyun. Aku rasa Seohyun sahaja yang mampu jaga geng aku baik-baik.
Nak harapkan Soo Young, Hyo Yeon dan Tiffany? Diorang menyimpang ke lainlah jawabnya.
Aku mula menuju ke meja Sunny and the geng.
Lantas Sunny bangun dan berdiri di hadapanku. Alah tinggi dia pon setakat kat bahu aku tu pon pakai high heels. Lawak betullah. Aku tersenyum sinis memandangnya.
Pangg!!!!!
Aku menampar kuat pipi Sunny yang beralaskan foundation 10 inci tu. Lekat jugaklah sikit faoundation dia kat tapak tangan aku. Semua orang dalam kelas berdiri kerana terkejut dengan tindakan aku. Tergamam dan terkesima.
Aku rasa bahagia nak terbang rasanya. Bibir Sunny sedikit berdarah akibat tamparanku. Kuat sangat ke? Bagus la tu. Maknanya aku tidak mensia-siakan anugerah tali pinggang hitam taekwondo aku selama ni. Membuahkan hasil juga.
Menitik air mata aku tengok. Huhu.... kesian. Rasakan. Ni baru stage pertama.Sunny terpempan dengan kelakuanku padanya. Aku tersenyum sinis sambil menjeling tajam ke arah lain.
"Seohyun ingat pesan unnie baik - baik"
Seohyun hanyu mampu mengangguk lemah. Aku pun keluar dari kelas dengan penuh rasa kebebasan. Nak pi lepak ke dulu or balik rumah terus?Mereka semua masih tidak tahu aku telah dibuang sekolah secara rasmi oleh aku sendiri.
Skip🎶
Ahh leganya hidup dapat minum secawan latte di cafe. Ramai yang melihatku kerana pemakaian sekolahku ni . Lantakla. Ingat aku kesah?.
Tiba-tiba ada sorang mamat ni duduk dihadapanku. Terkejut berukla aku . Pasaipa dia ni tetiba duduk dengan aku. Rilek pulak tu tengok muka dia. Gila dia ni.
Aku tengok name tag dia , *Jeon Jungkook* . Ya, dia pelajar sekolah tapi apa yang mengejutkan aku apabila melihat lencana sekolah tu,* Idol High School*.
Kenapa?
🔹tbc
YOU ARE READING
(C)Idol High School|| feat. KDN & JJK✔
Fanfiction🔹Apa nak buat jika harus bersekolah di sekolah namja?. Dan kau tu yeoja? 🔹 "Nampaknya Anna memang dah sah tukar jantina😌" Jaehwan. 🔔feat. Wanna One , BTS , Seventeen dll. 💓sekadar cerita pendek . Hope korang enjoy👀💙