Kenapa?
Sebabnya appa aku bertugas sebagai pengetua kat sana.
Maknanya dia ni pelajar appa akulah. Sah dia ni budak ponteng. Berani pulak dia lepak kat tempat awam ni. Setahu aku kalau budak2 lepak bawah jambatan ke, bangunan lama ke...dia ni memang pelik.
Aku nak sahaja belajar kat Idol High School tu sebab senang nak berhubung dengan appa aku tapi apakan nasib , sekolah tu hanya dikhaskan untuk namja-namja sahaja.
"Kau dah kenapa tengok nametag aku macam tu?" Jungkook bertanya padaku sambil menjongket sebelah keningnya.
Aku hanya menggeleng dan memandang ke arah lain sambil menghirup secawan latte.
"Kau buat apa kat sini, mesti kau ponteng sekolah kan?" Tanyanya lagi.
Eleh, kata orang. Dia pon ponteng nak kata aku. Aku nak je sepak kaki dia tu.
"Kim Anna" dia membaca namaku perlahan tapi masih dapat aku dengari.
"Kau budak sekolah SM High School ke?" Jungkook tanya lagi. Haih dia ni suka sangat tanya. Dia ni mesti juara debat.
Aku sekadar mengangguk. Malas nak jawab. Bazir air liur je.
"Aku dengar SM High School memang sekolah tak adil. Aku dengar pengetua sekolah kau tu suka makan rasuah. " Dia berbicara sambil memandang ke arah mata aku.
Aku terus memandang ke arah lain. Tak kuat nak tengok mata dia huhu. Memang betul pon dia kata . Sir tu memang selalu makan rasuah dari orang luar.
SM High School pon digelar sekolah yang paling terkaya di Seoul sebab duit rasuah tu sendiri. Pasal rasuah tu hanya segelintir orang sahaja yang tahu.
"Sikap kau ni memang dingin eh?" Katanya sambil meletakkan cawan yang masih tersisa americano ke atas meja.
"Aku malas nak jawab" aku mula bersuara dan melihat ke arah lain.
Jungkook hanya mampu tersenyum melihat gaya bahasaku.
"Kau ponteng ke?" Tanya dia sekali lagi.
Aku menggeleng lemah.
"Aku berhenti dari sekolah jahannam tu"Terkejut dia aku tengok.
"Biar betul kau? First time aku tengok perempuan berhenti dari sekolah " dia masih lagi tidak percaya dengan jawapan aku.
"Biar aku yang cipta sejarahnya." Aku menjawab selamba. Latte sudah aku minum habis.
"Dah kau tu buat apa kat sini?" Tanyaku ku sambil melihatnya yang tersengih macam kerang busuk.
"Bosan sangat sekolah tu lebih-lebih lagi pengetua sekolah aku yang ajarkan. Teruk betul dia ajarkan fizik dalam kelas aku. Jadi aku ambil keputusan untuk ponteng sekolah secara senyap-senyap" ceritanya dengan selamba.
Amboi dia ni mengata bapak aku pulak tu. Tahulah nasib dia nanti.
"Aku lapor ke pengetua kau baru tahu" aku sekadar memberikan amaran tahi ayam kepadanya.
"Alah, macam kau kenal pulak pengetua sekolah aku" dia tidak percaya dengan amaran aku.
Lantas aku berdiri dan berlalu meninggalkan Jungkook. Sebelum itu aku berpesan kepadanya,
"Just wait and see Jeon Jungkook. Ingat kau kenal aku selama 11 minit 45 saat kau sudah kenal aku sepenuhnya." Haha baru kau rasa. Terus aku blah dari situ.
Rumahku syurgaku jadi destinasiku yang seterusnya.
Jungkook POV☕
Apalah dia mengarut ni. First time aku tengok dan berkenalan dengan perempuan macam dia. Selama 18 tahun aku hidup, aku selalu jumpa perempuan tergedik sana sini dengan lelaki tapi dia tidak, malah dia ni jenis kasar, cantik pulak tu. Mata dia sebijik macam pengetua sekolah aku, warna chocolate brown . Dia pon senang dibuat kawan. Aku harap aku dapat jumpa dia lagi lepasni.
🔹tbc

YOU ARE READING
(C)Idol High School|| feat. KDN & JJK✔
Fiksi Penggemar🔹Apa nak buat jika harus bersekolah di sekolah namja?. Dan kau tu yeoja? 🔹 "Nampaknya Anna memang dah sah tukar jantina😌" Jaehwan. 🔔feat. Wanna One , BTS , Seventeen dll. 💓sekadar cerita pendek . Hope korang enjoy👀💙