Semua pelajar Idol High School melihat aku keanehan serta terkejut apabila aku bersama appaku masuk ke dewan sekolah mereka. Yelah akukan perempuan.
Apatah lagi Jungkook yang duduk di meja hadapan terkejut jangan dikata. Membulat matanya melihat aku berjalan dibelakang appaku merangkap pengetua mereka semua.
Siapla kau Jeon Jungkook.☺
"Okey, saya tahu malam ni memang mengejutkan buat kamu semua. Perkenalkan, ini anak saya, Kim Anna akan membantu saya mengajar kamu semua yang low fizik." Kata appa aku.
Tiba-tiba aku melihat Jungkook terjatuh dari kerusinya. Nak kata kerusi tu tak kukuh memanglah tak.
Jungkook POV☕
Masak aku kalini. Rupanya dia ni anak pengetua aku. Kalau dibagitahunya dia pasal aku lepak kat cafe pada bapak dia, masuk kubur aku malam ni.
Tengah aku risau apabila dengar ucapan Sir Kim, tak tahulah mana silapku aku terjatuh dari kerusi. Maka start la sekalian makhluk namja mentertawakan aku termasuk Taehyung. Bukan nak tolong aku.
Aku dengan malunya bangkit dan duduk di atas kerusi kembali sambil menunduk malu.
Anna POV🍎
Apabila semua pelajar laki gelak besar apabila tengok Jungkook yang bernasib malang tu terus appa ku mengetuk meja kuat membuatkan suasana kebali senyap dan hening sekali.
"Okey, mari kita mulakan pengajaran malam ni"
Appaku bersuara. Semua pelajar mengeluarkan sebuah buku tulis dan alat tulis mereka dan sedia untuk menulis nota ."Sir Kim ! saya tak paham pasal tu " kata salah seorang pelajar Idol sambil berdiri dan menunjukkan hal yang tidak difahaminya.
"Kim Anna boleh kamu terangkan kepada semua?" Appa ku mula mengarahkanku. Aku apalagi bangun dari tempat dudukku di pintu dewan tanpa bantahan mahupun rungutan.
Subjek fav ni. Aku selalu dapat A+ setiap kali exam. Aku pon terangkanlah secara terang terangan dan akhirnya semua menjawab,"Ooo~"
Seronok jugak mengajar diorang ni. Ingatkan bila yeoja datang sekolah ni diorang protes tapi aku tengok diorang seronok je dengar aku mengajar tadi. Tenang jugak hati aku.
"Okey, pelajaran kita pada malam sudah tamat. Balik nanti kamu semua tidur ya! Esok datang sekolah, jangan sesekali ponteng. Kan Jeon Jungkook?" Appaku mengerli Jungkook.
Dapat kulihat Jungkook menjeling padaku tajam sekali. Seram pulak aku tengok.
Skip🎶
Lenguh pulak berdiri depan kereta bapak aku ni. Appa aku ada hal kena kemas dewan dengan beberapa pelajar lain. Tiba - tiba,
"Haghh!!" Aku terus berpaling dengan terkejutnya. Aku tak pernah tengok dia sebelum ni. Of coz la ni budak Idol tapi siapa dia ni? Dia buat aku macam geng dia pulak.
"Aku Kang Daniel" katanya sambil menghulurkan tangannya kepadaku untuk bersalaman.
Aku pun hulurkan tanganku dan berjabat tangan dengannya.
"Aku Anna, Kim Anna. Aku tahu kau dah kenal nama aku tapi aku tak kesah." Kataku membuatkan dia ketawa perlahan.
"Lawakke? " tanya aku. Aku usap muka aku, tak ada apa apa pun . Mana tahu dia rasa lawak tengok muka aku ni.
"Lawak cara kau bercakap" Daniel memjawab.
Aku tersenyum kerana jawapan Daniel. Friendly jugak dia ni.
"Emm dah lewat malam ni. Kau balik la . Esok kau sekolah. " kata aku. Tapi dia mengendahkan kata-kata aku. Bazir air liur aku je.
"Pastu nak biar kau duk sorang kat sini gelap2?"
Risau jugak dia ni kat aku. Baru je kenal kot . Tak sampai 10 minit.
"Takpe, aku ada ilmu karate. Kalau ada yang berani apa apakan aku, mati jugak diorang kat sini" jawab aku selamba.
Daniel hanya senyap. Malas nak menjawab agaknya. Tahi ko . Aku jawab ni balas la balik.
Suasana antara kami senyap seketika sampailah appaku tiba dihadapan kami."Aikk Daniel ? Kamu belum balik?" Tanya appa ku.
Daniel mulalah gelabah dengan pertanyaan appaku.
"Ni hah, Anna mintak dia teman Anna kat sini sementara tunggu appa susun meja dalam dewan tu. Takut jugak Anna tunggu sini sorang2 gelap pulak tuh" aku sengaja mencari alasan untuk Daniel.
Appaku sekadar mengangguk faham.
"Tak sia sia kamu jadi ketua pelajar Kang Daniel" kata appaku lagu sambil menepuk bahu lebarnya.
Ketua pelajar rupanya. Patutlah nak berkenalan dengan aku. Yelah akukan anak Pengetua Idol High School.Daniel tersenyum malu dengan pujian appaku.
🔹tbc

YOU ARE READING
(C)Idol High School|| feat. KDN & JJK✔
Fanfiction🔹Apa nak buat jika harus bersekolah di sekolah namja?. Dan kau tu yeoja? 🔹 "Nampaknya Anna memang dah sah tukar jantina😌" Jaehwan. 🔔feat. Wanna One , BTS , Seventeen dll. 💓sekadar cerita pendek . Hope korang enjoy👀💙