Sesampainya di dewan sekolah Idol, aku ternampak Daniel yang berdiri di luar dewan. Appa hantar aku terus ke dewan katanya dia belum uruskan kemasukan kelas aku lagi.
Yang peliknya, mana murid Idol yang lain? Nak kata awal dah lewat. Aku pon apa lagi, pergi jelah kat si Daniel tu.
"Huargh!!" Aku mengejutkannya. Dia terus berpusing.
Mak aii tingginya dia. Tinggi aku pon sampai bawah bahu dia je. Maklumlah 157 cm. Semalam tu aku pakai high heels tu tak nampak mana kependekan aku bila bercakap dengan dia.
Terkesima dia melihat cara pemakaian aku ini.
"Apa kau buat kat sini. Satu lagi pebenda kau pakai ni."Hah, aku pon mulalah bercerita dari A to Z kepada Daniel. Syukur dia faham keadaan aku. Kalau tak faham ada juga dia masuk kubur nanti.
Kelihatan semua murid namja Idol sudah memenuhi dewan.Oh lupa nak bagitahu readers yang appa aku sorang je yang mengajar kat sini. Semua subjek dia ajarkan tapi dia lebihkan fizik sebab diorang ni low sangat subjek tu. Special kan Idol High School ni?
"Aku pergi dulu, aku jadi mc pagi ni. Nanti kita jumpa lagi Anna" kata Daniel sebelum masuk ke dewan meninggalkan aku.
Beberapa ketika kemudian, aku menarik nafas sedalam dalamnya sebelum masuk ke dewan. Semua pelajar Idol melihatku like 'jeongmal?' . Tahulah aku yeoja masuk sekolah namja.
Aku pon berdiri di belakang pada barisan kelima yang masih kosong. Aku buat tak kesah saja bila semua pelajar melihat aku.
"Ehemm!" Appaku sebagai pengetua berdehem kuat supaya fokus pada bicaranya membuatkan semua pelajar secara statik menghadap kehadapan tanpa sebarang paksaan.
"Hoi" aku disapa dengan perlahan. Macam kupernah dengar suara ni. Aku segera berpaling. Rupanya Jeon Jungkook yang berdiri di sebelah aku.
Aku mula memberi isyarat supaya senyap semasa pengetua Idol berucap dihadapan.
Kemudian, aku terdengar orang sebelah aku berbisik. Haish mengganggu betul ! Aku pon berpaling. Dua orang. Nama pon berbisik. Takkan sorang tu namanya gila. Aku tengok nametag diorang 'Park Ji Min ' dan 'Park Ji Hoon' adik beradik ke nama sama? Muka taklah sama cuma dua2 kacak.
Aku buat tak layan. Malas nak dengar orang berbual kosong ni. Bukan hobi aku pon.
"Kau buat apa kat sini?" Bisik Jimin padaku sambil lihat aku atas bawah.
"Tanya Kang Daniel sendiri" aku menjawab ringkas.
"Kau rapat ke dengan dia?" Soalnya lagi.
"Senyaplah hanat pendek!" Bisik orang dihadapannya. 'Kim Tae Hyung' nama yang terletak di nametagnya. Taehyung melihat Jimin dengan pandangan tajam lalu dia berpaling memandang aku yang kaku melihatnya.
Taehyung senyum melihat aku yang keras berdiri kaku. Selepas itu, dia berpaling ke hadapan semula. Dia tengok aku macam nak ngorat awek. Gugur jantung aku macam ni.
Tiba-tiba lenganku dicubit oleh Jungkook. Apesal pulak dia ni. Sepak mampus jugak anak Si Jeon ni.
"Berhentilah mengendap bff aku tu" Jungkook berbisik ditelinga aku.
Owh, bff rupanya. Tapi apesal dia marah pulak aku tengok Taehyung. Biarlah . Mata aku. Suka suki dia je cubit aku. Aku hanya membiarkan saja dia memandangkan dengan penuh tidak puas hati.
Padan muka. Ingat aku adik kau ke sampai sibuk pasal hal aku. Ni aku tak suka ni.
Akhirnya setelah sejam perhimpunan, pelajar Idol mula keluar dari dewan tapi Si anak Jeon ni dengan Jimin,Jihoon,Taehyung dan Jin berani pulak tunggu aku.
"Kau tunggu aku buat apa?" Aku menyoal Jungkook yang masih berdiri disebelah aku.
"Biarlah hati aku" senangnya dia jawab . Aku kerat 18 jugak dia ni.
"Anna ! Mari sini jap!" Aku melihat appaku memanggilku sambil berdiri disebelah Daniel. Apalagi, aku pecut jelah tinggal Jungkook and the geng. Malas nak melayan diorang tu.
"Ada apa Sir?" Tanyaku setelah tiba dihadapan mereka berdua. Kat sekolah kena disiplin sikit. Taknak lah dipanggil anak manja.
"Ni Daniel akan tunjukkan kamu kelas. Jadi, sekarang kamu pergi ikut Daniel" arah appa aku.
Aku menggangguk. Aku pun mengikut Daniel keluar dari Dewan Idol.
"Aku harap kau tabah belajar kat sini" Daniel mula bersuara setelah perjalanan kami senyap seketika.
"Aku okay je" aku membalas selamba. Masih tidak tahu apa maksudnya.
🔹tbc

YOU ARE READING
(C)Idol High School|| feat. KDN & JJK✔
Fanfiction🔹Apa nak buat jika harus bersekolah di sekolah namja?. Dan kau tu yeoja? 🔹 "Nampaknya Anna memang dah sah tukar jantina😌" Jaehwan. 🔔feat. Wanna One , BTS , Seventeen dll. 💓sekadar cerita pendek . Hope korang enjoy👀💙