"Kau pelajar baru, lagipun kau yeoja. Kau akan paham apa maksud yang aku katakan nanti."
Mulalah aku meriding ketakutan. Aku memberhentikan langkahku dari mengikutnya.
Daniel yang perasan akan aku terus berpusing.
"Kau jangan buat aku takut Daniel." Aku berbicara perlahan. Kata kata dia tu cukup membuatkan aku ketakutan dan tertanya tanya.
Daniel terus berjalan ke arah aku dan menarik tanganku dengan lembut. Aku seperti dipukau hanya mengikut sahaja kemana dia membawaku.
Kelas 'Wanna One' adalah kelas baharu aku.
Semua ahli Wanna One menyapa aku dengan sopan sekali. Aikk? Diorang tak terkejut ke yeoja macam aku masuk kelas diorang?
Pelik bin aneh betullah.
Daniel yang dari tadi membawa beg sekolah aku , meletakkannya di atas sebuah kerusi kosong disebelah seorang namja yang bernama 'Kim Jae Hwan'.
Dengan tetiba tanpa angin ribut , dia ketawa mengalahkan suara pompuan. Kuat pulak tuh. Ni mesti kuat nyanyi ni tak pun kuat melalak. Macam kurang kasih sayang pulak aku tengok.
Aku ragu2 je duk tepi dia ni. Seram pulak tengok dia mengilai dengan misterinya.
Tiba2 sorang kawan yang duduk dibelakangnya mengetuk kepala Jaehwan dengan kuat, Hwang Min Hyun. Cantik peww kulit dia. Maklumlah toner kulit pon pakai yang ladies patutlah nampak gebu. Tetiba pulakk.
"Senyapla ko. Nak buat homework yang Sir Kim bagi pun tak boleh" kata Minhyun sambil siapkan homeworknya.
Bahuku ditepuk oleh seseorang dari belakang. 'Lee Dae Hwi'. Aku menguntum senyum ke arahnya.
"Kesian noona, kejam sangatlah pengetua SM tuh" Daehwi berbicara padaku.
" Daniel hyung dah cerita semua kat kami, jangan risau kami akan jaga kau dengan baik sekali" 'Bae Jin Young' menyapa aku.
Sungguh gembira tak terkira aku pada waktu itu. Dapat berkawan dengan diorang. Hati diorang sungguh mulia.
Tiba-tiba pintu kelas kami diketuk. Itu Jeon Jungkook. Dia melihat aku dengan pandangan tajam sekali. Dah kenapa dia ni? Aku spray ridsect kat mata dia baru tahu biar buta mata bulat ko tuh.
"Masa pj, tukar baju cepat . Sir Kim dah tunggu dah tuh." Jungkook bersuara lalu meninggalkan kelas kami.
"Sukan!!! Wuhhuuu!!! " sorak beberapa orang ahli Wanna One sambil membuka baju dengan tidak malunya. Dengan segera aku menutup mataku. Malunya.
Aku dapat rasakan seseorang menarik tanganku menuju keluar kelas. Daniel. Dia membawa aku ke kolam berdekatan dengan kelas kitorang.
"Aku dah cakap kau tak kenal lagi sekolah ni. Tunggu sini sampai aku datang balik sini" arah Kang Daniel dengan tegas. Aku pantas mengangguk kepala sambil duduk di bangku kecil.
"Oitt!!" Seseorang menegurku dari belakang. Bila aku berpaling 5 orang rupanya. 'Wonwoo' , 'Vernon' , 'Mingyu' , 'S.Coups' dan 'Kihyun'.
Aku tengok pakaian pj diorang colurful sungguh .Oren, merah , ungu , kuning dan biru laut. Special sekolah Idol ni. Untung aku dapat duk kat sini. Hahaha.
"Kau tak tukar baju ke?" Wonwoo menyoal aku.
Aku menggeleng malahan aku menyoal dia kembali.
"Kat sekolah ni takde bilik persalinan baju ke?"
Diorang serentak menggeleng. Patut pon suka suki diorang je salin baju depan aku. Tapi aku nak salin baju kat mana? Takkan tandas laki kot?
Mampus aku. Aku waras lagi . Belum nak tukar jantina.
Tengah aku mengelamun tu, datanglah Daniel. Diorang dengan pantas bow pada Daniel dan segera pergi meninggalkan Daniel dan aku di kolam.
"Nah, baju kau. Appa kau bagi kat aku tadi" Daniel beri pada aku baju sukan warna biru laut sama dengan warna bajunya.
"Tapi aku nak tukar kat mana?" Aku confuse dengan nasib aku dapat sekolah namja ni.
"Kat toilet" Daniel selamba menjawab.
"Tak nak lah aku. Tadi aku tengok ramai namja masuk tandas tu. Kau gila ke apa?"
"Bukan tandas tu tapi tandas dewan. Dah jom!" Daniel menarik tanganku dan membawa aku menuju ke dewan.
Daniel mengeluarkan segugus kunci dari poket seluar sukannya. Akhirnya, dia dapat membuka pintu Dewan Idol tersebut.
Dia memegang tangan aku masuk ke dalam dewan dan segera mengunci kembali pintu dewan . Dia pun membawa aku ke tandas di belakang dewan.
"Jangan risau , hanya aku dan appa kau je boleh bukak pintu dewan ni. Dah pergi tukar" dia menolak aku masuk ke tandas dan pantas menutup kembali pintu.
🔹tbc
YOU ARE READING
(C)Idol High School|| feat. KDN & JJK✔
Fanfic🔹Apa nak buat jika harus bersekolah di sekolah namja?. Dan kau tu yeoja? 🔹 "Nampaknya Anna memang dah sah tukar jantina😌" Jaehwan. 🔔feat. Wanna One , BTS , Seventeen dll. 💓sekadar cerita pendek . Hope korang enjoy👀💙