Baik betul Seong Woo ni. Daniel pun macam risaukan aku je sampai suruh Seong Woo jaga aku. Terharu aku.
Aku pun ambil keputusan untuk baca Wattpad. Gila ko nak tidur. Aku dah berjam jam tidur.
Jap? Aku masih lagi pakai uniform sekolah. Ahhh malunya! Nampak sangat aku ni belum mandi. Diorang ni pon satu tak tegur pon aku. Tak bau busuk ke badan aku?
Aku pun pergi ke bilik air untuk membersihkan diri sambil nyanyi lagu Blackpink Ddu du ddu du dari sekolah YG High School. Lagu hit tu.
Tengah aku syok nyanyi dengan menggila dalam bilik air tiba2 aku dengar pintu bilik aku dibuka. Secara drastiknya aku kembali senyap . Selepas itu pintu bilik ditutup kembali.
Sape pulak yang ceroboh bilik aku. Aku pon keluar dari bilik dengan memakai bathrobe. Tidak aku sangka sehelai gaun merah jambu bersulam mutiara berada di atas katil aku.
Aku mengambil gaun itu. Cantik. Mungkin ini untuk party malam ni. Tapi siapa yang bagi? Ahh tak kesah lah janji aku dapat pakai baju cantik ni. Pintu bilik aku kunci. Demi keselamatan. Mana tahu tengah aku ganti baju ada pulak si pengacau masuk lebih2 lagi si Jaehwan tu tak pernah nak normal.
Aku melihat diriku pada cermin. Perfect. Rambutku aku dandan secantiknya demi suprise appa ku. Dengan siap sedia aku pun keluar dari bilik. Aku bergegas menuruni tangga tanpa menyedari mata para namja yang ralit memandangku.
"Aigoo~ Anna cantiknya kau malam ni"Mingyu memecahkan kesunyian.
"Kan Anna memang cantik setiap hari" balas Kihyun.
Aku tersenyum malu dengan pujian itu. Tiba-tiba aku melihat Daniel yang datang dari mana mengarahkan kami semua supaya semua menutup lampu sebab appa sudah tiba di rumah.
Pintu utama rumah dibuka.
"Anna~appa dah pulang.. apasal pulak gelap ni? Nak kata aku tak bayar bil dah bayar pon semalam. Anna? Anna?"
"Saengi chukka hamnida~saranghange gyojangnim~saengi chukka hamnida~🎶"
Dengan serentak kami menyanyi setelah lampu dipasang secara mengejut."Aigoo~ kamu semua. Tak sangka kamu boleh ingat birthday saya" appa dengan terharu melihat kami yang sedang bersorak di hadapannya. Aku pula membawa kek ke arah appa.
"Appa sorry.. Anna lupa birthday appa harini" kataku serba salah.
"Takpe sayang.."appa meniup lilin2 setelah mengusap kepala aku lembut.
"Yeay!!!!!!" Mereka semua bersorak.
"Sir Kim! Kami jugak ada suprise kat luar rumah!" Baejinyoung berkata.
Mereka semua menarik appa aku keluar rumah. Tiba-tiba tanganku dipegang seseorang. Daniel.
"Elok pon kau pakai. Jadi tak salah lah aku pilih dress ni buat kau"
Terkejut aku. Jadi dia lah yang masuk bilik aku. Aku pun tarik telinganya sampai dia tertunduk kesakitan. Suka suki dia je masuk bilik aku. Mujur masa tu aku dah turn off nyanyian aku kalau tak mesti dia ejek aku dengan suara pecah aku ni.
"Ahh sakit lah! Bukannya nak terima kasih!" Aku pun melepaskan telinganya yang kemerahan.
"Sape suruh masuk bilik aku secara suka2?" Aku memukul lengannya.
"Aku dah ketuk pintu tapi kau tak sahut. Ingatkan kau tidur tapi rupanya kau mandi. Aku letak jelah dress atas katil kau tuh"
"Okey, kalini aku maafkan kau. Jom, pergi kat luar" aku menarik tangannya keluar dari rumah. Oh , rupanya tayangan video yang ditayangkan pada skrin LED yang digantung pada dinding. Good job BTS !. Semua dapat dengar suara dua orang reporter dalam video itu iaitu Kim Taehyung dan Park Woojin.
Aku tengok diorang buat highfive apabila melihat hasil kerja mereka.
Video tu semuanya pasal budak Idol. Eh? Tetiba pulak ada video pasal aku."Inilah Kim Anna yang baru sahaja bertukar jantina. Dia sekarang tengah tidur sambil membuat air liur basi. " dapatku dengar suara Jaehwan yang umpat pasal aku.
Mereka semua mentertawakan aku termasuklah appa dan Daniel.
Apalagi aku pun kejar la si mamat melalak tu. Gila punya namja. Setelah letih mengejar si mamat taguna tu aku pun kembali mendapatkan Daniel.
"Kau still comel bila tidur" Daniel berbisik ditelinga aku. Pipi aku membahang kemerahan segera aku tutup dengan tangan.
"Siap Jaehwan esok. Aku rakam dia punya melalak buat masuk dalam youtube. Padan muke. Suka hati dia je rakam aku." Bentak aku.
🔹tbc

YOU ARE READING
(C)Idol High School|| feat. KDN & JJK✔
Hayran Kurgu🔹Apa nak buat jika harus bersekolah di sekolah namja?. Dan kau tu yeoja? 🔹 "Nampaknya Anna memang dah sah tukar jantina😌" Jaehwan. 🔔feat. Wanna One , BTS , Seventeen dll. 💓sekadar cerita pendek . Hope korang enjoy👀💙