Bab21

3.6K 107 4
                                    

Tengku Aryan Syah mengecilkan pandangannya sekarang ini. Geram pula dia melihat muka Orked Imani yang tidak bersalah itu. Punyalah kita suruh dia datang berjumpa dengan kita, dia boleh pula lengahkan ye?

“Ni ada apa encik nak jumpa saya? Dari tadi diam aje. Saya pula yang penat menunggunya.” kata Orked Imani dengan nada yang selamba sambil memakan buah berangan yang baru dibelinya sewaktu dia menjemput Tengku Irsya Syah di tadika.

Makin kecil mata Tengku Aryan Syah.

Ewah-ewah..

Orang tengah geram dekat dia sekarang ini, boleh pula dia dengan berselera makan buah berangan tu ye?

“You ada buat sesuatu yang mencemarkan nama I tak, hari ini?” tanya Tengku Aryan Syah sambil menyilangkan tangannya di dada.

Orked Imani meletakkan tangannya di dagu. Dia berfikir sejenak.

Setahu dia la, orang yang bernama Orked Imani tiada buat apa-apa yang boleh mencemarkan nama Tengku Aryan Syah.

Orked Imani menggeleng laju. “Tak ada. Setahu saya, saya baik hari ini. Kenapa encik? Saya ada buat salah ke?” dia mengerutkan dahinya.

Pelik. Hari ini manalah dia ada brrjumpa dengan pakcik dingin ni. Cuma, jam ini sahaja dia jumpa. Waktu yang lain? Jangan haraplah.

“Are you serious, Cik Bunga? Cuba you refresh balik you punya fikiran tu. Manalah tahu kot-kot you lupa satu perkara?” Tengku Aryan Syah masih lagi tidak penat untuk menanyakan hal tersebut.

“Iyelah. Tak, yang encik tanya saya macam inspektor polis ni dah kenapa? Besar sangat ke masalahnya tu sampai encik nak main teka-teki dengan saya?”

Geram pula kita! Lempang nak tak? Sudah la orang yang bernama Orked Imani ini tidak mempunyai nilai kesabaran yang tinggi. Ada juga kang yang kena sumbat dengan buah berangan ni kejap lagi!

Tengku Aryan Syah mengeluh kasar.

“You tahu tak tadi cikgu sekolah Isya call I? Dia cakap dengan I yang you ada buat salah seorang anak murid di tadika Isya tu menangis sehinggakan her parents saman teacher tu. You ni memang la!” marah Tengku Aryan Syah.

Tengku Aryan Syah tidak kesah pasal saman tu. Dia boleh ganti balik. Tapi, sikap Cik Bunga memang melampau! Dia tak mahulah anaknya itu mengikut jejak langkah Cik Bunga. Tak mahu-tak mahu. Justeru, dia perlu segera menegur kesilapan yang dilakukan oleh wanita yang berada di hadapannya ketika ini.

“Dah budak tu yang cari pasal. Saya ni kan..kalau orang tak cari pasal dengan saya, saya pun tak hingin la nak cari pasal dengan orang. Walaupun berbeza umur.” dengan nada yang tidak bersalah Orked Imani lemparkan. Memang betulkan?

Budak tu pun satu. Yang cengeng sangat tu dah kenapa? Itulah budak zaman sekarang. Dia yang selalu didera oleh ibu pun, tak ada dia la nak mengadu dengan orang lain.

“You tahu tak? I memang..” belum sempat Tengku Aryan Syah ingin menyambung ayatnya itu, laju sahaja Orked Imani memintasnya.

“Apa? Memang apa? Memang menyesal pilih saya? Heh! Ingat saya nak sangat ke dengan encik? Kenapa? Sebab saya ni macam budak-budak? Sinilah ye encik. For your information la kan, budak tu selalu buli Isya. Encik buat apa as papa Isya? Just let her go je kan? Encik tak tahu ke sebab Isya jadi pemukul di tadika? Sebab budak tu la. Sekarang ni encik dah tahu kan? Saya malas je nak bagitau hal sebenar. Dari mana saya tahu? Itu encik tak perlu tahu.” turun naik nafas Orked Imani.

Nak bela sangatkan budak tu. Ha bela lah! Kesah apa dia!

“I belum habis cakap lagi, Cik Bunga. Kenapalah you suka sangat buat andaian sendiri?”

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now