7

2.3K 226 12
                                    


JUNGHEE

Kenapa dia nampak simple tapi handsome? Aku dah mula sukakan dia ke? Dengan baju er bukan dia pakai HOODIE SAMA MACAM AKU tapi warna je lain. OMG dia pun ada hoodie macam tu? Ingat aku je ada hoodie cikai tu.

Rambut dia yang didandan keatas dan menampakkann dahinya yang putih. Kalau pergi mana-mana mesti ramai yeoja yang akan pandang dia kan? Aku yang duduk dengan dia dah lama pun baru perasan yang dia ni sebenarnya handsome jugak.

Mulut dia berbentuk hati. Mata dia yang sepet melengkapkan semuanya. 'Asal kau pandang aku macam tu dari tadi?' Soalnya. Aku terus tersedar dari lamunan.

'Mana ada saya tengok awak' Aku cepat-cepat memberi alasan dan memandang ke luar tingkap. 'Dari tadi aku perhati kau cakap tak ada pulak. Kenapa? Baru sekarang ke kau rasa husband kau ni handsome?' Katanya.

'Excuse me, awak jangan perasan eh' Kata aku kemudian menjeling ke arahnya. Tiba-tiba dia memberhentikan kereta kemudian memandang ke arah aku. 'Bwo?' Aku memandangnya.

'Tak ada apa-apa lah. Dah sampai turun ah apa lagi' Katanya kemudian terus meninggalkan aku sendiri di dalam kereta. Tak guna punya suami yang tak diiktiraf.

YOONGI

'Bwo?' Katanya sambil memandang ke arah aku. Nak cakap ke tak nak eh? Aku nak cakap aku dah mula suka kan dia tapi nanti dia ketawakan aku pulak. Buat malu je.

'Tak ada apa-apa lah. Dah sampai turun ah apa lagi' Aku cepat-cepat keluar daripada kereta tersebut dan meninggalkannya seorang diri. 'Awak tunggu lah!' Katanya sambil mengejar aku di belakang. Aku hanya mentertawakannya.

'Yoongi? You buat apa dekat sini?' Tegur seseorang. Aku terus berhenti jalan dan Junghee berdiri di sebelah aku. 'I jalan-jalan. Asal?' Soal aku kepadanya. Btw dia ni lah yeoja yang tergilakan aku. Dah macam orang gila. Aku dah tak nak dekat kau tak payah lah sibuk-sibuk kejar aku.

'Anyway, I kan girlfriend you. I berhak tahu you nak pergi mana. Siapa ni? Ew' Katanya dengan nada yang gedik. 'By the way, for your information Miss Yura, she is my beloved wife and you are not and never be my girlfriend' Kata aku sambil menjeling ke arahnya.

'Jom sayang tak payah layan si gila ni' Kata aku kemudian terus memaut bahu Junghee dan berjalan masuk ke dalam sebuah restoran. 'Kau nak makan apa?' Soal aku kepadanya. 'Apa-apa je lah' Kata Junghee.

'Semua apa-apa, semua apa-apa. Pergi lah duduk dulu aku order' Kata aku kepadanya. Junghee terus berjalan menuju ke salah sebuah meja yang disusun di dalam restoran. Tidak lama kemudian makanan yang dipesan siap dihidang dan aku membawanya ke tempat dimana Junghee pilih sebentar tadi.

'Nah aku tak tahu kau suka nasi goreng ke mee sup. Aku beli dua-dua nak yang mana?' Soal aku. Junghee segera mengambil sepinggan nasi goreng yang disediakan. Terpaksa lah aku makan mee sup.

Tidak lama kemudian tiba-tiba datang seorang lelaki menghampiri Junghee dengan cara jalannya tersengguk-sengguk. 'Oppa?' Katanya. Oppa? Abang dia ke? 'Junghee.. Tolong..' Katanya kemudian rebah di tepi meja.

'OPPA!' Dia menjerit. Aku hanya tergamam. Kenapa dengan dia ni tiba-tiba pengsan dekat sini? 'Awak tolong lah!' Jeritnya kepada aku. Semua orang memandang ke arah kami.

Aku segera memapah namja tersebut keluar daripada restoran tersebut dan membawanya ke hospital berdekatan. 'TOLONGG!' Jerit Junghee. Tidak lama kemudian datang sekumpulan jururawat dengan membawa sebuah katil.

'Apa jadi?' Soal Taehyung yang kebetulan bertugas di situ. 'Dia tiba-tiba pengsan dekat restoran aku dengan Junghee makan tadi' Jelas aku. 'Oh okay tunggu sini jangan masuk' Kata Taehyung lagi. Sememangnya macam seorang doktor pakar.

'Oppa..' Junghee dari tadi menangis tak berhenti. 'Duduk dulu' Aku menarik tangannya dengan lembut menyuruhnya duduk di kerusi yang telah disediakan.

'Hiks hiks' Dia masih menangis. 'Gwenchana, dia tak apa-apa. Jangan menangis boleh tak?' Aku mengangkat mukanya menggunakan tangan. Dia memandang ke arah aku tetapi masih menangis.

Haih susah betul lah nak pujuk dia ni. 'Jangan menangis' Aku mengelap air matanya yang mengalir di pipi menggunakan kedua belah tangan aku. Dia memandang aku kemudia tiba-tiba sahaja dia terus memeluk aku.

Dia ni agresif jugak. Semalam mintak tidur sambil peluk aku harini dia sendiri peluk aku tanpa tanya apa-apa. Aku membalas pelukannya dan menepuk-nepuk belakangnya dengan lembut.

'Junghee' Tiba-tiba kedengaran suara Taehyung dari suatu arah. Junghee terus melepaskan pelukan dan menuju ke arah Taehyung. 'Macam mana dengan dia?' Soal Junghee.

'Dia ada jangkitan kuman dalam usus. Nak tak nak kena bedah dia jugak sebab nak buang usus yang dah rosak tu. Kalau boleh nak buat cepat-cepat supaya tak ada jangkitan di mana-mana bahagian organ yang lain' Terang Taehyung lagi.

Paksa; Min YoongiWhere stories live. Discover now