"Jangan lupakan aku," Raja Ryozo berkata sebelum tangan kanannya memegang pipi Reo,lembut.
"Engkau janji...bukan?" soalnya lagi. Nada suaranya amat perlahan, hampir tidak kedengaran.
"Tapi..." Reo membantah. Mata merahnya memandang sayu mata ungu milik Ryozo.
"Engkau seorang yang kuat Reo. Aku tahu engkau tidak berminat dengan peperangan yang berlaku sekarang ini, tapi engkau berasa terseksa bukan? Itu kerana..." seketika kemudian dia batuk, darah mengalir di bawahnya.
"Ayah..."
"Engkau...takut...akan...kehilangan...
orang...yang....tersayang..." ujar Raja Ryozo sebelum menutup mata, pergerakan dadanya terhenti.Reo yang mencempung tubuh Raja Ryozo tergagam. Air mata mulai mengalir dari iris merah darahnya.
"...Maaf..." Itu sahaja yang mampu dia katakan sebelum tangan kanan Raja Ryozo turun dari pipinya.
"Saya tidak faham apa yang ayah katakan,"
"Kerana...ia...menyakitkan...untuk...
kehilangan orang yang tersayang."ucapnya sebelum bangun, tubuh Raja Ryozo masih di dalam cempungannya. Mata merah darahnya kosong, tiada sinar.
"Pengawal api..." Satu suara asing menyapa telinganya. Reo menoleh ke belakang dan melihat bayangan seekor naga kecil bewarna merah.
"Apa engkau mahu, Ryuu?"
"Maaf atas kehilangan engkau,"
"Tidak mengapa, oh ya. Engkau sudah membuat tugasan yang aku beri tadi?"
"Sudah, Tuanku."
"Baiklah." Reo menamatkan perbualan mereka sebelum memberi tubuh Raja Ryozo kepada Ryuu.
'Sisa fikirannya masih ada. Boleh engkau lakukannya Ryuu?' Reo berkata dalam hati, mata merahnya memandang bayangan naga kecil bernama Ryuu tersebut.
"Baiklah, tuanku."
Sebaik sahaja mereka berdua melangkah. Letupan besar berlaku. Angin kencang terhasil akibat impak letupan terbabit.
□□□□
"Reo?"
Reo menoleh ke belakang. France tersenyum kecil sebelum mengetuk kepala Reo.
"Kau fikir apa hah?!" tanya France kasar sebelum meletakkan makanan di hadapan Reo. Reo mengembungkan pipi, merajuk!
"Kau kembungkan pipi macam ikan buntal, aku tengok." France mencicip puding karamelnya sebelum berkata. Reo menjeling tajam.
"Kau diam. Musang kecik!"
"Aku memang musang pun, duh," France membalas acuh tak acuh. Puding karamelnya dimakan-tidak mahu Reo curi-cepat.
"Wei, janji dengan aku. Kalau aku kena kawal atau kuasa aku hilang kawalan, engkau tak akan teragak-agak untuk bunuh atau sakitkan aku." Reo menatap mata France penuh harapan. France mengeluh sebelum tersenyum kecil.
"Baiklah," France membalas tidak pasti.
Dia sendiri tidak pasti, adakah dia boleh lukakan sahabat yang dia sudah anggap sebagai adiknya? Jujur, dia sudah jangka pertanyaan tersebut akan keluar dari bibir Reo. Jadi dia hanya perlu lakukannya kerana dia percaya Reo tidak akan apa-apa.
"Terima kasih dude!"
"...Your welcome..." France membalas perlahan. Dia berasa tidak sedap hati, ada sesuatu sedang berlaku sekarang.
Dia dapat merasa sesuatu sedang bergerak di udara, dengan laju! Ia menuju ke arah mereka. Dia bangun, tidak mempedulikan pandangan hairan Reo.Dia membuka langkah laju, tidak mahu terlambat atau akan ada pertumpahan darah. Langit dipandang. Mata sepetnya, membulat apabila melihat banyak senjata tajam sedang terapung di persekitaran sekolah.
"Ini tidak waras, dia cuba bunuh semua orang ke?" gumamnya sebelum memandang sekeliling koridor.
Student Council, iaitu Cold Ice juga berada di situ. Mata mereka juga terkejut walaupun tidak ditunjukkan.
"France, kau tahu sesuatu?" Suara Daniela menyoal dari belakang membuatkan mereka semua berpaling.
"...Dia dah mulakan langkahnya. Pengkhianat tu sudah mulakan langkah," France menjawab sambil memandang senjata-senjata tajam itu.
"...Oh...baiklah. Semua, ambil posisi masing-masing! Semua senjata ni dikawal oleh ferrokinesis, iaitu kebolehan memanipulasi besi. Hati-hati," Khairi memberi amaran sebelum menarik nafas panjang.
Sesuatu akan berlaku, sama ada mereka bunuh si pengkhianat atau nyawa semua orang di akademi akan diragut.
Keputusan telah dibuat, mereka hanya perlu lakukannya sesuai rancangan.
□□□□
[tzzt kerosakan-Unknown place-diterima ttzzzt]"Bagaimana rancangan kita, Harris? Ia berjalan dengan lancar tak?" Seorang gadis bersurai langit malam melebihi pinggang, duduk dengan penuh elegan di atas sofa. Kaki kirinya diletakkan di atas kaki kanan. Tangan kanannya sibuk memusingkan pen, sibuk mencari jawapan bagi persoalan sains di hadapannya.
"Ia berjalan lancar tapi," Pemuda bersurai hijau lumut, rambut sebelah depannya menutupi sebelah mata dwiwarnanya,hijau dan perak, membalas perlahan. Dia mengetuk-ngetuk perlahan meja kayu yang didudukinya,
"Dia dapat rasa tekanan pada angin dekat persekitaran sekolah. Jadi mereka hampir dapat bersedia." Mata dwiwarnanya tertumpu pada si gadis bersurai langit malam yang hampir mematahkan pen yang dipegangnya.
"Tch, nampaknya rancangan tu kena cepatkan sikit. Serang mereka berdua dekat perut tapi jangan sampai kena organ penting." Dia menjawab, bibir bawahnya digetap perlahan. Dia rasa seperti mahu membaling buku tersebut keluar dari tingkap.
"Baik, Allison-sama," Si pemuda bersurai hijau lumut membalas sebelum menundukkan kepalanya sedikit, tanda hormat. Kakinya melangkah menuju ke pintu, saat tangannya menyentuh tombol, si gadis-Allison- memanggil,
"Jangan tunjukkan diri kau dekat Daniela atau engkau akan mati. Aku tak nak hilang engkau, Harris." Allison menunduk sebelum tersenyum lemah.
Harris mengangguk sebelum memulas tombol pintu lalu menolak daun pintu.
Mereka mempunyai beberapa jam sebelum senjata-senjata tajam tersebut mula membunuh murid-murid sekolah itu.
Allison ketawa kecil, saat teringat hal itu. Tidak sabar mahu melihat bagaimana mereka menari di atas papan permainannya. Ini sungguh menarik!
YOU ARE READING
Rebirth Of The Wolves
Fantastik[Memories and Two worlds-Book 1] Negara Claude, diasaskan oleh Raja Zafran dan Raja Kamalia. Terdiri daripada enam buah kerajaan iaitu kerajaan malam, kerajaan Bintang, kerajaan Valor, kerajaan Ahmar, kerajaan Ardu dan kerajaan Glace. Perang paling...