032

120 24 12
                                    

"Serious la kau lamar dia macam tu? Hahaha!" Sungwoon mengelap airmatanya. Senak perut dia ketawakan si Jihoon.

"Aku yakin kau kena reject. Kalau aku la, masa kau bagi cincin tu juga aku tolak. Hahaha." selamba Jisung berkata. Terbahak-bahak mereka ketawa.

"Habis tu nak aku lamar macam mana? Min Hee, saya simpan awak dalam hati saya!" lantas Jihoon bangun dari duduknya dan membuat gaya comel yang selalu dia guna untuk mencuri hati wannable

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Habis tu nak aku lamar macam mana? Min Hee, saya simpan awak dalam hati saya!" lantas Jihoon bangun dari duduknya dan membuat gaya comel yang selalu dia guna untuk mencuri hati wannable. Taktik biasa.

"Aku rasa yang ni lagi la dia tolak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku rasa yang ni lagi la dia tolak." Daehwi yang baru melabuhkan punggungnya disebelah Jaehwan mencelah.

Muka Jihoon dah masam mencuka. Mereka mula saling berpandangan. Aduh cepat give up betul la! Jaehwan memegang bahu Jihoon. Senyuman terukir di wajahnya.

"Relax la. Belum tentu lagi dia akan reject kau." pujuk Jaehwan. Jihoon memandang Jaehwan dengan muka sayunya.

"Kalau dia betul-betul tolak aku macam mana? Aku cintakan dia sepenuh hati tau." bantal yang berada di sofa ditekupkan pada wajahnya. Pelbagai andaian menerjah benak fikirannya.

"Kalau kau kena tolak, kau mesti lepaskan dia. Cinta ni kita tak boleh paksa. Lain la kalau drama atau novel. Asal benci je tiba-tiba jadi suka. Kisah kau lain Park Jihoon." Jihoon yang sedang menekup wajah itu ditenung lembut. Member yang lain mula duduk berkumpul bersama mereka berlima.

"Betul tu. Kalau dia tak terima kau, kau kena relakan dia pilih cinta dia sendiri. Apa yang kita nak tak selalu kita dapat." Guanlin mengusutkan rambut Jihoon dengan sengaja. Cuba mencari cara agar Jihoon lebih tenang untuk berfikiran matang dan terbuka.

"Dan dia tak bagi kata putus lagi kan? Maknanya peluang kau masih ada. Usaha la untuk dapatkan dia Jihoon!" Daniel menepuk-nepuk belakang Jihoon bagi menyalurkan semangat untuknya.

Lantas Jihoon mengangkat mukanya. Senyuman manis dilemparkan pada kawan-kawannya yang sudah dianggap seperti keluarga kedua yang sangat penting bagi dia. Dokongan mereka, gelak tawa, sikap bodoh tak bertempat dan perangai setan mereka la yang menjadikan Jihoon lebih kuat dan matang.

[C] Mama || 정호석Where stories live. Discover now