❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀
𝕾eorang gadis dengan pakaian tidurnya yang hampir terobek, memundur ke belakang dengan perlahan. Pergerakannya terkunci apabila dia terus diterkam oleh seorang lelaki.
Bapanya sendiri!
"Kau memang nak aku tebuk kau ke?! Malam ni kau kena kerja juga. Tak ada alasan lagi!" Dia terus menampar wajah gadis itu tanpa belas kasihan. Gadis itu merintih.
"Jangan ayah! Lepaskan saya!" Puas gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan. Namun kekuatannya tidak mampu hendak melepaskan diri daripada seorang ayah yang kejam.
Rambut pajang beralun yang indah itu dihidu dengan kasar. Sekali rambut gadis itu ditarik, Qhyla Qaisara berteriak kuat.
"Suara kau tu merdu. Jangan jadi bodoh sangatlah. Dengar sini eh, aku bukan lacurkan diri kau pun. Kau perlu nyanyi je kat kelab malam tu. Susah sangat ke?"
Qhyla teresak-esak menangis. Wajahnya dijilat sekali serta kepalanya dibelai-belai lembut. Qhyla tetap tidak mahu bekerja di sana. Kerana walaupun dia perlu bernyanyi saja, dia perlu memakai pakaian yang terdedah.
Dan dia tidak sukakan pakaian sebegitu. Dia seorang yang masih ingat mati dan ingat bahawa Allah itu ada di sisinya.
"Dengan menyanyi, aku boleh buat duit. Bodoh!"
"Ayah tolonglah sedar. Kenapa ayah cari duit dengan kerja ni? Sanggup ayah tengok Sara menyanyi depan mereka dengan pakaian tak cukup kain? Sampai hati ayah!" Dengan beraninya, Qyhla memprotes. Dia tidak mahu mengikut apa yang ayahnya suruh.
"Kau melawan aku? Kau ni memang nak kena-"
"Kalau selalu kau buat cara macam tu, memang dia tak nak lah jawabnya." Qhyla dan bapanya menoleh ke arah sumber suara.
"Ibu!" Qhyla tetap menangis. Meminta belas kasihan daripada ibunya yang kadangkala sama saja perangai seperti bapanya.
"Kau jilat dia macam dah tak ada bini je nak jilat. Jantan tak guna!" Ibu Qhyla menampar wajah suaminya. Suaminya berang.
"Kau nak marahkan aku? Dah tu, siapa suruh kau lahirkan anak cantik macam ni. Aku tergoda bodoh!" Balas suaminya membentak.
"Nafsu kau tu tak boleh nak jaga ke? Aku kan ada, lagi cantik daripada dia. Malam ni kau rogol lah aku puas-puas! Yang kau ni pun, tak payahlah gedik sangat tak nak kerja. Aku perlukan duitlah." Terus dihampirinya ke arah gadis itu lalu mencengkam wajahnya.
"Sakit ibu. Ibu... Jangan..." rintih Qhyla sehingga dia terbatuk-batuk kerana teruk dicengkam oleh ibunya. Bapanya pula ketawa. Baginya, ini sebuah lucu.
"Kalau kau tak nak aku buat cara buruk, kau buatlah cara baik. Bila bapak kau yang tak guna ni suruh kerja, kerja jelah! Tak payahlah nak buat hal." Belakang gadis itu diterajangnya sehingga puas. Perilaku itu hanya dipandang saja oleh bapanya tanpa menghulurkan apa-apa bantuan.
"Dah, dah! Mati jugak anak ni nanti. Jom."
Ajak suaminya segera menarik tangan ibu Qhyla yang masih tidak puas lagi hendak menyeksa gadis itu."Kau siap sekarang! Hias cantik-cantik. Kalau tak, aku terpaksa suruh bapa kau tak guna ni, rogol kau. Kau nak? Hm?!" Tergeleng laju gadis itu memandang takut ibu bapanya. Dia terpaksa menurut kehendak ibu dan bapanya.
Qhyla mengagahkan diri setelah ibu bapanya keluar dari bilik. Air mata tidak henti mengalir, dikesat dengan perasaan dan hati yang sebak.
Luka hatinya masih berkekalan dan belum ada sesiapa lagi dapat mengubatinya. Qhyla masih lagi dalam sisa tangisan, berjalan ke arah almari untuk memilih baju.
❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀
Penderitaan aku ini seperti seekor burung merpati yang dikurung dalam sangkar.
Kehidupan ini tidak pernah aku inginkan.
Andai saja aku sebagai hambanya, lembutkan hatinya supaya dia menerima aku seadanya.
Hamba dan manusia yang berpangkat tinggi tidak pernah akan serasi.
-Qhyla Qaisara
❀⊱┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄┄⊰❀
YOU ARE READING
S1: Demi My Slave (In-Editing...)
Romance༒ 𝕽𝖔𝖞𝖆𝖑 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐈 ༒ | SLAVE - HAMBA YANG DIINGINKAN | ❝𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒇𝒆𝒂𝒓 𝒎𝒆 𝒂𝒏𝒅 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒎𝒆... 𝒂𝒏𝒅 𝑰 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒃𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒔𝒍𝒂𝒗𝒆.❞ A Royal Story. Dia hanya seorang penyanyi. Sekadar penghibur yang malang di kelab malam...